CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Lihat artikel

"Apapun, Doakan Saya Dan Talita Sekeluarga" - Wan Sharmila

19-2-2022 10:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3734| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: Pertama kali berjumpa dengan Dzahira Talita Zahra, 9, pelakon Wan Sharmila memuji keperibadian anak perempuan pelawak, Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang disifatkan seorang yang bersopa ...

Pertama kali berjumpa dengan Dzahira Talita Zahra, 9, pelakon Wan Sharmila memuji keperibadian anak perempuan pelawak, Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang disifatkan seorang yang bersopan-santun dan menghormati orang yang lebih berusia.

Aktres yang mesra disapa sebagai Lala bersyukur kerana pertemuannya dengan Talita dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar.



"Alhamdulillah, akhirnya saya dipertemukan juga dengannya. Semuanya dipermudahkan.

"Dia seorang anak yang baik dan menghormati orang lain. Dia juga pandai buat lawak dengan aksi bersahajanya," kata Lala kepada Harian Metro.

Sama seperti yang dikongsikan oleh pelakon itu di Instagram, dia gembira kerana Talita sudi berkawan dengannya. Dia juga seronok dapat meluangkan masa bersama kanak-kanak itu.



Bagaimanapun, Lala enggan mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan Talita kerana bimbang disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

"Saya tak nak ulas lebih banyak mengenai perjumpaan itu. Bimbang nanti orang salah anggap. Apa pun, doakan yang baik-baik untuk saya dan Talita sekeluarga," katanya.

Sebelum ini, nama Lala tular di media sosial apabila dia didakwa sebagai 'wanita misteri' yang memeluk anak Shuib.

Warga maya memetik namanya berdasarkan bentuk tubuh dan penampilan wanita dalam gambar berkenaan.

Bagaimanapun, pelakon itu menafikan khabar angin tersebut.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 19-2-2022 11:44 AM
Semak la dgn cite korang2 ni
Quote Normabaru 19-2-2022 03:50 PM
Tanak ulas tp gigih menayang dgn esei bersepah..pfft.sampah!!
Quote stinger987 19-2-2022 04:35 PM
Normabaru replied at 19-2-2022 03:50 PM
Tanak ulas tp gigih menayang dgn esei bersepah..pfft.sampah!!

Biorla dia....zaman ko dah berlalu.....jaga aja la ahli persatuan J semalaya ko....


Kahkahkahkahkahkah
Quote pxlbb 19-2-2022 05:01 PM
Tirana u cantik sgt girl… takkan lah you nak jadi instant mummy.
Quote Lily_Elizabeth_ 19-2-2022 05:11 PM
Maknusia makin lama makin nampak kecik.kecik kan. Cam heran. Tangkap gambar nampak cam smurf semua. Pendek pendek je.

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.194262 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top