CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pelik Tetapi Wujud, Pengantin Suku Kaum Ini Dilarang Buang Air Besar Selama Tiga Hari Lepas Kahwin!

26-1-2022 11:11 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1880| Komen: 14|Original author: Cinta Erina

Description: Indonesia ialah negara yang mempunyai pelbagai jenis tradisi yang unik mengikut adat resam suku kaum tempatan mereka. Antaranya adalah majlis pernikahan yang dilangsungkan mengikut adat tradisi serta ...

Sumber: Google Image 

Indonesia ialah negara yang mempunyai pelbagai jenis tradisi yang unik mengikut adat resam suku kaum tempatan mereka. Antaranya adalah majlis pernikahan yang dilangsungkan mengikut adat tradisi serta budaya yang berbeza. Sama juga seperti di Malaysia, kita juga mempunyai pelbagai jenis suku kaum yang berbeza. Tetapi yang berbeza itulah yang menjadi tarikan luar. 

Menerusi portal Indo Zone, dalam banyak-banyak tradisi perkahwinan di sana, terdapat satu suku kaum iaitu Suku Tidung yang mengamalkan beberapa adat yang 'aneh lagi pelik' dan agak sukar diterima akal orang luar.


Suku Tidung merupakan suku yang sebahagian besarnya mendominasi kawasan di Pulau Tarakan, Kalimantan Utara. Selain menetap di Pulau Tarakan, terdapat juga sebahagian daripada mereka yang tinggal di Sabah, Malaysia.

Ritual Unik Pernikahan Suku Tidung Kalimantan: Pengantin Tak Boleh Buang  Air Selama 3 Hari 3 Malam - Posbelitung.co
Sumber: Google Image 

Mengikut kajian, Suku Tidung merupakan antara suku yang paling sedikit jumlahnya iaitu lebih kurang 250,000 orang jika dibandingkan dengan suku-suku lain yang ada di Indonesia. Walaupun jumlah suku ini tidaklah ramai, mereka masih mengamalkan tradisi mereka.

Salah satu tradisi perkahwinan Suku Tidung ini adalah pengantin lelaki tidak dibenarkan melihat bakal isterinya dan selepas bernikah, pengantin perempuan itu akan ditempatkan di belakang tirai. Tirai tersebut akan dibuka jika pengantin lelaki bersedia menyanyikan lagu-lagu cinta. 'Sweet' pula mendengarnya. Selesai menyanyi, barulah tirai akan dibuka dan pengantin itu akhirnya boleh melihat antara satu sama lain menurut Indo Zone. 

Dalam pada itu, dalam tradisi kaum ini, pengantin perempuan juga tidak lari daripada adat dan peraturan yang telah ditetapkan. Mengikut adat Suku Tidung, pengantin perempuan tidak dibenarkan keluar daripada rumah setelah mereka mengikat tali pertunangan.

Dan yang menariknya, jika pengantin lelaki tidak datang tepat pada waktunya untu bernikah, pengantin lelaki tersebut akan didenda dengan menghadiahkan barang-barang perhiasan kepada pihak perempuan.

Tetapi yang paling unik ialah setiap pasangan pengantin tidak dibenarkan membuang air besar selama tiga hari. Ia mungkin terlihat menyeksakan bagi masyarakat luar, namun ia merupakan satu lumrah bagi suku tersebut dan wajib ditaati sejak zaman-berzaman lagi. 

Menurut Indo Zone, Suku Tidung mempercayai bahawa adat tersebut mampu untuk mengelakkan diri daripada ditimpa sial jika mereka berjaya 'menahan diri dari membuang air besar selama 3 hari'. 

Oleh itu, walaupun pasangan pengantin baru itu sudah mempunyai rumah sendiri, mereka tetap akan ditemani oleh seseorang selama 3 hari untuk memastikan perkara itu berjalan lancar dan tiada unsur penipuan berlaku. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 26-1-2022 11:17 AM
x boleh nak kata ape la kalau buang air kena tahan kalau dh itu adatnya
Quote buapakperut 26-1-2022 12:50 PM
Bahaya untuk kesihatan , nak2 kalau termakan taukua basi
Quote felinecat 26-1-2022 02:48 PM
Yg cipta tradisi tu agaknye memang jenis sembelit kot, sampai 3 hari x berak.. Ke sbb dlu2 xde jamban. Nak korek jamban kene pg hutan. Hehe
Quote Artemesiaa 26-1-2022 03:33 PM
Kalau kena keracunan makanan lepas majlis kawin macam mana kena tahan juga ke cam na
Quote Supersirap 26-1-2022 03:42 PM
Jangan lah tahan-tahan, kelak buruk padahnya nanti
Quote -Suri- 26-1-2022 05:31 PM
Org kata biar mati anak jgn mati adat. Tp adat ni mmg cari mati
Quote Carcosa 26-1-2022 09:27 PM
Ya Aulah, kalau aku dlm kaum ni, mati lerrrr
Sah2 aku pepagi mesti kena kupi.
Lepas kupi je, mesti berry
Quote Meiizu 26-1-2022 10:25 PM
Jenuh...me olls sehari 2x hahahh
Quote VirusDetected 27-1-2022 10:31 AM
mati la nk menahan berak....
Quote azie5zoe 27-1-2022 12:02 PM
Iols rasa sebab tulah suku kaum mereka ni yang tersikit. Banyak yang sakit tahan berak lepas kawen.
Quote damieniman88 27-1-2022 01:03 PM
bior benorr
Quote damieniman88 27-1-2022 01:06 PM
Artemesiaa replied at 26-1-2022 03:33 PM
Kalau kena keracunan makanan lepas majlis kawin macam mana kena tahan juga ke cam na

kena tahan juga. kalau kuar kena masuk balik hahaha
Quote afie_m 27-1-2022 04:14 PM
sembelit lah macam tu..
Quote afie_m 27-1-2022 04:15 PM
sembelit lah kalau macam tu

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.068155 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top