CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Laa..SPM Je Ke” - Ramai Tampil Backup Wanita Ini Dihina Keluarga Kekasih

25-1-2022 05:29 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2408| Komen: 38|Original author: Cinta Erina

Description: Bagi seseorang yang sedang menjalinkan hubungan percintaan, memang agak sukar sekiranya ahli keluarga kepada pasangan kita kurang berkenan dengan pilihan hati.

Sumber: Tiktok Nuralisya

Bagi seseorang yang sedang menjalinkan hubungan percintaan, memang agak sukar sekiranya ahli keluarga kepada pasangan kita kurang berkenan dengan pilihan hati. 

Agama juga menyarankan supaya kita mencari pasangan yang sefuku supaya kekal bahagia tanpa mempunyai masalah seperti membandingkan kelebihan dan kekurangan seseorang. 


Mesti seseorang itu juga akan buntu sama ada mahu meneruskan hubungan ke fasa seterusnya sekiranya masalah ini terjadi. Adakah mereka akan terbuka hati untuk atau kita meredah saja sekali gus menimbulkan ‘drama’ antara dua pihak?



Inilah situasi dihadapi gadis cantik ini. Menerusi video yang dimuat naik di platform Tiktok, gadis dikenali sebagai Nuralisya ini meluahkan rasa kecewanya apabila ahli keluarga teman lelakinya seolah-olah memandang rendah terhadap tahap pendidikannya. 

Difahamkan, gadis berusia 19 tahun berkenaan diajak kekasihnya untuk menghadiri ke sebuah kenduri yang berlangsung di rumah lelaki tersebut sebelum berlaku situasi menjatuhkan semangat gadis itu.

“Dah sampai, tiba-tiba keluarga dia cakap. Tak setaraf la dengan keluarga kita. Takde la cantik mana, diploma pun takde. SPM buat apa,” luahnya di dalam video tersebut.

Gadis ini seolah-olah tidak berjaya memenuhi ‘citarasa’ ahli keluarga teman lelakinya. Video yang berdurasi selama 15 saat itu telah ditonton hampir 500 ribu netizen dan rupanya ramai yang meluahkan rasa yang sama seperti gadis ini.


Sumber: Tiktok Nuralisya

Apa salahnya jika seseorang itu mempunyai hati yang baik dan mampu menjaga pasangannya walaupun dia tak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi? Kadang-kala, 'golongan' inilah yang paling ikhlas dan baik. 

Apa gunanya jika mempunyai ilmu yang tinggi tetapi sombong? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 25-1-2022 05:32 PM
Dah ko kenapa dik takat spm je...19 dah nak kawin buat viral.haaa elok laa tak jadi.
Mohon bakal fmily sana cari yg educated tu pun kalau anak laki dia bagus jugak
Quote umbut 25-1-2022 06:35 PM
Cantik sebab filter... tak yah nak sentap..soh sambung belajar sibuk nak kahwin..
Quote Artemesiaa 25-1-2022 06:43 PM
Jadikan kritikan tu semangat untuk sambung belajar buktikan anda masih boleh berjaya
Quote Adrif 25-1-2022 07:26 PM
susah nak cayo kalau tiktok ni
takut content jaa

maaf le dik
asyik berulang kali ditipu orang buat cerita untuk content
zaman la ni, tengok boleh, percaya jangan

kalau betul pun, umo baru 19 dikk
pegi la keje, spend time dengan kawan-kawan,
merapatkan silaturrahim dan ukhwah dengan keluarga, saudara-mara, jiran tetangga
berjasa banyak2 dengan mak ayah dulu

ketentuan Allah
mana tau belum jodohnya, sebab ada masa untuk berbakti pada ibu-bapanya kan
Quote Tembikaigoreng 25-1-2022 08:57 PM
Aku percaya je, baru je kawan aku ngadu kat aku....tapi lagi sadis kawan Aku dah kawin. Sefamily pakat hina sbb STPM je....konon anak dia ada diploma. Dalam hati aku, Bodo je bangang family suami ni, tak kan sama je level STPM ngan Diploma [em:4:]
Quote makadek 25-1-2022 09:11 PM
Aku pn nak bakal2 menantu aku educated [em:14:]
Quote matjerk 25-1-2022 09:15 PM
Ye lah..dia tgk kat tiktok kenmain cantik mata kelabu..kulit mcm gadis korean.. sekali tgk depan2... hihihi
Quote minahmanja 25-1-2022 09:21 PM
zaman skang ni mmg semua suke pakai filter sekati ke... geram pulak aku.. bg real face la dik,...
Quote helicornia 25-1-2022 09:27 PM
Bosannye la hai...
Meratap merintih kt TikTok demi secebis perhatian
Kurang kasih syg ke dik
Quote Supersirap 25-1-2022 09:57 PM
Janji baik budi pekerti
Quote hareeeesah 25-1-2022 10:06 PM
1st time tunjuk gbr berfilter sapa suruh ko la x bijak.. filter beza langit dgn bumi yihhh..
Boleh la gi sambung blajar buat duit kenal dunia dulu. Kumbang bukan sekor
Quote Lagubestbest 25-1-2022 10:31 PM
tiktok kot.. gajah terbang + marketing je semua ni..
Quote felinecat 25-1-2022 10:34 PM
2,3 menjak ni, artikel cari ni cedok tik tok plak dah
Quote kotakominami 25-1-2022 11:49 PM
Aku sikit pon tK kesian.......org mcm ni jual simpati jer....org yg betul2 dihina diorang takkan cite kt tiktok...diorang diam je terus usaha dah berjaya br cite kt circle dia saje....serius..benci org play victim mcm ni...
Quote Jitu 26-1-2022 12:43 AM
makadek replied at 25-1-2022 09:11 PM
Aku pn nak bakal2 menantu aku educated [em:14:]

adoi sy ada sijil SRP je ni mesti kena reject terus kan

Quote CardiGans85 26-1-2022 01:43 AM
Secara kasarnya, siapa nak pakai siapa ni? hahahaha..

Kakak2 ipar aku semuanya tahap SPM dan sekarang suri rumah tapi urus rumah tangga A+++.

So, bila berpelajaran tinggi kena rasa angkuh ke?
Quote spankee_fili 26-1-2022 07:37 AM
Yg study tinggi melangit pun kalau takde rezeki susah nak dapat kerja elok jugak
Bakal biras iols awal2 lagi dah bagitau tanak kerja lepas kahwin even ada degree, my MIL okeh jek hal rumah tangga kome pandai2 la
Tapi 19 tahun ni bercinta takyah la bercakap nak kahwin lagi, muda lagi
Sayang betul
Quote nuryakmal 26-1-2022 09:05 AM
Kena reject buat tik tok. Eloklah tu. Kalau da kawin semua benda nak masuk social media.
Ko spm ke kalau pandai cari duit, org tak mengata. Mmg di alu alukan.
Ni mmg dah takat spm, merempan kt social media. Sapa nak buat menantu?
Quote awanysss 26-1-2022 09:57 AM
kotakominami replied at 25-1-2022 11:49 PM
Aku sikit pon tK kesian.......org mcm ni jual simpati jer....org yg betul2 dihina diorang takkan cit ...

kan.. bukak aib sendiri..
kalau 20 30 years back okay la kena hina sbb spm je, maybe sbb kau org susah ke apa..
ni dah 2020++, kalau tak sambung belajar selalu mmg jenis membirah je.. sibuk nak berlaki..
pastu buat content, guna filter, ei menyampahnya.. jauhkan la dr keturunan camni..

Lihat semua komen(38)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.072421 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top