CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Perit Nak Tampung Kos Hidup, Penyanyi Jual Durian Di Hong Kong

25-1-2022 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2974| Komen: 23

Description: Penyanyi Malaysia berpangkalan di Hong Kong, Karen Kong, 37, pernah hilang punca pendapatan sehingga terpaksa melakukan pelbagai kerja pejabat termasuk menjual durian sejak berpindah ke negara itu leb ...
Penyanyi Malaysia berpangkalan di Hong Kong, Karen Kong, 37, pernah hilang punca pendapatan sehingga terpaksa melakukan pelbagai kerja pejabat termasuk menjual durian sejak berpindah ke negara itu lebih 11 tahun lalu.


Karen berkata, dia bergelut mencari sesuap nasi demi membina karier seni akibat kos hidup di Hong Kong terlalu mahal.


Kredit foto: IG Karen

"Selama 11 tahun di sana, saya sudah melakukan pelbagai kerja pejabat demi mencari wang. Saya sanggup lakukan apa saja kerja asalkan ada pendapatan untuk sara diri dan membayar bil serta sewa rumah.

"Realiti menetap di sana memang pahit untuk ditelan, tapi saya gigihkan diri kerana benar-benar mahu mengembangkan karier nyanyian di Hong Kong. Jadi, saya hadap saja turun naik kehidupan di sana.


"Tahun lalu, saya mulakan perniagaan durian yang diimport dari Malaysia untuk menjana pendapatan impak daripada pandemik Covid-19. Dalam tempoh itu, memang tawaran persembahan tergendala dan kena cari sumber pendapatan lain," katanya.

Dalam pada itu, Karen juga bersyukur perniagaan kafe salon bersama suaminya warga Hong Kong iaitu Adam berjalan lancar sejak dibuka lebih tiga bulan lalu.

Walaupun berdepan penularan Covid-19, dia berharap perniagaan itu bertahan.

"Sejak dibuka, semuanya dipermudahkan tetapi berikutan peningkatan kes varian Omicron baru-baru ini, operasi premis terpaksa dihadkan. Jadi, ada sedikit kesukaran untuk kami buat masa sekarang.

"Saya turut memperkenalkan menu berkonsepkan laksa Malaysia di sana dan ia mendapat sambutan menggalakkan. Orang Hong Kong memang sukakannya dan memuji keaslian laksa dari Malaysia," katanya.

Karen berkata, perjuangan lebih sedekad di sana kini cukup berbaloi apabila kerjaya seninya semakin diiktiraf.


Kredit foto: IG Karen

Dia berharap rezeki buatnya akan terus mencurah dalam industri hiburan di Hong Kong.

"Saya ada menyertai program realiti King Maker 3 dan berjaya mendapat Top 3. Baru-baru ini saya juga menerima anugerah artis paling banyak meningkat dari sebuah stesen radio di sana.

"Saya turut berpeluang menghasilkan dua buah lagu. Memang lega dan rasa berbaloi sangat kerana kerja-keras saya kini semakin membuahkan hasil serta tidak sia-sia," katanya.

Pada 2007, Karen pernah popular dalam kalangan peminat tempatan selepas melancarkan sebuah album Melayu.

Lagunya Cinta Hello Kitty juga berjaya menaikkan namanya di sini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 25-1-2022 12:31 PM
Ni karen budak kelantan yg join af ke?
Quote prizadane 25-1-2022 12:59 PM
dejure replied at 25-1-2022 12:31 PM
Ni karen budak kelantan yg join af ke?

lain kot. tu Karen Tan kot rasanya. ni family name Kong.
Quote elzy 25-1-2022 01:18 PM
Betul struggle..
Quote dua_chzy 25-1-2022 03:39 PM
dejure: Ni karen budak kelantan yg joi ...


Bukan. Ni budak Sabah ka Labuan ka. Lupa.

Astaga dah 37 tahun sheols. Begitu cepat masa berlalu.
Quote cmf_premierleag 25-1-2022 03:45 PM
Akak ingat karen kong ni
Dia ada lagu duet dgn sheila majid
Kau melodi yang indah menusuk di jiwa
Tanpamu  apatah tak ingat lirik
Tp lagu tu sgt sedap.soo sooothing
Quote sleepandream 25-1-2022 04:27 PM
import durian ingat tak masyuk keee
Quote hareeeesah 25-1-2022 05:25 PM
pandai juga dia buat malaysian food. Kalau buat nasi lemak pun sure laku
Quote fadz84 25-1-2022 08:06 PM
Edited by fadz84 at 25-1-2022 08:15 PM

Lagu dia Cinta Hello Kitty, Ku Tak Upaya & lagu duet ngn Sheila Majid & Jac pernah popular kat radio dulu2..
Quote fadz84 25-1-2022 08:11 PM
[YouTube]65dvEJKxuIk[/YouTube]
Quote fadz84 25-1-2022 08:14 PM
[YouTube]sUYH7_PJucw[/YouTube]
Quote fadz84 25-1-2022 08:17 PM
[YouTube]cdZpYWFlMNQ[/YouTube]
Quote winky1 25-1-2022 08:20 PM
Bila baca sejukhati. Ada perkataan Dipermudahkan, rezeki... Rasa baca hal artis melayu pulakk hi hi
Quote GegarVaganja 25-1-2022 10:25 PM
Heh,
Kau jual durian kat Hong Kong boleh kaya raya kot.
Lagi mahal dari jual kerang.
Laaa. Tiber


Quote Mooverine 26-1-2022 09:08 AM
Pandai, jual laksa.. Memang taste Chinese ni, diorang suka masakan berlemak bersantan. Rendang, laksa, bubur santan..
Quote dudaberhias 26-1-2022 09:11 AM
Omg iols minat lagu dia ni dulu2, cinta hello kitty. Lagu bebudak tapi iols pun masih bebudak hingusan zaman tu. Tak sangka sheols struggle hidup yach ketika menyendu tu.... Semoga berjaya lah di sana. Kos hidup di hongkong tu setaraf Singapore malah lagi mahal gitu. Kira sheols ni bukan takde pape la, ada juga reta boleh hidup kat sana.
Quote tobobon 26-1-2022 09:15 AM
bolehlah cuba2 untuk audition gv9..mana tau ada rezeki
Quote dudaberhias 26-1-2022 09:17 AM
GegarVaganja replied at 25-1-2022 10:25 PM
Heh,
Kau jual durian kat Hong Kong boleh kaya raya kot.
Lagi mahal dari jual kerang.

Tu la, tapi rasanya dia takde la struggle sangat sebab lama juga tu dia boleh hidup dekat hong kong, 11 tahun. Dah la bandaraya paling tinggi kos hidup pulak tu... Kira cukup2 je kot untuk maintain.
Quote reenz013 26-1-2022 09:24 AM
penah tgk masa mula2 dia jd penyanyi perform kt mall alpha angel...sedap suara dia
Quote me12345 26-1-2022 09:24 AM
Bagus ...at least survive utk hidup

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064413 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top