CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Sarawak Benar Jamuan Keluarga Tahun Baharu Cina Ikut Saiz Rumah

25-1-2022 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 485| Komen: 0

Description: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan jamuan makan bersama keluarga pada 31 Jan ini menjelang Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada hari berikutnya (1 Feb).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan jamuan makan bersama keluarga pada 31 Jan ini menjelang Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada hari berikutnya (1 Feb).


JPBN mengumumkan kelonggaran berkenaan berikutan Sarawak kini berada di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Gambar hiasan

Menurut JPBN, acara makan keluarga itu bagaimanapun dihadkan untuk ahli keluarga pada kapasiti kehadiran 50 peratus mengikut saiz rumah atau berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk restoran.

Aktiviti ziarah juga dibenarkan pada hari pertama dan kedua sahaja dalam kalangan ahli keluarga namun rumah terbuka anjuran individu, persatuan atau pertubuhan tidak dibenarkan, menurut JPBN.


"Upacara sembahyang di rumah ibadat dibenarkan dengan mematuhi SOP pembukaan rumah ibadat oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). 

Sambutan Chap Goh Mei (penghujung sambutan Tahun Baharu Cina) hanya dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja," menurut kenyataan itu.


Kredit foto: Bernama

Aktiviti tarian singa pula dibenarkan beroperasi mulai 1 hingga 4 Feb dari 6 pagi hingga 6 petang diikuti dari 6 pagi hingga 10 malam pada 15 Feb (Chap Goh Mei).

"Jumlah ahli pasukan yang terlibat hendaklah tidak melebihi 12 orang. Persembahan hanya dibenarkan di kawasan luar rumah, luar rumah ibadat dan luar premis sahaja serta tertakluk dengan permohonan daripada penganjur, pemilik dan tuan rumah," katanya.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067350 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top