CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Remaja Tikam Bapa Sebab Halang Main Game Dipenjara 5 Tahun

25-1-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 762| Komen: 3

Description: Seorang remaja berusia 15 tahun yang menikam bapanya dengan pisau pemotong buah pada Disember 2020, dihukum penjara lima tahun selepas mengaku bersalah.
Seorang remaja berusia 15 tahun yang menikam bapanya dengan pisau pemotong buah pada Disember 2020, dihukum penjara lima tahun selepas mengaku bersalah.

Bagaimanapun, remaja berkenaan dan ahli keluarganya tidak boleh didedahkan nama mereka mengikut Akta Kanak-Kanak seperti dilaporkan CNA.

Mahkamah dimaklumkan, remaja itu disahkan menghidap gangguan spektrum autisme sejak kanak-kanak dan mendaftar di sekolah berkeperluan khas semasa darjah satu.


Gambar hiasan


Pada 2018, dia didiagnosis mengalami gangguan permainan Internet selepas dirujuk ke Perkhidmatan Pengurusan Ketagihan Kebangsaan di Institut Kesihatan Mental atas kebimbangan tentang jumlah masa yang dihabiskan bermain permainan komputer.

Difahamkan, dia mempunyai hubungan mesra dengan abang dan ibunya, tetapi mempunyai ‘hubungan yang dingin’ dengan bapanya kerana dikatakan terlalu mengongkong dirinya.

Bapa remaja itu kerap ‘memantau anaknya secara dekat’ sehinggga menyebabkan dia tidak dapat bermain permainan komputer dan telefon bimbit.

Antaranya termasuk membuat kerja-kerja mencuci pakaian, kerja rumah dan tugasan sekolah. Sekiranya remaja itu enggan mengikut arahan bapanya, dia akan dipukul dan disumpah seranah.

Remaja itu menikam bapanya pada pukul 10.10 pagi, dua tahun lalu, selepas bapanya tidak membenarkan dia bermain permainan komputer selama sebulan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 25-1-2022 10:42 AM
Kejadian di Singapore kah.
Payah baca berita tak tahu tmpt kejadian nk kena teka plk. Rasa mcm baca thread kt bodgos kena teka siapa gerangan okg
Quote elzy 25-1-2022 01:38 PM
Tu laa berlaku kat mana pun tak tau..
Quote Adrif 25-1-2022 04:57 PM
matchstick replied at 25-1-2022 10:42 AM
Kejadian di Singapore kah.
Payah baca berita tak tahu tmpt kejadian nk kena teka plk. Rasa mcm baca  ...

yup, singapore. TT ni copy paste tak habis  


  Remaja 15 tahun tikam bapa dengan pisau dipenjara lima tahun  

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-7-2022 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.075409 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top