CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Panjang Nyawa 11 Jam Berpaut Pada Roda Pesawat Kargo

24-1-2022 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1095| Komen: 7

Description: Seorang lelaki menaiki penerbangan dari Afrika Selatan ke Belanda secara haram dengan berpaut pada sistem roda sebuah pesawat kargo disifatkan sungguh bernasib baik kerana masih hidup, lapor Badan Pen ...
Seorang lelaki menaiki penerbangan dari Afrika Selatan ke Belanda secara haram dengan berpaut pada sistem roda sebuah pesawat kargo disifatkan sungguh bernasib baik kerana masih hidup, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.


Kes luar biasa itu  dilaporkan polis Belanda yang menemui individu tersebut ketika pemeriksaan dilakukan di Lapangan Terbang Schiphol.


Gambar hiasan

Penerbangan dari bandar raya Johannesburg ke Amsterdam, Belanda itu mengambil masa kira-kira 11 jam dengan pesawat kargo tersebut dipercayai membuat hentian di ibu kota Kenya, Nairobi.

Kejadian itu sangat luar biasa kerana adalah hampir mustahil bagi penumpang haram seperti it  selamat sekiranya bersembunyi di dalam komponen roda pesawat semasa penerbangan jarak jauh. Ini disebabkan kandungan oksigen yang terhad serta sejuk pada altitud tinggi.

“Lelaki itu ditemui masih hidup di bahagian kompartmen roda pesawat dan dibawa ke hospital. Dia kini dalam keadaan stabil,” kata jurucakap Polis Tentera Diraja Belanda, Joanna Helmonds.

“Agak luar biasa bahawa lelaki itu masih hidup,” tambahnya.

Menurut stesen penyiaran Belanda, NOS, petugas kecemasan berjaya mengembalikan suhu badan lelaki itu kepada bacaan normal ketika ditemui dan apabila ambulans tiba, dia dapat menjawab soalan-soalan asas.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 24-1-2022 04:55 PM
Pandai lelaki itu berpaut kat roda dan muat muat je beliau dlm tempat simpanan roda itu
Quote JunkMail 24-1-2022 04:58 PM
Aku rasa dia pakai thermal, fleece, down jacket Dan bawa portable tong oksigen
Quote Decaffeinated 24-1-2022 08:21 PM
KamikuP replied at 24-1-2022 04:55 PM
Pandai lelaki itu berpaut kat roda dan muat muat je beliau dlm tempat simpanan roda itu

bukan literally berpaut pada tayar tapi menyorok somewhere dalam compartment tayar tu. not impossible if we look at the size of the tyres.

Mungkin lepas ni Boeing ka Airbus kena improve design bubuh kaca botol macam kat tembok tu kot baru dia takut


Quote Carcosa 24-1-2022 08:33 PM
Kuatnya keazaman dia utk hidup. Kesian pun ada.
Me'ols flight long haul tu pun rasa namatey, walaupun boleh mencekik, boleh jalan2 dkt aisle regang2 kan kaki, pegi toilet, tidur, punnn rasa busan, dia boleh pulak duduk compartment tu 11jam entah2 satu pesen je duduknya. Sian lahai, tah makan tah tidak
Quote spankee_fili 24-1-2022 09:23 PM
Desperate times call for desperate measures
Kuat betul orang ni
Quote buapakperut 24-1-2022 09:47 PM
Lamanya 11 jam. Gigih betul, nasib tak Salah destinasi. Sejenis kegigihan macam PATI
Quote afie_m 26-1-2022 12:38 PM
sanggup ambil risiko..betul2 luar biasa ni

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-9-2022 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.073974 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top