CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Kenapa Bersungguh Halang Rakyat Buat Bantahan Terhadap Seorang Lelaki? - Harith

24-1-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 955| Komen: 6

Description: Jumaat lepas, Polis Kuala Lumpur mengumumkan beberapa tindakan bagi menghalang secara efektif satu demonstrasi jalanan yang dirancang untuk menggesa pihak berkuasa Malaysia menangkap ketua agensi anti ...
Jumaat lepas, Polis Kuala Lumpur mengumumkan beberapa tindakan bagi menghalang secara efektif satu demonstrasi jalanan yang dirancang untuk menggesa pihak berkuasa Malaysia menangkap ketua agensi anti-rasuah negara yang dikaitkan dengan skandal pembelian jutaan unit saham.


Menurut Berita Benar, pasukan keselamatan merancang menutup buat sementara operasi 25 buah stesen keretapi dan rel di dalam bandaraya Kuala Lumpur.


Kredit foto: IG Harith

Lencongkan trafik juga dilakukan di enam jalan utama menuju pusat bandar, supaya mereka yang mahu menyertai protes dinamakan ‘#TangkapAzamBaki’ itu tidak dapat pergi ke lokasi perhimpunan pada Sabtu lepas.


Insiden penutupan jalan yang dikatakan kononya mahu menghalang perhimpunan protes ini telah mendapat perhatian Harith Iskandar.

Dalam laman Instagram yang dikongsikan Harith, dia menunjukkan baagaimana seorang lelaki menyelamatkan seorang warga emas ketika di jalan raya sedangkan pihak berkuasa di Malaysia cuba sedaya upaya menyelamatkan seorang lelaki sahaja.

Justeru, Harith mempersoalkan kenapa banyak tumpuan dan tenaga dihabiskan untuk menghentikan rakyat daripada membuat bantahan terhadap seorang lelaki.

Baginya, seorang lelaki ini bukanlah dari kalangan orang yang dikenali sehingga pihak berkuasa sanggup berbuat sedemikian.

Tambahnya, kalau individu tersebut tidak membuat salah, kenapa pihak berkuasa perlu melakukan tindakan penutupan jalan.



Harith turut bersetuju dengan protes yang akan dilakukan kerana sekurang-kurangnya pihak perniagaan dan kedai yang terjejas boleh menyalahkan penunjuk perasaan daripada menyalahkan pihak berkuasa.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 24-1-2022 04:31 PM
Coz this is malaysia. Everything is the other way around than the rest of the world. Byk2 bdoa so those people terima balasan atas duniya mcm dlm majalah mastika tuh. Nk tggu akhirat lambertt lg. Who knows ada doa org yg teraniaya yg d angkat & makbul.
Quote AcikBuncit 24-1-2022 04:32 PM
Sbb musim covid jgn berhimpun la bodoh. Nk protes pun pergi buat tempat lain. Ni smp org xleh bukak kedai, xleh nk g keje. Kacau rzeki org. Bagus sgt la cara cmtu.. Bodoh!
Quote jas7512 24-1-2022 04:36 PM
Thunderclouds replied at 24-1-2022 04:31 PM
Coz this is malaysia. Everything is the other way around than the rest of the world. Byk2 bdoa so th ...

Those yg jahat..zalim dan mrnganiayai rakyat blh tk  kita doakan mati beragan..mati maha dasyat..mati mata terbeliak or mati muntah darah kalau x kembalikan harta rakyat atau klu x btlkan kesilapan..doa 40 org makbulkan...klu doa 4 juta org mestilah lg blh makbul kan
Quote mojarean_X 24-1-2022 09:40 PM
Harith bertanding je lah PRU nanti. Tgk Tony Pua sanggup x bg laluan pd ko bertanding di Damansara
Quote Suchi 24-1-2022 10:59 PM
Edited by Suchi at 24-1-2022 11:01 PM

Edited dabel post
Quote Suchi 24-1-2022 11:01 PM
jas7512 replied at 24-1-2022 04:36 PM
Those yg jahat..zalim dan mrnganiayai rakyat blh tk  kita doakan mati beragan..mati maha dasyat..m ...

Kisah benar ada laki bini ni jual emas dan scam duit org.
Pastu hilangkan diri smapai 3 tahun mangsa duk cari tak jumpa hinggalah viral pasal satu famili keracunan nyaris maut lepas makan cendawan beracun.
Maka mangsa akhirnya menemui si penipu yg telah menganiaya beliau selama ni.

Lihat semua komen(6)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.085541 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top