CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Warga Emas Ada Testis Dan Organ Wanita Pada Kemaluan

24-1-2022 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 949| Komen: 8

Description: Seorang lelaki berusia 67 tahun dikesan mempunyai organ pembiakan wanita selain alat kemaluan lelaki yang normal.Lapor Daily Mail, pakar perubatan terkejut apabila mendapati bonjolan di bahagian kemal ...
Seorang lelaki berusia 67 tahun dikesan mempunyai organ pembiakan wanita selain alat kemaluan lelaki yang normal.

Lapor Daily Mail, pakar perubatan terkejut apabila mendapati bonjolan di bahagian kemaluannya sebenarnya mengandungi testis dan alat kemaluan wanita.


Gambar hiasan

Bapa tiga anak itu mengunjungi hospital di Kosovo selepas mengadu mempunyai ketulan yang membengkak di pangkal pahanya sejak sedekad lalu.

Ketulan tersebut akan menjadi lebih besar semasa lelaki itu berdiri atau batuk.

Pakar bedah menjalankan pemeriksaan jisim bagi mengesan rahim, serviks, tiub fallopio dan ovari serta testisnya yang hilang.

Doktor mengesahkan lelaki itu mempunyai sindrom Persistent Mullerian duct (PMDS) iaitu keadaan yang sangat jarang berlaku apabila lelaki mempunyai organ wanita bersama kemaluan dan skrotum.

Sehingga kini, hanya 200 kes pernah dilaporkan dalam dunia perubatan.

Kes yang sangat jarang berlaku ini menyebabkan sesetengah kanak-kanak lelaki dilahirkan dengan dua set organ pembiakan.

Gejala penyakit ini termasuk buah zakar yang tidak turun dan hernia di pangkal paha.

Organ wanita kebiasaannya tidak ditemukan melainkan pembedahan dilakukan.

Kes tersebut didedahkan dalam Laporan Kes Urologi oleh pakar perubatan dari University of Prishtina di Kosovo.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 24-1-2022 03:33 PM
Uniknya...siap ada anak 3 org tu. Hormon testoron lebih banyak kot.
Quote sharlenetexas 24-1-2022 03:35 PM
Khunsa kot?

Quote nononcrux 24-1-2022 04:51 PM
owh dah usia senja baru detect.. ajaib btl..
Quote Decaffeinated 24-1-2022 06:26 PM
"Bapa tiga anak itu mengunjungi hospital di Kosovo..."

Confirm jantanlah kan?

Quote buapakperut 24-1-2022 09:52 PM
Bukan khunsa ke
Quote 234126 25-1-2022 07:21 AM
Ni namanya khunsa yang abang jat dok canang tu kan [em:4:]
Quote noell 25-1-2022 07:40 AM
ala kat tanah malaya neh lama dah jadi...dah operate buang bebird baru jumpa pepet haaaa dh lari ostolia dh dia
Quote hareeeesah 25-1-2022 07:43 AM
Ni baru betul khunsa so boleh pilih dia lebih ke laki or perempuan. Bam jat buat kat thai nk claim khunse plak

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.074116 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top