CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Luaran Saja Nampak Okey, Hakikatnya Tidak," -Janna Nick

24-1-2022 04:25 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2427| Komen: 35|Original author: Cinta Erina

Description: Seperti yang kita semua ketahui, selebriti popular Janna Nick sedang berjuang dengan penyakit Bipolar Disorder dan pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri.

Sumber: Instagram Janna Nick

Seperti yang kita semua ketahui, selebriti popular Janna Nick sedang berjuang dengan penyakit Bipolar Disorder dan pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri. Untuk yang belum tahu, penyakit Bipolar Disorder dahulunya dipanggil kemurungan manik, ia merupakan keadaan kesihatan mental yang menyebabkan perubahan mood yang melampau yang termasuk emosi yang tinggi (mania atau hypomania) dan rendah (kemurungan). Apabila anda tertekan, anda mungkin berasa sedih atau putus asa dan hilang minat atau keseronokan dalam kebanyakan aktiviti.

Janna Nick berkata sudah membuat keputusan untuk memperlahankan karier seni untuk memberi fokus kepada kesihatan mentalnya.

"Saya memilih untuk slow kan kerjaya seni. Saya bukan kekwat cuma kena utamakan kesihatan mental. Buat masa sekarang, saya pilih untuk bergerak aktif di belakang tabir contohnya dan mewujudkan pengurusan artis di bawah production saya sendiri."

Sumber: Instagram Janna Nick

Kata Janna Nick, sudah beberapa kali dia tidak dapat membawa watak dengan baik kerana pil antidepressants yang membuatkan dia kurang beremosi dan tidak dapat fokus kepada lakonan.

Lalu, Janna Nick telah berhenti mengambil pil tersebut dan akhirnya kesihatan mentalnya semakin teruk dan dia terpaksa membuat keputusan untuk 'banyakkan berehat' bagi memastikan dia mengambil ubat secara konsisten.

"Sebagai seorang pelakon, tanggungjawab saya adalah untuk mendalami watak yang diberikan sepenuh hati dan perasaan. Saya pernah share mengenai ubat antidepressants ini yang membuatkan saya kurang beremosi. Jadi, saya terpaksa berhenti mengambilnya buat sementara waktu kerana perlu menjiwai watak lakonan. Kesannya membuatkan kesihatan saya makin teruk."

"Tetapi sekarang ini saya memang ikut nasihat doktor untuk ambil ubat tepat pada waktunya. Saya sudah tidak mahu kerja 24/7, saya sedar kesihatan saya number satu"

Sumber: Google Image

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu mengakui bahawa dia sedar akan pemikiran segelintir netizen yang memandang remeh dengan penyakit mental.

"Saya tahu ada sesetengah orang yang menganggap penyakit ini sebagai bahan jenaka atau sekadar nak raih simpati ramai, namun semua orang patut tahu penyakit mental ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Apa gunanya jika luaran saja yang nampak okey, tetapi dalaman hancur. Hanya mereka yang mengalaminya saja tahu sama ada penyakit ini berbahaya atau tidak. Jadi, buatlah penilaian anda sendiri. Tahun ini saya memilih untuk mengutamakan kesihatan mental saya."

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Janna Nick dan semoga kesihatannya kembali beransur pulih. Harap-harap tak lama lagi kami dapat melihat kembalinya Janna Nick semula di kaca TV dengan semangat yang baru. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 24-1-2022 04:46 PM
lepas kena gasak dgn netizen psl g cuti dgn bf.. tepat la tekaan forumers yg akan keluar plak berita mcmni nak bg coverline. hahaha
Quote uori 24-1-2022 04:48 PM
asyik nak menjawab walau takde orang tanya
Quote bendera 24-1-2022 04:48 PM
ceh, peluk2  boleh plak.hilang plak sakit dia tu
Quote elzy 24-1-2022 04:55 PM
Dia ni mcm dah kawin.. tak tahu dah nikah atau belum..
Quote Belibis 24-1-2022 05:18 PM
Sebut jer la gila.senang paham..ingat semua orang tau ke apa disoder oder bagai ni.[em:15:]
Quote prince_marhaen 24-1-2022 05:18 PM
gambar dah nak macam beromen tak fikir sakit pulak yek
Quote bankerpencen 24-1-2022 05:50 PM
Entah betul diagnosed, entah tidak. Bukan boleh percaya pompuan ni.
Quote shalalat 24-1-2022 06:20 PM
Takde orang kisah dikkkk
Quote OyaTonggek 24-1-2022 06:44 PM
time geletiss menyeksi wlupn membadak xde pulak ko bipolar ye! Mak dia x nasihatkan ke ye..hmmm

Cara senang, dekatkan diri tu dgn Tuhan.
Quote missHaidiD 24-1-2022 06:45 PM
Time melinjang dgn kembr poji tu takde pulak dtg gila ko ek jana
Quote sweetyroses 24-1-2022 07:39 PM
Xnak sakit hati off la komen. Karang netizen kecam sentap. Orang dari kesian jadi menyampah muak.

Netizen malaysia ni kena ignore je segala posting dy ni. Baru tahu erti #sejukbeku
Quote eldacute 24-1-2022 07:42 PM
Kalau dengan jantan hilang terus bipolar ko Jana.
Quote Denco 24-1-2022 07:43 PM
Hari tu siap launch produk...celah mana sakit mental
Quote samshik 24-1-2022 07:45 PM
U olls canang u olls mental.. Pastu nk buat kije urusan karier org lain... Mgkin u olls kne uruskn masalah u olls dulu tak??? Pelik naw hakak.  Part meramas jantan, ko ilang bipolar plk..
Quote missHaidiD 24-1-2022 08:24 PM
Org cmni kita patut aamiin kan saje apa kata2 dia. Nk sgt sakit mental kan..
Quote Fazzbulous 24-1-2022 08:27 PM
samshik replied at 24-1-2022 07:45 PM
U olls canang u olls mental.. Pastu nk buat kije urusan karier org lain... Mgkin u olls kne uruskn m ...

Meramas jntanz tu terapi uolss..kikiki
Quote fido_dido 25-1-2022 12:26 AM
kau okay time nak menunjuk berpeluk2 dgn bopren/laki kau tu je kan? kalau time lain semua x okay
Quote lyshafull 25-1-2022 12:34 AM
Dh 2022 mash lagi x move on dgn mental health ko haihhhh ramai je ade masalah mental tpi diam2 heal diam2 dpat rawatan socmed shut down hang lagi galak kene kecam ungkit balik ade mental health bosan
Quote alieyrina 25-1-2022 12:48 AM
Dia kalau amik gambar utk ads ka poster endorsement aku rasa cantik pulak.
Kat tv kuar iklan drama jerit2..sapo laa tengok2 mek janah rupa nya

Lihat semua komen(35)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.079470 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top