CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

"Jangan Lupa Daratan, Ingat Siapa Tolong Dulu" - Rashid Sidek Tak Bagi Muka Pada Zii Jia

21-1-2022 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7634| Komen: 86

Description: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) digesa untuk tidak memberi muka kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang membuat keputusan untuk meninggalkan badan induk itu.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) digesa untuk tidak memberi muka kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang membuat keputusan untuk meninggalkan badan induk itu.


Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, berkata BAM perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemain berusia 23 tahun berkenaan bagi mengelak ia menjadi ikutan pemain lain.


Kredit foto: IG Zii Jia/Rashid

"BAM ada kuasa untuk ambil tindakan, kalau perlu kenakan hukuman gantung tidak boleh menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh tertentu, BAM kena buat.

"Jika BAM masih bertolak ansur, saya bimbang selepas ini lebih ramai pemain yang akan bertindak meninggalkan badan induk itu. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku sehingga menjadi budaya.


"BAM perlu tegas dengan keputusan mereka, jika tidak orang tidak akan hormat BAM sebagai persatuan yang bertanggungjawab terhadap sukan badminton di negara ini," kata Rashid kepada BH Sukan.

Semalam, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan badan induk itu ada menerima surat peletakan jawatan daripada Zii Jia pada 11 Januari lalu.

Bagaimanapun, keputusan sama ada BAM menerima atau sebaliknya peletakan jawatan berkenaan hanya akan diumumkan Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos pada Jumaat ini.

BAM mempunyai kuasa untuk menggantung Zii Jia daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa jika dia meninggalkan badan induk berkenaan apatah lagi dia dilihat sebagai aset negara dan banyak pelaburan sudah dibuat ke atas dirinya.

Bagaimanapun, BAM juga sebelum ini turut mengambil pendekatan bertolak ansur dan membenarkan pemain bergerak secara profesional.

Mengulas lanjut, Rashid yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 mengingatkan juara Seluruh England 2021 itu agar tidak lupa daratan selepas pelaburan besar dilakukan BAM ke atas dirinya sejak peringkat remaja lagi.

"Dulu bila dia masih di bawah, siapa yang jaga dia? Bila sekarang sudah berada di atas, jangan pula cakap yang dia bagus sebab diri sendiri.

"Dia kena ingat siapa rakan sepelatih dia, jurulatih dia, di mana dia tinggal dan makan minum dia siapa yang jaga.

"Kalau duit menjadi masalah utama, saya percaya perkara ini boleh dibawa berbincang bersama BAM. Lagipun, dia tidak boleh bandingkan apa yang dia dapat dengan apa yang Datuk Lee Chong Wei (bekas jaguh perseorangan lelaki negara) ketika bergelar pemain.

"Chong Wei mendapat keistimewaan daripada BAM selepas dia meraih pelbagai kejuaraan selain memegang status sebagai pemain nombor satu dunia untuk tempoh beberapa tahun. Zii Jia pula, kerjayanya baru mahu bermula dan baru ada dua atau tiga kejuaraan.

"Jika mahu keistimewaan seperti Chong Wei, dia perlu buktikan dulu kredibilitinya," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-1-2022 05:15 PM
drama2

pop corn?
anyone??
Quote Tembikaigoreng 21-1-2022 05:52 PM
Kenapa dia nak resign?? Tak dpt keistimewaan apa?? Pastu ada kat paper Aku nmpk kenyataan dia cakap lebih kurang.."gaji saya hanya 8k saja"..woww banyak doh. Next time buat perjanjian lah....kalau dah invest banyak untuk training pemain Tu, at least dlm beberapa tempoh perlu menang beberapa tournament....kalau tak...haaa pikirlah sendiri nak.bagi denda apa...hehe
Quote dua_chzy 21-1-2022 05:55 PM
E'eh Rashid. Dulu bukan kau pun ada isu dengan bambam ka?
Quote krustykrab 21-1-2022 05:59 PM
Tembikaigoreng replied at 21-1-2022 05:52 PM
Kenapa dia nak resign?? Tak dpt keistimewaan apa?? Pastu ada kat paper Aku nmpk kenyataan dia cakap  ...

Umo 23 gaji 8k...ko patut bersyukur tau...ada yg penat belajar oerah otak kuar U gaji 1.2k je..
Quote haruslah 21-1-2022 06:05 PM
Tembikaigoreng replied at 21-1-2022 05:52 PM
Kenapa dia nak resign?? Tak dpt keistimewaan apa?? Pastu ada kat paper Aku nmpk kenyataan dia cakap  ...

8k kalau makan minum coach tempat tinggal medic, raket....serba berdiri semua free ape nak lagi.
Penaja pun bukan kaleng2

Tp kena tgk juga la sbb ape nak keluar
Kalau sket2 merajuk payah jugak. Sejenis diva...
LZJ ni ala2 bbnu gak...
Quote Skuau 21-1-2022 06:09 PM
ini buat bebudak..."kita main kat parking jer la...sekadar senaman jer"....xyh nk mikir wakil daerah,negeri,negara....ke....
Quote mama_cat 21-1-2022 07:04 PM
aku mcm sokong BAM kali ni.. byk kot investment aka our tax monies pi kat dia ni.. pi tokyo flop, berapa tournament ja dia menang... kalau dia rasa dia nak extra gaji, u need to earn it.. aku baca kat FB byk la komen suruh dia pergi singapore.. for me, silakan.. tapi bayaq balik semua investment BAM, so that investment boleh guna balik kat future athlete..  hang nak itu ini, kena la setanding ngan performance.. ala ala KPI org bekerja...
Quote ChildrenOfBodom 21-1-2022 08:08 PM
suruh dia bayar balik semua yang BAM dah lebur kat dia, pastu go fuck yourself
Quote faraway1 21-1-2022 09:05 PM
Nak banyak gaji kot, buat pelaburan masa tua, supaya tidaklah jadi cam atlet para. Yang jual tisu tu..
Quote haruslah 21-1-2022 09:35 PM
mama_cat replied at 21-1-2022 07:04 PM
aku mcm sokong BAM kali ni.. byk kot investment aka our tax monies pi kat dia ni.. pi tokyo flop, be ...

Org kata badi all england mcm HH
Ingat pegi spore senang2 jer ke
Kalau diri sendiri pun lemau payah jugak nak jd mcm LKY. LKY tu main relax je dlm court bukan jenis malas cepat give up.

I rasa lzj akan buat rayuan. Xpun bwf akan campur tgn gak ni
Sbb byk player dah bunyik backup lzj
Quote bakingsoda 21-1-2022 10:00 PM
faraway1 replied at 21-1-2022 09:05 PM
Nak banyak gaji kot, buat pelaburan masa tua, supaya tidaklah jadi cam atlet para. Yang jual tisu tu ...

banyak la gaji 8k tu umur baru 23 pastu bukannya menang banyak tournaments pon, tapi itu pon tak bersyukur dikatanya "gaji saya 8k jurr" ni kalau jd pemain professional pastu makin merudum cash ajee!  nak kaya raya prestasi kena hebat la mcm lcw
Quote pyropura 21-1-2022 11:10 PM
Rasid Sidek ni dulu ranking berapa dunia?
Quote pyropura 21-1-2022 11:14 PM
krustykrab replied at 21-1-2022 05:59 PM
Umo 23 gaji 8k...ko patut bersyukur tau...ada yg penat belajar oerah otak kuar U gaji 1.2k je..

8k gaji mana ade banyak. Dia bukan boleh main lama sampai umo 60 tahun macam acik bawang N17 gomen. Umo 30-35 dah tak boley main lagi.
Quote pyropura 21-1-2022 11:17 PM
mama_cat replied at 21-1-2022 07:04 PM
aku mcm sokong BAM kali ni.. byk kot investment aka our tax monies pi kat dia ni.. pi tokyo flop, be ...

Dia dah bayar balik berlebih lebih pada BAM,  bila dia berjaya top 10 ranking dunia. Dia buka ayam ka lombu ka yg.bayar balik tuan nya dgn.hasil tolo atau susu.
Quote krustykrab 21-1-2022 11:46 PM
pyropura replied at 21-1-2022 11:14 PM
8k gaji mana ade banyak. Dia bukan boleh main lama sampai umo 60 tahun macam acik bawang N17 gomen ...

Umo baru 23 tahun..kira byk la tu..
Dah tu ko ingat semua org blh keje seumur hidup?
Mengada2 je dia ni..
Quote Nham22 22-1-2022 12:06 AM
dua_chzy replied at 21-1-2022 05:55 PM
E'eh Rashid. Dulu bukan kau pun ada isu dengan bambam ka?

Die saja nak pekena bam... Reverse physiology
Quote she 22-1-2022 12:09 AM
8k tu buat masa sekarang

Lagi banyak dia menang
Lagi naik ler gaji dia nanti
Lagi banyak lah duit masuk
Lagi banyak penaja iklan komersial

Nak banding dia dengan LCW
Jauh sangat kot

Nak banding dia dengan player bola ke
Gaji puluh2 ribu?
Player bola main ikut musim bang

Rashid dulu ada isu dengan BAM tapi lepas dia amek alih
Ok aje sampai terlahir juga LJZ ni
Quote Aikiko 22-1-2022 12:39 AM
Yeke dia kuarkan statement psal gaji 8k tu...baca katne??
Iols tak rasa psal gaji sgat lebih kpd under pressure giler es.under norza bam mcam da flop
Sama ngan fam dedua hancus
Quote Aikiko 22-1-2022 12:42 AM
Kalau dah dibanned takleh main inter.tournament that means lzj nak main memana tour.kat luar even kuar duit sendri pun tak boleh eh??
Sayangnya 2 tahun tu

Lihat semua komen(86)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 07:27 PM GMT+8 , Processed in 2.303895 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top