CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

100 Papan Iklan Sepanjang Lebuhraya PLUS Tiada Lesen?

21-1-2022 04:53 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2836| Komen: 40|Original author: Agent13k

Description: Kalau anda menggunakan mana-mana jalan lebuh raya utama di seluruh negara, pasti akan perasan pelbagai iklan bersaiz bersar terpampang ditepi jalan.
Kalau anda menggunakan mana-mana jalan lebuh raya utama di seluruh negara, pasti akan perasan pelbagai iklan bersaiz bersar terpampang ditepi jalan.

Walaupun ada pelbagai iklan di situ, sebilangan daripadanya rupa-rupanya tidak memiliki lesen dan permit sah daripada pihak berkuasa tempatan untuk meletak iklan disitu.


kredit foto: utusan

Menurut Odisi, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah membuat Operasi Menampal Notis Iklan tidak berlesan di papan tanda di tepi lebuh raya PLUS untuk mengenal pasti iklan tidak berlesen di sepajang kawasan dibawah bidang kuasa mereka.


" data-width="500">Loading FB Post...


Difahamkan, sebanyak 100 papan iklan telah ditampal notis tanpa lesen/permit oleh MBS kerana tidak mengikut spesifikasi yang mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya dalam o
perasi bermula dari susur masuk Plaza Tol Ainsdale arah utara.

Perkara itu diumumkan menerusi di laman media sosial mereka. 

Menurut laporan Utusan Malaysia, Menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meminta syarikat-syarikat yang meletakkan iklan mereka di papan iklan di sepanjang lebuh raya harus bertanggungjawab memastikan syarikat pengiklanan dilantik mempunyai lesen daripada PBT bagi berbuat demikian.


kredit foto: facebook

Ujar beliau, syarikat yang meletakkan iklan di papan tanda ini juga perlu bertanggungjawab dengan memberi kerjasama bagi mengelakkan perkara tidak diingini, bukan sahaja struktur binaan iklan tidak mendapat kebenaran, malah ada yang tidak membayar cukai taksiran.

Siapa suka tengok iklan masa memandu? Jangan tengok iklan, bawa kenderaan betul-betul. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-1-2022 05:04 PM
"Siapa suka tengok iklan masa memandu?"

bila rs meluat baca tagline dan tgk gmbr2 di billboard tu
hilang jp rs ngantuk

Quote Belibis 21-1-2022 05:06 PM
supernaturalee replied at 21-1-2022 05:04 PM
"Siapa suka tengok iklan masa memandu?"

bila rs meluat baca tagline dan tgk gmbr2 di billboard tu

Gambir emas??pacak sampai subuh..
Quote supernaturalee 21-1-2022 05:08 PM
Belibis replied at 21-1-2022 05:06 PM
Gambir emas??pacak sampai subuh..

bapak smpi subuh
power tul produk nya
lps subuh tu terus x bangun2 dh


Quote tikusmontok 21-1-2022 05:45 PM
Meluat hokayyy..byk produk timbang kilo
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2022 06:12 PM
Papan iklan yang boleh buatkan kereta terbabas

images-1.jpg
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2022 06:23 PM
Subuh baru cabut

Ff.jpg
Quote Artemesiaa 21-1-2022 06:33 PM
Elok campak buang je papan tanda iklan tu menghalang pemandangan.  Bila memandu nak lihat kecantikan alam semulajadi dan kehijauan bukan nak lihat muka2 yang ada pada papan iklan tu.
Quote tungkai 21-1-2022 06:38 PM
Kenapa banyak iklan produk Melayu kena letak muka owner?
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2022 06:40 PM






Quote FOTHER-MUCKER 21-1-2022 07:01 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-1-2022 03:57 AM

Sekarang ni nak memperlekehkan melayu senang je, gunakan nama Allah dan agama dalam iklan walaupun iklan tu tidak bersesuaian.
Quote tripleid 21-1-2022 07:11 PM
Eloklah cabut semua billboard2 produk sampah sepanjang hiway tu...dah la mencacatkan pemandangan,hiway plus yg gah harga berbillion tu pun jadi nampak murah dgn iklan produk2  low class sebegini
Quote Suchi 21-1-2022 07:21 PM
Kat plus bnyk iklan billboard tuisyen kot, ada muka mamat tersengih2.
Pastu iklan produk timbang kilo
Quote akies 21-1-2022 07:29 PM
Suchi replied at 21-1-2022 07:21 PM
Kat plus bnyk iklan billboard tuisyen kot, ada muka mamat tersengih2.
Pastu iklan produk timbang kil ...

Yeszza ..meluat tgk muka cikgu tusyen tu.
Iols rasa sepanjang highway nak balik ke utara aritu, berapa puluh ntah iklan diorg tu terpampang kt tepi highway. n
Quote Solokkk 21-1-2022 07:51 PM
Rasanya dorang pacak kat tanah persendirian sebelah highway. So, goyang tulur jer, tuan tanah dapat untung?
Quote helicornia 21-1-2022 10:41 PM
Bukan ke ni ajaran Jijan semang naikkan billboard kt hiway baru nampak gah? Founder product siap sujud syukur nampak billboard product depa naik kt tepi hiway
Quote OyaTonggek 21-1-2022 10:44 PM
nyampah tgk iklan tuition muka cikgu tu..pastu iklan pakrak kekasihku tu...halahhhh murahan betul iklan sebegitu..cacat pemandangan
Quote Supersirap 21-1-2022 10:46 PM
Iklan yang double meaning tu sudah boleh diturunkan ya
Quote missyL 22-1-2022 12:29 AM
Laaaaaa xde lesen rupenye. Gebang je lbih

Tp semua produk melayu je byk
Quote slyfynx 22-1-2022 12:48 AM
Aku siap cakap kat kawan aku dalam kete, kalau nk ade kt billboard, x perlu handsome, tp kene attractive. Biar menarik minat org nk tgk.
Yg cikgu tuisyen sorang tu mmg x attractive langsung. Hensem pun x, comel pun x.
Yang penting nnt kuar berita mesti untung juta2

Lihat semua komen(40)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.085716 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top