CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Jangka Hayat Manusia Boleh Diramal Hanya Dengan Imbasan Retina?

21-1-2022 06:02 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1464| Komen: 10|Original author: Agent13k

Description: Sekumpulan penyelidik di Australia telah mencipta program berteknologi kepintaran buatan (AI) baharu bertujuan untuk meramalkan jangka hayat mausia dengan menggunakan mengimbas retina pada mata mereka ...
Sekumpulan penyelidik di Australia mencipta program berteknologi kepintaran buatan (AI) baharu bertujuan untuk meramal jangka hayat manusia dengan menggunakan pengimbas retina.


kredit foto: eye center for Colorado Springs


Menurut Kosmo, dalam penyelidikan yang diterbitkan Journal of Ophthalmology Britain, saintis mendakwa retina mata manusia berfungsi sebagai "jendela" yang membolehkan mereka melihat dengan lebih mendalam tentang keadaan kesihatan seseorang.

Kumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mata Melbourne atau nama lainnya The Centre for Eye Research Australia (CERA) mendakwa algoritma AI boleh meramal usia retina secara tepat. 

Malah, mereka boleh menganalisis hampir 19,000 imbasan fundus iaitu kawasan belakang mata di mana terletaknya retina.


kredit foto: Greenwich time


Menurut hasil kajian Dr Mingguang He yang merupakan seorang profesor epidemiologi oftalmik di Universiti Melbourne dan Pusat Penyelidikan Mata di Australia, Retina menjadi "jendela" yang unik dan boleh diakses untuk menilai punca serta mengesan sesuatu penyakit berkaitan saluran darah dan saraf yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian.

Sebanyak 130,000 sampel penyelidikan diambil daripada 500,00 responden berusia antara 40 tahun hingga 69 tahun yang menyertai kajian itu dari UK Biobank, Britain. 

Kajian sama turut mendapati berlakunya peningkatan risiko punca kematian sebanyak dua peratus pada setiap satu tahun perbezaan usia sebenar dan usia yang boleh dibaca dengan melihat retina mata.

Ada sesiapa mahu mencuba ujian ini? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 21-1-2022 06:09 PM
Retina Display tersenyum sinis

MV5BZDJiZWY5ZjAtZjEwNi00NzliLWE3ZTAtZDdiMDgxMmY3Y2QwXkEyXkFqcGdeQXVyODk1MjAxNzQ@.jpg
Quote dua_chzy 21-1-2022 06:11 PM
Ini udah literally eye is the window to one's soul kekdahnya.
Quote haruslah 21-1-2022 06:12 PM
Teringat dont look up
Quote Orenn1 22-1-2022 04:53 PM

kea makiti dgn kj ke
Quote keane.somewhere 22-1-2022 04:59 PM
Memang ada kan pengamal Perubatan alternative kesan penyakit melalui retina.
Quote keane.somewhere 22-1-2022 04:59 PM
Benda yang sama diagnos guna tapak tangan, kepala dll. Sebab hujung saraf kita dekat situ
Quote kakikuDibibirmu 22-1-2022 05:10 PM
keane.somewhere replied at 22-1-2022 04:59 PM
Benda yang sama diagnos guna tapak tangan, kepala dll. Sebab hujung saraf kita dekat situ

Dilarang menilik nasib
Quote sharlenetexas 22-1-2022 06:00 PM
Dulu mlm mana tah check penyakit melalui retina. Iols rasa krik krik bila budak tu check mata iols. Entah reti ke tak reti budak ni.

Quote gigahertz 22-1-2022 07:50 PM
Kalau nak tahu hari ini nyawa u last ke tidak check denyutan jantung. normal 60 bpm.
Quote Suchi 22-1-2022 08:05 PM
Hurmm kalau tau bila nak mati takutnyaaa tp taktau pun takut jug

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.078605 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top