CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Badan Berbulu Lebat Wanita Disamakan Seperti Chewbacca

21-1-2022 02:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1201| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: Mengalami masalah hirsutisme hingga menyebabkan seluruh tubuhnya dipenuhi bulu lebat, Samantha Allen, 28 dengan terbuka menceritakan pengalamannya menjadi mangsa buli gara-gara keadaan fizikalnya.Seja ...

Mengalami masalah hirsutisme hingga menyebabkan seluruh tubuhnya dipenuhi bulu lebat, Samantha Allen, 28 dengan terbuka menceritakan pengalamannya menjadi mangsa buli gara-gara keadaan fizikalnya.

Sejak dari zaman kanak-kanak lagi Allen sudah terbiasa dikutuk dan dikeji secara kejam. 

Tidak hanya disamakan seperti watak filem Star Wars iaitu Chewbacca, wanita yang turut menghidap sindrom ovarium polisistik (pcos) juga dipanggil khinzir kerana bertubuh gempal.



Tidak hanya dibuli oleh orang luar, lebih memeritkan apabila ada antara keluarganya sendiri yang menjadikannya bahan jenaka.

"Saya dibuli sepanjang zaman persekolahan. Saya dipanggil Chewbacca, b****h gemuk dan lelaki. Separuh daripada pembuli itu saya tidak kenal pun.

"Apa yang saya masih ingat, ketika ejekan itu bermula, semakin ramai yang memanggil saya dengan nama itu termasuklah keluarga sendiri," katanya.

Wanita yang menetap di New York, Amerika Syarikat itu mendedahkan mulai mencukur bulu kaki pada usia lapan tahun manakala pada usia 11 tahun, misai dan jambangnya tumbuh.



Allen yang juga mempunyai masalah obesiti pernah mengamalkan gaya hidup sihat tetapi tubuhnya menjadi semakin lemah menyebabkan dia akhirnya memilih pembedahan batriatik pada 2019.

Kehilangan berat badan 45 kilogram selepas prosedur berkenaan, Allen lebih yakin berkongsi gambar di media sosial.

"Setiap kali saya berkongsi gambar, masih ramai yang menulis komen negatif. Walaupun terasa hati, dia tidak menghalang saya untuk terus berkongsi pengalaman mengenai masalah yang saya hadapi," katanya.

Sumber: Daily Mail dan New York Post

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 21-1-2022 03:09 PM
Wah, kah, kah, kah!

[youtube]y3yRv5Jg5TI[/youtube]
Quote Artemesiaa 21-1-2022 04:18 PM
Walau keadaannya macam tu dia ada self confident yang tinggi hingga berani share gambar dengan orang lain
Quote kucim 22-1-2022 11:11 PM
I like your confidence....
Quote Ayda89 23-1-2022 12:20 AM
Kesian dia [em:9:]
Quote supernaturalee 23-1-2022 07:15 AM
kakikuDibibirmu replied at 21-1-2022 03:09 PM
Wah, kah, kah, kah!

Erkkk

Apoo macit ni
Eksaited semacam

Anyway i don't like watak chewbacca ni
Annoying bunyi die

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-6-2022 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.077526 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top