CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

“Mak Kau Yang Menipu!" Diva AA Bengang Dituduh Propa Masuk ICU

21-1-2022 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1968| Komen: 27

Description: Pengacara sensasi Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menolak dakwaan kononnya hanya berlakon semata-mata apabila dikejarkan ke unit rawatan rapi(ICU) di sebuah hospital swasta baru-baru ...
Pengacara sensasi Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menolak dakwaan kononnya hanya berlakon semata-mata apabila dikejarkan ke unit rawatan rapi(ICU) di sebuah hospital swasta baru-baru ini.


Menurut Diva AA, dia sememangnya dimasukkan ke hospital berikutan mengalami keracunan makanan yang kronik sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU. Berkongsi dengan lebih lanjut, Diva AA berkata dia diminta untuk berada di pusat perubatan tersebut untuk beberapa hari.


Foto: IG

Namun, dia meminta kebenaran pihak hospital untuk keluar lebih awal kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru.

“Malam itu,saya beli burger di tepi jalan kerana malas nak pandu lalu yang beratur panjang di sebuah restoran makanan segera.

“Ini mungkin pengajaran buat orang ramai juga untuk lebih berhati-hati membeli makanan di jalanan. Tahun lepas pun saya dah kena tapi tak serik juga. Kesalahan saya sebab masa dapat itu saya terus makan di dalam kereta. Sepatutnya, balik dulu dan periksa ada cacing atau sebagainya tapi ini makan terus sebab lapar.

“Bercakap pasal ICU, saya hanya berkongsi foto tangan saya menerima drip air selain memaklumkan saya keracunan makanan dan tulis kapsyen jangan risau. Tak ada apa-apa pun sebab saya masuk pukul 5.30 pagi dan pukul 7.50 pagi saya cakap dekat doktor saya nak keluar hospital. Doktor pun terkejut dan dia cakap tak boleh sebab saya harus ditempatkan di wad untuk rawatan lanjut. Tetapi saya cakap dekat dia kembali tak boleh sebab saya ada program di Johor Bahru,” kata Diva AA kepada Murai.my.

Mengenai tohmahan netizen yang melampau, Diva AA akui rasa terkilan sehingga ada yang mendoakan serta beranggapan dia telah meninggal dunia selepas tular berita mengenainya.

“Mak kau yang menipu! Itu semua jangan layan sebab itu semua yang tidak suka saya. Yang suka saya semua okay saja. Tak sangka sebab ada yang cakap ‘Ingatkan masuk ICU dah mati’. Saya seorang individu yang sering dikecam. Pernah dengar orang masuk ICU sejam saja dan lepas itu siap menari dan drive sendiri ke JB?” soal Diva AA.

Dalam pada itu, Diva AA turut menitipkan pesanan buat mereka yang tidak menyukainya.

“Saya gigih juga ke JB kerana mereka dah bayar saya untuk program tersebut. Netizen ingatkan saya dah nak mati, tak ke sakit orang yang macam ini? Jadilah orang-orang yang mulia kerana mereka akan doakan seperti supaya cepat sembuh. Saya ada hubungi Fauziah Nawi, dia pun cakap pernah terkena perkara yang sama. Orang itu kalau sakit, bermusuh sekalipun akan ziarah dan doa yang baik-baik” katanya lagi. -CARI

Sumber" Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigi 21-1-2022 11:23 AM
Sorry no pity for u DIVA.....kuat mencarut tu lah mendapat
Quote laksmanabentan 21-1-2022 11:49 AM
hahahaha.... AA sentap tuh...
hahahahhahahahaha
Quote akuMNdia 21-1-2022 11:59 AM
dia ni kalau maki/carut tak sah ke kalau tak sebut mak/pak org?
apa dia rasa kalau org lain maki/carut sebut mak/pak dia plak?
tapi mesti netizen tak gamak buat cam dia buatkan?
Quote gideoncross 21-1-2022 12:01 PM
akuMNdia replied at 21-1-2022 11:59 AM
dia ni kalau maki/carut tak sah ke kalau tak sebut mak/pak org?
apa dia rasa kalau org lain maki/car ...

Btul tu, asek nak maki guna prktaan mak bapak, klau mak bapak sndri yg kna camtu, konfem mrah.
Quote wordlife 21-1-2022 12:02 PM
sampai sekarang tak boleh brain, keracunan makanan terus masuk ICU
pastu dibebaskan tak sampai sehari plak tu.. pape pon janji kau bahagia diva AA
Quote ezacbee 21-1-2022 12:08 PM
Cian dia ni kurang kasih sayang.. tok bida xnak offer dia ke jadi calon suami?
Quote miamiot 21-1-2022 12:58 PM
Edited by miamiot at 21-1-2022 12:59 PM

Bkn ke kalau nko sakit pegi spital pagi2 buta bhgn kecemasan yg bukak , kat situ ada doc yg chk nko ... kalau teruk kena warded , kalau tak teruk ambik ubat byr seme pastu boleh balik. spital mana plak yg kena masuk ICU terus ??? heran plak aku
Quote debab_78 21-1-2022 01:31 PM
Tak tahulah mcmne takrifan ICU bagi dia....
Masuk 2 jam je pastu discaj...  Utk observe kot takpun daycare je..
Quote cikatilia 21-1-2022 01:34 PM
akuMNdia replied at 21-1-2022 11:59 AM
dia ni kalau maki/carut tak sah ke kalau tak sebut mak/pak org?
apa dia rasa kalau org lain maki/car ...

kan??

mcm celaka.. sikit2 mak bapak org
perangai mcm budak2 rempit gila
Quote Solokkk 21-1-2022 01:44 PM
Sentap jugak rupanya
Quote prince_marhaen 21-1-2022 02:52 PM
hahahahahahhaahah butohhhhh kauuu nak orang berhati mulia, tapi kau selalu berperangai binatang takpe pulak kan? konon tu kau punya split character, tapi semua benda kau nak carut nak maki...haaa itu makan dia... tgh nazak masuk ICU konon, tapi tetap nak bagitau masuk hosp private bills ribu-ribu....apalanccccauu
Quote makadek 21-1-2022 02:59 PM
Pak pak pak luh
Quote awenda507 21-1-2022 03:14 PM
ko sendiri suka caruts org pastu nk harap org doa baik2 utk ko ke AA? Mimpi jelaaa
Quote tikusmontok 21-1-2022 08:46 PM
wordlife replied at 21-1-2022 12:02 PM
sampai sekarang tak boleh brain, keracunan makanan terus masuk ICU
pastu dibebaskan tak sampai sehar ...

ICU ke emergency ward?
Quote PEPPERMAN 21-1-2022 09:33 PM
bila pula kau nak ambil pengajaran dari perangai buruk mencarut tu?
Quote missHaidiD 21-1-2022 09:36 PM
Dibah baca carutan di porum ke
Quote mojarean_X 21-1-2022 10:01 PM
Semoga cepat sembuh Diva AA. Ikhlas dari pengundi PRU14 anda
Quote gekkou 21-1-2022 10:41 PM
kena part orang kecam dia
dipesan suruh berhati mulia
part dia maki hamun orang?
mulia kah hati Dibah AA?
Quote AnnaSendin 21-1-2022 10:54 PM
Yo an ajer heshe pitenah kedai jalanan. Entah2 resto mewah heols selalu pergi ittuew penyebab cherry berry. Ingatkan tak melahap masakan marhaen kekonon kasta heshe tinggi, hadap juga yach makanan jalanan.

Lihat semua komen(27)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-7-2022 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.076532 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top