CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Anak Atta Halilintar Belum Lahir Dah Dapat Hadiah Tesla Sebiji!

21-1-2022 07:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1305| Komen: 4

Description: Pasangan Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Selain membuat persiapan dari segi mental dan barangan keperluan bayi, pasangan Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah mempunyai ‘perancangan’ lebih besar buat bayi sulung yang bakal lahir.


Dilaporkan media Indonesia, Atta dan Aurel menyediakan sebuah kereta mewah jenis Tesla sebagai hadiah buat kelahiran bayi mereka yang dijangkakan seorang perempuan.


Kredit foto: IG Atta

Kereta mewah tersebut juga telah diubah suai dari segi warnanya, diberi nafas baharu dengan warna merah jambu sebagai signifikan kepada jantina anak mereka.


Perubahan warna kereta itu telah mengejutkan Aurel kerana anak penyanyi Kris Dayanti tersebut meminta suaminya menukar warna kereta Alphard mereka kepada merah jambu.


Kredit foto: IG Atta

Namun, Atta yang berasa kereta Tesla lebih sesuai untuk membawa calon anak mereka ke mana mana telah menukar permintaan isterinya pada saat akhir.

Atta juga mengatakan gaya pintu gullwing door atau bukaan atas pada bahagian tempat duduk penumbang dan boleh dibuka secara automatik dari kunci kereta akan memudahkan isteri dan anaknya kelak.

Malah, menerusi akaun Instagramnya, dia juga berkongsi dua keping foto kereta Tesla yang akan menjadi kenderaan istimewa buat dia sekeluarga.



Diketahui selain Tesla dan Alphard, YouTuber ini memang memiliki beberapa koleksi kereta mewah. Ini termasuklah Lamborghini Aventador dan Mustang Shelby GT 500 Cobra.


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 22-1-2022 11:13 AM
Bila mampu semua boleh disediakan
Quote Fadhiluw 23-1-2022 02:58 PM
Lucky baby
Quote Nenolen 24-1-2022 10:06 PM
Semoga selamat melahirkan dan selamat berpantang buat Aurel...buat Atta tahniah!
Quote Suchi 26-1-2022 12:18 PM
Aurel ni muda lagi tp nampak mcm berumur plak mak dgn mak tiri dia plak yg nampak awet muda.

Tapi untunglaa laki nampak syg gile, dan opkos kaya dan raya

Lihat semua komen(4)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 07:52 AM GMT+8 , Processed in 1.590831 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top