CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Panik Dengan Perintah Kerajaan, Ribuan Sukarelawan Tawar Diri Jaga Hamster Dari Dilupus

20-1-2022 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 684| Komen: 2

Description: Ribuan orang di Hong Kong secara sukarela menawar diri menjaga hamster yang diabaikan pemilik asal akibat panik apabila kerajaan memerintahkan pelupusan haiwan peliharaan itu atas risiko jangkitan COV ...
Ribuan orang di Hong Kong secara sukarela menawar diri menjaga hamster yang diabaikan pemilik asal akibat panik apabila kerajaan memerintahkan pelupusan haiwan peliharaan itu atas risiko jangkitan COVID-19.


Pihak berkuasa pada Selasa lalu mengarahkan pelupusan 2,000 hamster dari kedai haiwan peliharaan dan ruang simpanan, selepas mengesan kes penularan koronavirus ke atas seorang pekerja di sebuah kedai yang menjual haiwan itu, lapor Channel NewsAsia.


Gambar hiasan/SCMP

Di kedai yang bernama Little Boss itu, 11 ekor hamster dilaporkan telah diuji positif COVID-19.

Saintis di seluruh dunia dan pihak berkuasa kesihatan Hong Kong bagaimanapun berkata, masih belum cukup bukti bahawa haiwan memainkan peranan utama dalam merebaknya wabak itu kepada manusia.

Namun, atas polisi sifar toleransi ke atas COVID-19, Setiausaha Kesihatan, Sophia Chan, pada Selasa berkata, pihaknya tidak boleh menolak sebarang kemungkinan jangkitan, oleh itu pihak pemerintah tidak perlu berjaga-jaga.


Kredit foto: Reuters

Tidak lama selepas itu, petugas kesihatan dalam sut hazmat dilihat memasuki kedai-kedai haiwan peliharaan di seluruh bandar raya, khususnya lokasi kuarantin.

Stesen penyiaran RTHK melaporkan sesetengah pemilik hamster dilihat menyerahkan haiwan kesayangan mereka kepada fasiliti pemerintah, sementara di media sosial telah terbentuk satu kumpulan baharu untuk mengenal pasti pemilik yang mahu melepaskan hamster mereka.

Penyelia kumpulan Cute Hamster di aplikasi media sosial yang dkenali dengan nama Ocean, 29, berkata, kumpulan itu telah dihubungi oleh hampir 3,000 orang yang sanggup menjaga sementara haiwan yang hendak dibuang itu.

"Ramai pemilik haiwan peliharaan tidak faham sepenuhnya tentang risiko sebenar, dan bertindak menyerahkan hamster mereka," ujarnya.


Kredit foto: Reuters

Bowie, 27, yang menjadi sukarelawan dalam kumpulan itu, kini menjadi 'tuan' bagi dua ekor hamster baharu.

"Ini mengarut," kata Bowie yang sudahpun memiliki tiga hamster sendiri. "Haiwan juga ada nyawa berharga. Hari ini mungkin hamster atau arnab... entah esok kucing dan anjiing pula menerima nasib sama."


Sumber: AWANI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 20-1-2022 04:28 PM
sepatutnya hamster owner yang surrender hamster tu berjuang pertahankan hamsters mereka daripada dibunuh macam tu saja.
sekarang, senang-senang saja give up.. hari ni hari hamsters, esok lusa anjing dan kucing pula akan jadi mangsa.

Quote manzilla 20-1-2022 04:43 PM
Mooverine replied at 20-1-2022 04:28 PM
sepatutnya hamster owner yang surrender hamster tu berjuang pertahankan hamsters mereka daripada dib ...

Demikianlah bila pemerintah komunis sudah jadi "tuhan."

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-8-2022 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.173966 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top