CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Tak Ada Orang Pun Nak Caras" - Saiful Apek

20-1-2022 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2246| Komen: 1

Description: Didakwa tidak cukup profesional untuk turut bersaing dalam sesebuah pertandingan nyanyian, pelawak popular Saiful Apek melihat penglibatannya dalam Gegar Vaganza musim kelapan sebagai menutup periuk n ...
Didakwa tidak cukup profesional untuk turut bersaing dalam sesebuah pertandingan nyanyian, pelawak popular Saiful Apek melihat penglibatannya dalam Gegar Vaganza musim kelapan sebagai menutup periuk nasi orang lain.


Pelawak otai berusia 52 tahun itu juga sedar ada sesetengah pihak kurang senang dengan kemunculan pelawak dalam program pertandingan nyanyian.


Kredit foto: Ths Star

“Eh, macam semaklah, tak payahlah masuk dalam bidang nyanyian, tapi ramai sahaja anak seni seperti pelakon dan penyanyi menembusi industri komedi. Tak ada orang pun nak caras kerja orang lain.

“Dalam industri ini, kita perlu ada sifat untuk berkongsi, tidak perlu ada ‘double standard’. Jangan layan kami dengan kekok dan buat kami rasa kerdil,” katanya Saiful  kepada Kosmo! Online usai ditemui pada majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa, di ibu kota semalam.

Jelasnya, penganjuran program hiburan seperti GV sebenarnya membuka pintu rezeki kepada ramai pelawak komedi berbakat yang lain untuk menebarkan sayap dalam industri seni seperti nyanyian.

Anggota kumpulan Senario itu turut meluahkan kesyukuran dapat mengorak langkah dan bertahan lama dalam GV bersama Yassin sehingga berminggu-minggu sebelum disingkirkan pada konsert suku akhir.

“Perjalanan dalam GV8 melengkapi pengalaman saya sebagai anak seni dan lapan minggu itu sebenarnya terlalu jauh terutamanya bagi pelawak duo.

“Pertandingan ini turut mencabar saya untuk menjadi lebih versatil selain merasakan perlu menyahut peluang yang diberikan,” ujarnya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-1-2022 02:49 AM
OK apa dorg ada dlm gv.. At least adalah hiburan.. Daripada artis/group yg memang asal penyanyi, masuk GV tapi awal2 dah hauk

Lihat semua komen(1)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.169338 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top