CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tumbuhan Aneh Menyerupai Burung Hantu Di Terengganu!

20-1-2022 06:26 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2468| Komen: 33|Original author: Agent13k

Description: Di Kuala Terrengganu, ada spesies tumbuhan berbunga ganjil mirip burung hantu dinamakan Thismia latiffiana.
Di Kuala Terrengganu, ada spesies tumbuhan berbunga ganjil mirip burung hantu dinamakan Thismia latiffiana. 


kredit foto: Species new to Science


Tumbuhan bersaiz kira-kira 12 milimeter (mm) itu turut dipanggil "Thismia burung hantu" dalam bahasa tempatan kerana bentuknya menyerupai burung hantu, lapor Sinar Harian. 

Menurut jurugambar dan penyelidik bebas dari Terengganu, Suzairi Zakaria, tumbuhan itu dinamakan Thismia latiffiana sebagai penghormatan kepada ahli botani dan pemuliharaan terkemuka di Malaysia iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Latiff Mohammad.

Hasil penyelidikan mendapati spesies baharu ini berbeza daripada semua spesies Thismia lain dan status pemuliharaanya sekarang adalah ketegori tumbuhan terancam.


Menurut kategori dan kriteria oleh senarai merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN 2019), spesies Thismia dianggap sebagai tumbuhan terancam secara kritikal kerana setakat ini ia hanya ditemui di satu lokasi sahaja.


kredit foto: Sinar harian

Untuk pengetahuan, kini terdapat 95 spesies Thismia yang dikenal pasti diseluruh dunia di mana 16 spesies diiktiraf di Semenanjung Malaysia.

Penemuan Thismia Latiffiana menjadikan sembilan tumbuhan daripada keluarga Thismiaceae ditemui di Terengganu di samping T.alba, T.arachnites, T.asereo, T.domei, T.javanica, T.ornata, T.sitimariamiae dan T.terengganuensis.

Difahamkan, sebelum diisythiharkan sebagai penemuan baru, tumbuhan itu dihantar ke Kepong Herbarium (KEP) bagi membuat semakan status teksonomi terlebih dahulu.

Selepas dibandingkan dengan semua spesies Thismia yang ada, mereka didapati tidak sepadan dengan mana-mana spesies dan dikategorikan sebagai spesies baharu yang tidak direkodkan di tempat lain.


kredit foto: novataxa

Suzairi berkata, "Thismia burung bantu" adalah salah satu daripada empat spesis baharu yang ditemui di Terengganu selain T.domei, T.sitimeriamiae dan T.terengganuensis

Selain itu, Terengganu juga menemukan dua lagi spesies baharu iaitu T.arachnite yang pertama kali ditemui di Perak dan T.ornata yang pertama kali ditemui di Borneo. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-1-2022 06:42 PM
Edited by dua_chzy at 20-1-2022 06:43 PM

Gambar ketiga macam ular tedung selar alias Cobra, kau.
Quote makadek 20-1-2022 06:43 PM
Ni kalau jenis penakut ular mcm aku mau pengsan
Quote dua_chzy 20-1-2022 06:44 PM
Gambar pertama pula persis spermatozoon.
Quote mejaputih 20-1-2022 06:44 PM
Uniknya...suka tgk..harap dipelihara..byk flora kita simpan khazanah yg hutan lain kat dunia takde..so iols mmg benci gila org yg duk tebang hutan ni
Quote FOTHER-MUCKER 20-1-2022 06:57 PM
Pokok ini pun aneh juga!

[fbvlink]https://www.facebook.com/100000875612853/posts/4272774986094980/?d=n[/fbvlink]

[fbvlink]https://www.facebook.com/100000875612853/posts/4272774986094980/?d=n[/fbvlink]
Quote FOTHER-MUCKER 20-1-2022 06:59 PM
Aneh kan pokok rambutan ni?
Quote dua_chzy 20-1-2022 07:03 PM
FOTHER-MUCKER replied at 20-1-2022 06:57 PM
Pokok ini pun aneh juga!

Ini bidyo made me feel all warm inside abang.
Quote dani-rox 20-1-2022 07:10 PM

dead man's fingers


doll's eyes


snapdragons
Quote ChildrenOfBodom 20-1-2022 07:22 PM
dani-rox replied at 20-1-2022 07:10 PM
dead man's fingers



Amazing......
Quote Supersirap 20-1-2022 09:59 PM
Cantik dan eksotik tumbuh-tumbuhan tersebut
Quote sharlenetexas 20-1-2022 10:06 PM
Sekali pandang mcm hood of cobra.

Quote sharlenetexas 20-1-2022 10:07 PM
mejaputih replied at 20-1-2022 06:44 PM
Uniknya...suka tgk..harap dipelihara..byk flora kita simpan khazanah yg hutan lain kat dunia takde.. ...

Iols cuba buat koleksi pokok2 hutan dan belukar.

Quote mejaputih 20-1-2022 10:20 PM
sharlenetexas replied at 20-1-2022 10:07 PM
Iols cuba buat koleksi pokok2 hutan dan belukar.

Mai la share gambar2 koleksi
Quote sharlenetexas 20-1-2022 10:23 PM
mejaputih replied at 20-1-2022 10:20 PM
Mai la share gambar2 koleksi


Pokok2 biasa je sis yang arwah nenek iols selalu cite. Sekarang iols tgh kumpul famili Annonaceae iaitu bunga2 kenanga, larak dan mempisang.

Tapi takdelah pokok2 eksotik mcm ni.
Quote tumpanglalu74 20-1-2022 10:24 PM
Kuih Ganu pon aneh2..
Quote mejaputih 20-1-2022 10:31 PM
sharlenetexas replied at 20-1-2022 10:23 PM
Pokok2 biasa je sis yang arwah nenek iols selalu cite. Sekarang iols tgh kumpul famili Annonaceae  ...

Mana chuols carik? Online ada jual ke?
Quote mejaputih 20-1-2022 10:31 PM
tumpanglalu74 replied at 20-1-2022 10:24 PM
Kuih Ganu pon aneh2..

Dapnya kuih ganu
Quote sharlenetexas 20-1-2022 10:32 PM
mejaputih replied at 20-1-2022 10:31 PM
Mana chuols carik? Online ada jual ke?

Beli online.
Segan nak minta pokok larak kat rumah orang

Quote musangbodoh 20-1-2022 11:15 PM
spesis baharu yang ditemui di Terengganu selain T.domei, T.sitimeriamiae dan T.terengganuensis


terengganuensis

Lihat semua komen(33)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.201192 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top