CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Saman Jiran RM45,000 Kerana Tak Tahan Bunyi Pam Tandas Kuat

19-1-2022 04:46 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 767| Komen: 10|Original author: Agent13k

Description: Sepasang suami isteri di Rom, Itali menerima bayaran pampasan sebanyak €9,500 (RM45,120) hasil tuntutan saman ke atas jiran mereka yang menggangu mereka dengan bunyi pam tandas. Menurut laporan, buny ...
Sepasang suami isteri di Rom, Itali menerima bayaran pampasan sebanyak €9,500 (RM45,120) hasil tuntutan saman ke atas jiran mereka kerana terganggu dengan bunyi pam tandas. 

Menurut laporan yang dipetik Kosmo, bunyi pam tandas itu menganggu kehidupan mereka selama 19 tahun sejak 2003 lagi.


kredit foto: Best Life

Kes dikatakan bermula apabila jiran mereka yang terdiri dari empat orang membeli tandas baru. Pasangan suami isteri itu kemudian membuat aduan menyatakan bahawa bunyi pam tandas mereka terlalu kuat sebelum membawa kes berkenaan ke mahkamah di bandar La Spezia.


kredit foto: Medibank


Kata mereka, bunyi pam tandas itu tidak boleh diterima kerana katil pasangan tersebut berada di sebelah dinding yang berhubung dengan tandas tersebut.

Difahamkan, bilik pasangan tersebut terlalu kecil untuk mereka mengubah kedudukan perabot. 

Hakim mahkhamah bagaimanapun menolak tuntutan mereka, tetapi pasangan itu kemudian membawa kes berkenaan ke mahkhamah rayuan di Genoa pula.


kredit foto: Euromaiden.

Selepas hasil pemeriksaan di pangsapuri pasangan tersebut mendapati bahawa pam tandas milik empat lelaki bersaudara itu merosakkan kualiti kehidupan mereka kerana bunyi yang bising, hakim memutuskan untuk memihak kepada pasangan berkenaan.

Katanya, bunyi pam tandas itu melanggar hak pasangan terbabit untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti.

Menurut laporan, keempat-empat beradik itu tidak puas hati dan mencabar keputusan mahkhamah di sebuah lagi mahkhamah tinggi di Rom. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 19-1-2022 04:53 PM
Apartment kat sana jarang jumpa yg tinggi2. Selalunya empat tingkat, lima tingkat je.

Quote tumpanglalu74 19-1-2022 09:42 PM
Ate mafia le katekan..
Quote igetso 19-1-2022 10:41 PM
Kuat camna la tu?
Quote borne 19-1-2022 11:48 PM
Jiran tak guna..
Quote faraway1 19-1-2022 11:55 PM
Nipisnya dinding
Quote Shazid 20-1-2022 08:43 AM
Klu tgl kt apartement mmg mcm ni kn...semua benda akan dengar...iols lg lh ruang tamu dengan dapur jiran sebelah menyebelah....stress iols bila depa masak dengar dengan jelas ok! Nak tgk tv pun x sng. Lps tuan rumah sewa pulak kt nepal keje guard....lg azab. Setiap 4 jam akan dengar macam2 bunyi bila depa masak. Iols pi terjah banyak kali smpi lah depa pindah. Skrg ni aman sebab rumah tu kosong.
Quote darkness 20-1-2022 08:51 AM
Aduhai...leinkali tampal guna penyerap bunyi. Barulah tak bising
Quote Gomea 20-1-2022 10:39 AM
Bolehlah aku saman jiran aku jugak ni. Kalau dia pam jamban tu memang boleh dengar jelas. Kalau laki dia berak, suara dia meneran pon boleh dengar. Siap pakej bunyi ahhhh lepas dah sudah tu
Quote angelofish 20-1-2022 11:02 AM
dah tegur dulu ke atau terus saman
Quote FOTHER-MUCKER 20-1-2022 11:52 AM
Biasalah bangunan dah lama lagi pun bangunan di Eropah lantai dibuat daripada kayu/papan.

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-7-2022 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.085850 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top