CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Buat Kepala Melepak Tepi Jalan Untuk Bergambar Di Lebuh Raya Bukit Kukus!

19-1-2022 04:52 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1763| Komen: 14|Original author: Agent13k

Description: Minggu lepas, Lebuh Raya Bukit Kukus di Pulau Pinang dibuka secara rasmi kepada orang awam. Diisytiharkan sebagai lebuh raya tertinggi di Malaysia, ia memiliki ketinggian lebih 60 meter, menjadikannya ...
Minggu lepas, Lebuh Raya Bukit Kukus di Pulau Pinang dibuka secara rasmi kepada orang awam. Diisytiharkan sebagai lebuh raya tertinggi di Malaysia, ia memiliki ketinggian lebih 60 meter, menjadikannya lebih tinggi dari Rawang Bypass.


kredit foto: TheStar


Walaupun lebuh raya itu memiliki pemandangan yang amat cantik dan menarik perhatian ramai untuk mengambil peluang bergambar di situ, sungguh merisaukan apabila sebilangan orang awam memberhentikan kenderaan mereka di lorong kecemasan dan turun untuk bergambar.


kredit foto: beautifulNara

Tindakan yang 
mengudang bahaya kepada pengguna lebuh raya itu dirakam dan dimuat naik ke TikTok pengguna @nornabillaidzhar.

Menerusi video itu, kelihatan banyak kereta berhenti di tepi jalan sehingga kereta peronda Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpaksa datang sebelum semua kereta beransur keluar dari tepi jalan dan lorang kecemasan lebuh raya tersebut.




Ramai memberi pendapat agar pihak berkuasa menyaman sesiapa yang berhenti di tepi jalan tanpa sebab kerana ianya boleh menjadi punca kesesakan lalu lintas ataupun kemalangan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 19-1-2022 07:23 PM
Jangan risau...nanti byak le influenza mari buat content...harapnye abam lori ais ade lalu kasi sapu bersih......
Quote makneng 19-1-2022 08:17 PM
Kang kalau dah kena hit n run jangan meraung.
Quote .HannahMontana. 19-1-2022 08:19 PM
semoga runtuh bersama cina DAP yang terbangsat sekali
Quote Decaffeinated 19-1-2022 08:22 PM
aku tengok video kat indon kalau ada jalan2 yg macam ni tepi2 tu penuh gerai jualan

Quote kbyne 19-1-2022 08:23 PM
Berapa kilometer panjang highway ni.
Quote igetso 19-1-2022 10:44 PM
Tajuk ni apa?
Quote AcikBuncit 19-1-2022 11:43 PM
Sat lagi habis semua kena sapu ngn lori treler bru ada akai.. Sejak bila highway ni jd tmpt rekreasi ambik angin petang berootd..
Quote saviour_09 20-1-2022 07:56 AM
kesian ceruk nyaaa perangai
Quote venom1 20-1-2022 08:00 AM
satu lagi jalan yang konon2nya macam kat Switzerland tu..bersepah group kereta ngan motor konvoi lepak tepi jalan susun kereta/motor ambik gambar..jangan sampai kena sapu dengan lori kepala kasut
Quote ChildrenOfBodom 20-1-2022 08:03 AM
3rd class mentality at its finest
Quote bulalof 20-1-2022 08:04 AM
mcm masa penang bridge mula2 buka dulu le....
Quote KamikuP 20-1-2022 09:20 AM
Wow.. sapa nak bunuh diri tu jemput lah ke sini yaachhh
Quote buapakperut 20-1-2022 11:04 AM
Dah2 la Tu buat perangai cam indon lak. Pantang ade binaan baru, situ la bawak satu kabilah Bergambo berpiknik bagai
Quote MarryPottet 20-1-2022 02:48 PM
Ummah kebangga kah itttewww?
Dah sama level dengan ummah leluhur

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.076301 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top