CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

“Kalau Takde Siapa Yang Punya, Kenapa Ada Notis Tuntutan? Siapa Yang Tuntut Balak Ni?"

19-1-2022 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1625| Komen: 16

Description: Susulan tular notis ‘kayu balak yang tidak dituntut’ dan gambar dipercayai berlaku di Karak, Bentong di laman sosial Facebook hari ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan ia merupak ...
Susulan tular notis ‘kayu balak yang tidak dituntut’ dan gambar dipercayai berlaku di Karak, Bentong di laman sosial Facebook hari ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan ia merupakan sebahagian daripada prosedur pembersihan


Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, notis berkenaan dikeluarkan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong mengikut Prosedur pelupusan kayu-kayan yang dibenarkan berdasarkan peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984. 

Menurutnya, kayu balak tersebut merupakan kayu-kayu yang dihanyutkan banjir yang berlaku di Bentong pada 18 Disember tahun lalu.


Kredit foto: FB Napsiah Khamis Maharan


“Arahan pembersihan dikeluarkan bagi tujuan mengumpulkan kayu-kayan yang hayut itu bagi menentukan nilaianya sebelum dilupuskan.

“Apa yang kita sedang lakukan ialah mengikut prosedur sebagaimana tatacara yang dibenarkan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. 

“Jadi, pembersihan di kawasan terlibat adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya kesan banjir kali kedua yang dijangka boleh menjejaskan lagi keadaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini, tular dua keping gambar notis tuntutan kayu balak tidak dituntut dengan satu status “Kalau takde sapa yang punya, Kenapa ada notis tuntutan? Siapa yang menuntut kayu-kayu balak ni? Siap label lagi jeng…jeng….jenggggggg”. 

Status berkenaan tular di Facebook milik, Napsiah Khamis Marahan merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor.

Mengulas lanjut, Mohd. Hizamri berkata, notis awam yang dikeluarkan PHD Bentong itu adalah mengikut peruntukan undang-undang yang membenarkan pelupusan untuk kayu-kayan hanyut. 

Katanya, ia terkandung di bawah Seksyen 76  Akta Perhutanan Negara 1984 yang berkaitan kayu tidak dituntut dan boleh diguna pakai dalam situasi yang berlaku di Bentong walaupun tiada pembalakan di kawasan terbabit. 


Kredit foto: FB Napsiah Khamis Maharan

“Sekiranya ada tuntutan, penuntut perlu mengemukakan bukti pemilikan kayu tersebut kepada jabatan,” katanya. 

Namun, beliau berkata, JPNP boleh menolak tuntutan yang dibuat oleh pemilik kayu selepas membuat penilaian tertentu dengan merujuk kepada Seksyen 78(a) Akta Perhutanan Negara 1984.

“Sebaliknya masih tiada tuntutan berkaitan dengan pemilikan kayu hanyut tersebut, maka pemilikannya terletak kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk tujuan pelupusan,” katanya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 19-1-2022 02:07 PM
itu kalo..xde yg tuntut..yg boleh diguna pakai lg(diiktiraf oleh pakar).... bg jer la kt mana2 yg rmh mereka yg terjejas tuk 'becky' mana yg patut.
Quote saviour_09 19-1-2022 02:51 PM
tu depa kata bukan balak

terang2 kayu tu potong boeekkk punya

sial la hidup korang menyusahkan org lain
Quote lurve82 19-1-2022 02:55 PM
Company mana tu?
Quote honeybee1802 19-1-2022 02:57 PM
Mmm...saper2 penrnah merasa banjir balak ni rsnya boleh sediakan chainsaw la....kasik potong balak2 ni ganti mcm tiang alang  ke..
Quote makneng 19-1-2022 08:05 PM
Syarikat balak boni kot... Adoilah
Quote .HannahMontana. 19-1-2022 08:18 PM
acah-acah menyiasat


Malaysia dah tenat lah

tunggu berperang semula sahaja baru negara kita back to circle

mcm sekarang  yg betul-betul hidup hanya marhaen

ko tengok anak mukhriz yg betina betina ....kerja selfie tunjuk tek saja

apa sumbangan pada negara

tokwan dgn bapak rembat kekayaan negara

semoga mampus membangkai dan harta kekayaan yg dicuri dirampas

semua taikun belaan tokwan dna ahli-ahli politik Melayu yg jadikan mrk kaya-raya xmasuk akal kekayaan mereka.
Quote Thunderclouds 19-1-2022 08:35 PM
Putaaqqq..jgn xputaqq...
Quote Timortimur 19-1-2022 09:08 PM
Cuba tanya dengkiker
Mnlah tau dia ada info
Quote igetso 19-1-2022 10:48 PM
Kan dah kantoi.
Quote borne 19-1-2022 11:41 PM
Apa komen jabatan hutan yang nafi takda kes pembalakan tu?
Quote gigahertz 20-1-2022 11:17 AM
.HannahMontana.: acah-acah menyiasatMalaysia dah tenat lahtunggu berperang semula sahaja baru negara kita back to circle mcm sekarang  yg betul-betul hidup hanya marha ...

kita ni sama ada akhirnya end macam Dinasti Abbasiyah atau end macam Islam Andalusia.
Kalau dulu penjajah berebutkan bijih timah / getah
kalau hari ini Malaysia di jajah di sebabkan " Tanah "
Kelapa sawit di bawa benih dari Afrika.
Penjajah yang menanam.
Elok pulak hidup.
kat dunia ni 2 je Pembekal kepala sawit .
Indonesia dan malaysia.
Quote tipah89 20-1-2022 11:35 AM

betul, heran betul aku taikun2 kek melesia ni yg link dgn atok kekayaan luar biasa sungguhlah... nak buat camno, muntrik2 semua xde yg berguna, payun kunin kt sini pun xguna da kaya 100 keturunan pun masih lapar nk menarah xsudah2..

Quote musangbodoh 20-1-2022 01:31 PM
pak lobai pun goyang woooo dgn duit
Quote Firenzza 20-1-2022 03:35 PM
Balak tu potong diri sendiri kot?
Quote .HannahMontana. 20-1-2022 05:26 PM
tipah89 replied at 20-1-2022 11:35 AM
betul, heran betul aku taikun2 kek melesia ni yg link dgn atok kekayaan luar biasa sungguhlah... n ...

tamak haloba
Quote cheezel 20-1-2022 05:31 PM
Dunia mmg tak adil. Yg jahat hidup senang lenang kaya raya. So sila jadi jahat

Lihat semua komen(16)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.087148 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top