CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Gabriella Desta Tak Ingin Bercinta Dengan Artis Kerana Selalu Disakiti

19-1-2022 01:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 613| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Pelakon filem Rasuk, Gabriella Desta mendedahkan dia sudah beberapa kali menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki dalam kalangan pelakon.Pun begitu, hubungan berkenaan selalu berakhir dengan kekecewaa ...

Pelakon filem Rasuk, Gabriella Desta mendedahkan dia sudah beberapa kali menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki dalam kalangan pelakon.

Pun begitu, hubungan berkenaan selalu berakhir dengan kekecewaan. 

"Saya selalu disakiti. Kisah cinta saya selalu berakhir tragis. Ia sangat menyedihkan dan menyakitkan.

"Saya pernah bersama dengan beberapa pelakon lelaki. Mereka sama sahaja. Semuanya menyakiti hati saya. Bagaimanapun, saya tidak boleh dedahkan nama-nama mereka," katanya.



Enggan terus dilukai, Gabriella kini memilih untuk berkenalan dengan lelaki yang pekerjaannya berbeza dengan karier diceburi wanita berkenaan.

"Bukan sebab trauma tapi malas untuk bercinta dengan lelaki dari bidang kerja sama. Selepas ini, saya cari lelaki yang biasa-biasa saja,"katanya.



Gabriella adalah seorang pelakon dan model berasal dari Indonesia. Wanita itu berusia 25 tahun dan mulai berkecimpung dalam dunia lakonan sejak 2019. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 10:00 AM GMT+8 , Processed in 1.994948 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top