CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pengguna Jalan Raya Tak Bagi Laluan, Bayi Meninggal Dalam Ambulans

19-1-2022 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1428| Komen: 14

Description: Makassar: Gara-gara kesesakan lalu lintas yang teruk dan tiada kerjasama daripada pengguna jalan raya, sebuah ambulans yang membawa pesakit tidak sempat sampai ke hospital pada waktu yang sepatutnya.
Makassar: Gara-gara kesesakan lalu lintas yang teruk dan tiada kerjasama daripada pengguna jalan raya, sebuah ambulans yang membawa pesakit tidak sempat sampai ke hospital pada waktu yang sepatutnya.


Akibatnya, pesakit yang merupakan seorang bayi itu meninggal dunia di dalam ambulans dan situasi itu dikesali pelbagai pihak termasuk pemandu kenderaan kecemasan tersebut.

Menerusi satu video yang tular, pemandu ambulans itu dilihat menghantar pesakit itu ke hospital dan memaklumkan bayi berkenaan sudah meninggal dunia akibat terlalu lama untuk sampai hospital kerana kesesakan lalu lintas.


Foto: Agensi

Pemandu tersebut juga memaklumkan, pengguna jalan raya enggan beri laluan kepada mereka, selain tiada pasukan keselamatan mengiringi perjalanan ke hospital.

“Kami menjemput pesakit yang merupakan seorang bayi di Rappocini untuk dibawa ke hospital Daya Makassar.

“Ketika dalam perjalanan, kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk dengan tiada sesiapa mahu berikan kami laluan segera.

“Akibatnya, bayi itu meninggal di dalam ambulans dan kami hanya mampu menyaksikan ibu bapanya menangis. Hal ini tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi dengan kebanyakan pengguna media sosial menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah kepada ibu bapa bayi tersebut.

Ada juga pengguna yang menyatakan tahap kesedaran pengguna jalan raya di negara ini masih di tahap rendah. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 19-1-2022 12:21 PM
pengguna jalanraya akan menanggung dosa kematian bayi itu
Quote naina 19-1-2022 12:24 PM
Haritu bukanke Indon bangga Jokowi bagi laluan kat ambulance dulu masa kes VVIP malaysia tak berhenti masa tu?
Sekarang apa sudah jadi.
Quote pasa 19-1-2022 12:31 PM
aik hari tu jokowi blh berenti

tak kan warga marhein keras kepala pulak.
Quote pxlbb 19-1-2022 01:39 PM
Ambulans kena guna badan kebal & ada gerigi besi kat tepi. Kasi hentam je siapa yang halang laluan. Cari pemandu myvi/hellfire utk jadi driver ambulance.
Quote tikusmontok 19-1-2022 03:26 PM
naina replied at 19-1-2022 12:24 PM
Haritu bukanke Indon bangga Jokowi bagi laluan kat ambulance dulu masa kes VVIP malaysia tak berhent ...

Aritu @Friska babu bukan main bangga. Dah masuk sini blom?
Quote pinggan 19-1-2022 03:29 PM
Takziah. Mmg tak patut jadi mcm ni.

On another note, friskies dh baca berita ni ke?
Quote darkness 19-1-2022 03:39 PM
Haritu bukan bangga bandingkan dgn malaysia??
Quote anony-mous 19-1-2022 03:49 PM
Bayang2 Malaysia lg 10thn
Quote hareeeesah 19-1-2022 04:15 PM
pinggan replied at 19-1-2022 03:29 PM
Takziah. Mmg tak patut jadi mcm ni.

On another note, friskies dh baca berita ni ke?

Tu sebab MiT bukak kat sana, friskies in denial sibuk kata malaysia je
Quote eyansss 19-1-2022 04:27 PM
pxlbb: Ambulans kena guna badan kebal & ada gerigi besi kat tepi. Kasi hentam je siapa yang halang laluan. Cari pemandu myvi/hellfire utk jadi driver ambulan ...

aku sokong sangat…  kasi rempuh je benak2 yang tak bagi laluan ni…
Quote tumpanglalu74 19-1-2022 09:35 PM
Kali kat Mesia memang aku mengamok.
Quote igetso 19-1-2022 10:43 PM
Kalau bini aku siap la..
Quote borne 19-1-2022 11:45 PM
Only in seberang..
Quote Shazid 20-1-2022 08:33 AM
Iols hampir tiap2 hari kene bg laluan kt ambulan. tu belum masuk lg vip yg nk hidup senang....kdg2 keliru ambulan ni dtg dr celah mana...tetiba tau dh kt belakang. Azab ok time2 tgh jem. Kereta iols pernah bercalar bumper sb terlanggar divider....reda je lh

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-6-2022 07:21 AM GMT+8 , Processed in 1.001836 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top