CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Nak Saman Restoran ‘All You Can Eat’ Kerana Sakit Perut Lepas Melantak Sushi

19-1-2022 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1596| Komen: 27

Description: Seorang wanita memaksa dirinya untuk makan sushi sebanyak boleh di sebuah restoran all you can eat akhirnya dikejarkan ke hospital akibat sakit perut yang teruk.
Seorang wanita memaksa dirinya untuk makan sushi sebanyak boleh di sebuah restoran all you can eat akhirnya dikejarkan ke hospital akibat sakit perut yang teruk.  


Disebabkan itu, Danielle Shapiro, 24, mahu menuntut semula wangnya sebanyak AS$50 (RM209) yang dicaj bagi set bufet satu kepala di Restoran Sushi 85 di Mountain View, California.  


Kredit foto: TikTok

Semasa kejadian, Shapiro makan 32 kepingan sushi, empat gyozas, semangkuk edamame, dua jalapeno poppers dan semangkuk sup miso. 

Akhirnya, dia disahkan diserang penyakit Gastroesophageal Reflux atau lebih dikenali sebagai refluks asid yang menyebabkan asid perut mengalir kembali ke esofagus sehingga menyebabkan ketidakselesaan. 


Pesakit akan mengalami gejala seperti kembung perut, muntah, sendawa, pedih ulu hati dan sakit tekak akibat pengumpulan asid. 


Kredit foto: TikTok/New York Post

Shapiro memuat naik video kejadian dalam Tiktok sehingga meraih tontonan 11.3 juta pengguna media sosial. 

Wanita yang berasal dari San Mateo County, utara California menjelaskan dia adalah peminat tegar sushi dan akan menikmati hidangan Jepun itu beberapa kali dalam tempoh sebulan.  


Kredit foto: Daily Mail

“Sebab itu, saya ambil peluang dengan kawan makan sushi berharga AS$50 seorang dan akan memastikan pulangan yang berbaloi dengan makan sebanyak boleh,” jelasnya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 19-1-2022 11:50 AM
Bahaya makanan tak cukup masak ni
Quote darkness 19-1-2022 11:52 AM
Salah sendiri
Quote hareeeesah 19-1-2022 11:54 AM
Ni mesti tak mkn dari siang nak simpan perut nak pelahap so perut pun dah masuk angin gassy pedih. pastu bedal tak ingat dunia dah kenapa nk saman kedai tu pulak? Pelik pelik laaaa
Quote kakikuDibibirmu 19-1-2022 12:04 PM
Lepas ni bolehlah saman mekdi sebab mengakibatkan kegemukan, padahal diri sundri yang pergi order
Quote Decaffeinated 19-1-2022 12:08 PM
TT ni sebelum buat tajuk ada baca artikel tak? Tang mana dia kata dia nak saman?

Quote Decaffeinated 19-1-2022 12:09 PM
kakikuDibibirmu replied at 19-1-2022 11:50 AM
Bahaya makanan tak cukup masak ni

Orang Jepun tersenyum sinis dek.

Quote kakikuDibibirmu 19-1-2022 12:13 PM
Decaffeinated replied at 19-1-2022 12:09 PM
Orang Jepun tersenyum sinis dek.

Akak memang ada elergi sepi, doktor memang tak bagi makan makanan separuh masak ini

[youtube]KGJXS1ZkmPA[/youtube]
Quote nikaido 19-1-2022 12:29 PM
kakikuDibibirmu replied at 19-1-2022 12:04 PM
Lepas ni bolehlah saman mekdi sebab mengakibatkan kegemukan, padahal diri sundri yang pergi order

Jgn main2 dgn saman citizen america. Malboro dulu kena saman sb rokok. Sampai skrg ada amaran dkt kotak yg rokok membahayakan kesihatan
Quote SedihPedih 19-1-2022 12:31 PM
org sekarang suka salahkan org lain ke atas perbuatan sendiri?

dh beli bufet, tp bila sakit sb sendiri x reti nk set had, siap nk refund..
Quote dua_chzy 19-1-2022 12:35 PM
Dumb American.
Quote dani-rox 19-1-2022 12:40 PM
Disebabkan itu, Danielle Shapiro, 24, mahu menuntut semula wangnya sebanyak AS$50 (RM209) yang dicaj bagi set bufet satu kepala di Restoran Sushi 85 di Mountain View, California.  


dah melantak puas2 sampai sakit perut, nak refund pulak. pprt ghetto punya perangai. betol la kata satu post kat tumblr, negara nan satu tu sebenarnya 3rd world country, with a Gucci belt
Quote tipah89 19-1-2022 12:56 PM
satu yg bagusnya, depa ni celik undang2 tu yg apa pun sikit2 saman, sikit2 saman. yg xbagusnya sendiri melantak mcm xde hari esok pastu nak salahkan kedai.apo
Quote Simunggu 19-1-2022 01:04 PM
yg kau pergi melantak teburai banyak makanan surelah sakit perut
Quote umbut 19-1-2022 01:13 PM
Dah ko melantak cam noreen. Pastu nak saman..
Quote pinggan 19-1-2022 01:14 PM
Geng2 buffet restaurants / all you can eat ni xde clause "eat at your own risk" ke.

Ingat mat salleh x kiasu. Rupanya sama je.
Quote makton 19-1-2022 02:07 PM
mengundang penyakit
Quote pasa 19-1-2022 03:46 PM
tipah89 replied at 19-1-2022 12:56 PM
satu yg bagusnya, depa ni celik undang2 tu yg apa pun sikit2 saman, sikit2 saman. yg xbagusnya sendi ...

dekat sini celik undang-undang, kes tengah jalan kat mahkamh AG gugurkan pendakwaan

hanya di malaysia ada kes tu. bukan setakat celik. ternganga terus..
Quote she 19-1-2022 04:08 PM
Dukacita betul lah macik tak boleh makan sushi
Makan je semput

Mungkin perot macik lebih mengutamakan masakan masak lomak cili api kot

Dasar perot tak pandang ke timur
Quote Shayang 19-1-2022 04:11 PM
Sushi ni nasi takleh aku mkn byk2 cepat kenyang kalau takat ratah lauk ok lagi nih nasi kot.
Pastu yg mentah2 tu sahla bahaya mkn bebanyak.

Lihat semua komen(27)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.078669 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top