CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Faizal Ismail Buka Pusat Tahfiz Untuk Warga Emas

19-1-2022 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1285| Komen: 14

Description: Memilih jalan yang mendekatkan dirinya kepada agama menuntut pengorbanan yang bukan sedikit buat bekas penyampai radio dan pengacara terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI.
Memilih jalan yang mendekatkan dirinya kepada agama menuntut pengorbanan yang bukan sedikit buat bekas penyampai radio dan pengacara terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI.


Demi kekal istiqamah dan menjaga keimanan diri, Faizal mengakui pernah menolak tawaran mengendalikan sebuah program hiburan, biarpun ketika itu dia tidak pasti apakah ada peluang atau 'job' lain untuk dijadikan mata pencarian.

Namun, Faizal percaya kepada qada dan qadar serta menyerahkan soal rezeki kepada Allah.

Foto: IG

Ternyata, pengorbanan berbaloi apabila Tuhan menggantikan dengan rezeki yang lebih besar, lantas melunaskan hajat yang tersimpan dalam hati selama ini.


Berkongsi lanjut berita gembira itu, bekas penyampai radio Hot FM ini memberitahu, dia bakal membuka sebuah pusat pengajian agama untuk warga emas.



"Saya dan isteri pernah memasang impian untuk membuka sebuah pusat tahfiz. Disebabkan pusat tahfiz untuk kanak-kanak sudah terlalu banyak, kemudahan yang bakal kami usahakan ini memberi fokus kepada warga emas.

"Kebetulan, ketika menghantar ibu mentua saya mendalami ilmu agama di sebuah pondok pengajian, saya bertemu pemiliknya yang juga seorang ustaz.



"Sebaik mendengar hajat saya itu, dia menawarkan sebidang tanah miliknya di Kuala Selangor untuk dijadikan pondok pengajian seperti yang saya impikan.

"Walaupun namanya pondok, namun binaannya seperti sebuah hostel dengan kelengkapan moden. Saya bersyukur diberi rezeki lebih awal.

"Kalau kita tinggalkan sesuatu kerana Allah, saya yakin Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih kepada kita," katanya kepada BH Online.



Faizal atau nama penuhnya, Mohd Faizal Ismail, 45, memberitahu, pondok pengajian itu akan diurus dan dibiayai secara peribadi olehnya.

"Pada awalnya, ustaz berkenaan mahu menguruskan sendiri pusat tahfiz itu. Namun, hatinya masih berbelah bahagi. Bagaimanapun, selepas mendengar impian saya, dia meminta saya menguruskannya.

"Pendaftaran pondok pengajian ini akan dibuat atas nama saya. Selain pembiayaan secara peribadi, kami akan meminta sumbangan orang ramai bagi menampung kos pengurusannya," kata pengacara yang berasal dari Pulau Pinang ini.



Tambah Faizal, bukan sekadar dapat merealisasikan impian beramal, malah rezekinya dalam bidang pengacaraan datang mencurah-curah.

"Tawaran mengendalikan program Hijrahkan Laguku terbitan TV Alhijrah datang tepat pada waktunya. Lebih menggembirakan apabila saya dilamar sebuah agensi umrah untuk bekerjasama dengan mereka," katanya.

Mengulas kehidupannya selepas berhijrah, Faizal gembira kerana perubahan itu turut memberi impak kepada insan tersayang.



"Bukan sahaja isteri dan anak-anak, malah mempengaruhi ibu dan bapa mentua saya. Mereka berminat mengikut jemaah tabligh bersama saya dan isteri.

"Anak-anak pula sudah mampu menghafal al-Quran. Dalam kita sibuk mengajar anak-anak ilmu dunia, bekalan untuk akhirat jangan sesekali dilupakan. Apa yang saya harapkan adalah untuk terus kekal istiqamah.

"Saya tidak mahu rezeki yang diterima ini membuatkan saya lalai dari mengingati-Nya. Kesenangan dan nikmat yang diberikan adalah ujian Allah untuk hamba-Nya," katanya.-CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 19-1-2022 12:23 PM
Alhamdulillah semoga perlaksanaan pusat tahfiz untuk senior citizen ni berjaya..
Quote Incanto 19-1-2022 12:27 PM
Semoga berjaya

Mak aku dgn gang dia memang mencari tempat mcm ni
Quote rain2169 19-1-2022 09:08 PM
Good Faizal.... semoga dipermudahkan urusan.
saya pun teringin nak menyumbang kat pusat tahfiz ni...
Quote gekkou 19-1-2022 09:38 PM
another pilihan untuk aku habiskan sisa hidup di hujung usia
Quote belacan_gurl 19-1-2022 09:56 PM
Wowww dah besar dah anak sulung fbi ... Dulu selalu tgk kecik je
Quote Teatime804 20-1-2022 12:05 AM
Tahniah fbi… moga berjaya
Quote ashilalat 20-1-2022 08:10 AM
Taniah FBI
Quote Minami2013 20-1-2022 08:28 AM
Suka zaman fbi jadi dj. Ujian bagi dia awal2 dulu masa study, tp hikmah sebenarnya sbb dia semakin belajar agama.
Quote eely_shana 20-1-2022 08:35 AM
Tahniah. semoga segalanya beroleh keberkatan.
Quote gold_teeth 20-1-2022 08:44 AM
Minami2013 replied at 20-1-2022 08:28 AM
Suka zaman fbi jadi dj. Ujian bagi dia awal2 dulu masa study, tp hikmah sebenarnya sbb dia semakin b ...

Mksudnya? Time study UK dia face probs ke
Quote Minami2013 20-1-2022 08:46 AM
gold_teeth replied at 20-1-2022 12:44 AM
Mksudnya? Time study UK dia face probs ke

Ya, dia diserang kemurungan sampai tk boleh continue study.
Quote lasagna 20-1-2022 09:03 AM
ehh fbi ada anak yg paling kecil ke.. waaa comelss.
alhamdulillah jarang2 kita dgr tahfiz utk org2 tua.
Quote RVP20 20-1-2022 09:50 AM
Under MAIWP, ada pusat pengajian warga emas Darul Ilmi

Selain tu, di Yan Kedah ada Pondok Haji Fauzi
Quote Mamason 20-1-2022 10:02 AM
Alhamdulillah... Aamin... Semoga dipermudahkan segala urusan.

Lihat semua komen(14)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.074950 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top