Suatu ketika dahulu, Zul Yahya pernah mewarnai dunia seni lakon tanah air. Namanya cukup terkenal menerusi drama mahupun telefilem. Menerusi Instagram, Zul mengulas pembabitannya dalam industri seni sebagai fasa pembelajaran agar lebih arif mengenai permainan dunia. "Allah memperkenalkan bermacam kehidupan dunia. Dari siang hingga malam, yang nampak hingga tersembunyi, bawahan hingga kayangan. "Pelbagai watak yang aku temui, hanya yang kenal aku saja tahu apa yang pernah aku lalui. Alhamdulillah, kalau aku tak melalui kehidupan dunia tipu-tipu, aku mungkin mudah untuk diperdaya. "Setiap perjalanan ada panduan dan sempadan untuk dijadikan ukuran. Terima kasih Allah atas segala perkara yang Engkau berikan," tulisnya.
|
cikatilia replied at 19-1-2022 04:28 PM
keruh muka dia.. mcm serabut nau
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
3-7-2022 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.065938 second(s), 30 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.