CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Shuib Rasa Macam Lego Bila Ramai Kalut Menjodohkannya Dengan Ramai Wanita Popular

19-1-2022 06:46 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 1853| Komen: 20|Original author: LilRose

Description: "Kadang-kala rasa diri seperti Lego apabila orang sibuk menjodohkan saya dengan beberapa wanita."
"Kadang-kala rasa diri seperti Lego apabila orang sibuk menjodohkan saya dengan beberapa wanita."

Itu perasaan yang diluahkan pelawak Shuib Sepahtu apabila dikaitkan dengan ramai wanita sebagai calon pengganti Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin.


Kredit foto: IG

"Saya tidak boleh tutup mulut orang bercakap pasal saya... Mungkin orang di luar sana mengambil berat.

"Selepas hampir enam bulan Sarah pergi, orang sudah mula beralih kepada cerita kahwin. Saya tidak boleh halang orang daripada bercerita pasal kahwin, tetapi janganlah berlebihan cakap benda yang saya tidak tahu bagaimana (masa depan)," kata bapa empat cahaya mata itu kepada BH Online.


Shuib, 36, juga mengakui terkejut apabila Siti Nordiana dijodohkan dengan dirinya.

Ia berikutan penyanyi dan pelakon itu membuat peminat berspekulasi selepas berkunjung ke sebuah butik untuk menempah persalinan.

Selain Siti Nordiana atau Nana, Shuib juga dikaitkan dengan adik kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Hazwani.


Kredit foto: IG

"Saya sangat terkejut apabila dikaitkan dengan Siti Nordiana. Kami pernah berjumpa dua kali dalam program hiburan. Saya tidak pernah menghubungi atau memiliki nombor telefonnya.

"Mengenai Hazwani pula, saya tidak pernah berjumpanya. Jadi, macam mana pula kami boleh dikaitkan?" katanya.

Pun begitu, Shuib sebelum ini mendedahkan sedang mengenali seseorang. Walaupun hubungan itu tidak serius, ibunya memberi lampu hijau.

Dengan usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida juga Shuib tidak berminat untuk menjalin hubungan lebih dari kawan dan atas urusan perniagaan yang diusahakan bersama.



Terkejut pula dia sampai rasa macam alat mainan Lego dijodohkan dengan ramai wanita popular. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnnaSendin 19-1-2022 07:26 AM
Poyo nieyh betul ker heols rasa cam lego? Ke rasa cam slime, gedik2 gittuew dijodohkan dengan fomfuan2 lawa minus bidah janda tersia?
Quote Zezo 19-1-2022 07:48 AM
Apakehal dgn depa2 ni. Geli siot. Depa ni semua ada society ke cipta scripted low cost drama... satu2 video dan kenyataan bodoh dikeluarkan. Haih.
Quote Rogue98 19-1-2022 07:50 AM
Nak pergi Legoland lah tu....
Quote AcikBuncit 19-1-2022 08:23 AM
Xpela shuib.. Aslkan lego bawah tu berjumpa dgn pasangannya.. Klik bunyinya gitu... Ambik jela vida tu
Quote beta_carotene 19-1-2022 08:32 AM
Rogue98 replied at 19-1-2022 06:50 AM
Nak pergi Legoland lah tu....

lapar sponsorship legoland la tu kannnn...
Quote kucingitam 19-1-2022 09:00 AM
ewwwnya ko ni...get a life la...aduih
Quote pukulrata 19-1-2022 09:34 AM
Dah xde cermin ke dlm Malaysia ni?
Quote lasagna 19-1-2022 09:57 AM
beta_carotene replied at 19-1-2022 08:32 AM
lapar sponsorship legoland la tu kannnn...

tapi nape perlu LEGO kaka? byk lagi jenama permainan lain tak gittew?
Quote winky1 19-1-2022 10:01 AM
Legoland sampai thread ni adoi
Quote xtinkerbellx 19-1-2022 10:30 AM
Perasan la..
Quote kelip2_07 19-1-2022 11:19 AM
cite keluar pn sbb ko jgk yg kalut bgtau ade nabesu bagai lahh
Quote selipar_hijau 19-1-2022 11:21 AM
dah ko dok merempan 24jam maka bizi la netizen dok menjodohkan
Quote nandemoii 19-1-2022 11:52 AM
Unagi tu isi ikan kod????  Unagi tu belut lah makcik vidaaa
Quote AshkieLa 19-1-2022 12:01 PM
ko yg tak habis2 create content mcm lapar karipap...
bila netizen yg busy body suka atur hidup org ni kecoh..
ko acah2 plak terkezut tak senang...
padahal suka kannn.. yihhhh
Quote tembamgirl09 19-1-2022 12:02 PM
AcikBuncit replied at 19-1-2022 08:23 AM
Xpela shuib.. Aslkan lego bawah tu berjumpa dgn pasangannya.. Klik bunyinya gitu... Ambik jela vida  ...

ngok la hahhaa
Quote umbut 19-1-2022 12:10 PM
Eewwwwwwww
Quote acepark 19-1-2022 12:20 PM
alahai.you all ni...x yah cari kan calon isteri shuib.pandai2 la dia.letih la asyik cter dia dalam wall aku.
Quote Orix 19-1-2022 12:21 PM
pukulrata replied at 19-1-2022 09:34 AM
Dah xde cermin ke dlm Malaysia ni?

jujur nyaaaaaaaaaa
Quote Humayra56 19-1-2022 12:28 PM
nak slot setiap minggu ke cmne kisah idup dia ni??

Lihat semua komen(20)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 11:11 AM GMT+8 , Processed in 1.545858 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top