CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

4 Tahun Lumpuh Dan Bisu, Lelaki Sembuh Lepas Cucuk Vaksin Covid-19

18-1-2022 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1402| Komen: 17

Description: Seorang lelaki yang lumpuh dan bisu selama empat tahun di India mendakwa bahawa dirinya kembali pulih selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 Covieshield, lapor akhbar The Mirror semalam.
Seorang lelaki yang lumpuh dan bisu selama empat tahun di India mendakwa bahawa dirinya  kembali pulih selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 Covieshield, lapor akhbar The Mirror semalam.


Covishield dihasilkan oleh Institut Serum India dan menggunakan formula sama untuk menghasilkan vaksin Oxford-AstraZeneca.

Dularchand Munda, 55, cedera parah pada tulang belakang dalam satu kemalangan kereta pada 2018 yang menyebabkan dia terlantar dan tidak boleh bercakap.


Foto menunjukkan Dularchand dipapah ahli keluarga ketika cuba berjalan menggunakan tongkat selepas empat tahun lumpuh. – Mirror

Namun , selepas menerima suntikan vaksin pada 4 Januari lalu, Dularchand memberitahu, dia  dapat menggerakkan semula kakinya dan boleh berjalan perlahan-lahan dengan bantuan  tongkat.

Dalam masa sama, lelaki yang sudah empat tahun tidak boleh bercakap itu mampu bersuara buat kali pertama sejak kemalangan itu.

“Saya sangat gembira kerana terpilih mengambil vaksin ini kerana ia mengembalikan semula kemampuan saya untuk berjalan dan bercakap.

Seorang pakar kesihatan, Dr Jitendra Kumar berkata, situasi itu adalah satu keajaiban yang mengagumkan, namun menegaskan masih banyak yang perlu dikaji mengenai keberkesanan vaksin ke atas penyakit lain selain virus Covid-19.


Kerdit foto: Mirror

“Jika vaksin dikatakan memberi kesan positif ke atas kecederaan yang baru berlaku beberapa hari, ia boleh difahami secara perubatan.

“Namun bagi keadaan yang sudah berlarutan empat tahun seperti Dularchand, kita perlu lakukan kajian lanjut,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 18-1-2022 03:45 PM
kalo dari sana payah la sket nak percaya sis
Quote JunkMail 18-1-2022 04:03 PM
Antuvaks - 1 antivaks - 0
Quote Supersirap 18-1-2022 04:36 PM
Cerita inspirasi untuk tontonan orang ramai
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 04:59 PM
Woww..  Jom bawak orang lumpoh beramai2 ke PPV.
Quote akusukaq 18-1-2022 05:02 PM
Mentang mentang made in lndia
Quote Adrif 18-1-2022 08:55 PM
apa explanation dari segi sains ye? medically?

ni mesti somewhere dekat brain kan?  
Quote noor2 18-1-2022 08:57 PM
...hahaha.....satu trit pasal lepas vaksin terus lumpuh dan ada yg mati...

Trit ni lepas vaksin terus sembuh dari lumpuh
Quote noor2 18-1-2022 08:59 PM
Tapi akak nk habaq ya....mmg lepas booster walaupun aku rasa nk mati jugakla waktu sehari demam dan keras perut tu...

Tapi start aku jogging mmg badan ringan sgt rasa waktu berlari...x de semput..nafas pun elok selesa berbanding sebelum booster...aku x tipu
Quote Mulotkoyak 18-1-2022 09:04 PM
Ak rase bukan sebab vaksin tu. Ber kemungkinan besar, apa bila di cucuk receptor sakit tu dapat di hidup kan semula dan merangsang otak. And automatically stimulate receptor yg dah lama lumpuh itu hidup semula. Based on my view la secara saintifik.
Quote Decaffeinated 18-1-2022 09:25 PM
aku tunggu kisah orang bodoh jadi pandai lepas cucuk vaksin. ada dengar tak?

Quote xy_daen 18-1-2022 09:28 PM
Decaffeinated replied at 18-1-2022 09:25 PM
aku tunggu kisah orang bodoh jadi pandai lepas cucuk vaksin. ada dengar tak?

Kalau betul lepas cucuk vaksin boleh jadi pandai maknanya Menteri2 UMNGOK tu tak cucuk vaksin la..
Quote buapakperut 19-1-2022 07:19 AM
Wow boleh lantik heols jadi duta [em:22:]
Quote Belibis 19-1-2022 07:21 AM
Kari...kalau dah sembang....sambung jer la.
Quote tumpanglalu74 19-1-2022 09:36 PM
akusukaq replied at 18-1-2022 05:02 PM
Mentang mentang made in lndia

Ape salahnye orang Mesia try..
Quote naina 19-1-2022 09:46 PM
Boleh lah jadi sumber inspirasi acik2 forum dan diluar sana..
Quote igetso 19-1-2022 10:38 PM
Berita baik buat provax..
Quote makadek 24-1-2022 09:06 PM
Anak beranak aku dh ade yg tk ok
Aku dos 2 pn ritu ade kesan lenguh

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.077547 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top