CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

”Saya Pelik, Adakah Covid Hanya Berjangkit Pada Pengundi?" - Najib

18-1-2022 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1052| Komen: 8

Description: Datuk Seri Najib Razak pelik dengan beberapa parti politik yang ugut untuk turun ke jalan-jalan raya untuk membuat protes besar-besaran.
Datuk Seri Najib Razak pelik dengan beberapa parti politik yang ugut untuk turun ke jalan-jalan raya untuk membuat protes besar-besaran.

Rasa pelik itu ditujukan kepada Parti Pejuang Tanahair, Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara, DAP dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)

Sedangkan, dalam kalangan parti yang membuat ugutan itu membantah pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Pilihan Raya Umum dengan alasan pandemik Covid-19, biarpun PRN Melaka dan Sarawak tidak menaikkan kes pelik.


Kredit foto: FB Najib

”Saya pelik. Adakah Covid hanya berjangkit pada pengundi tetapi tak ancam protes jalan raya?” soal bekas perdana menteri itu.


Lantaran itu, beliau meminta penjelasan parti-parti berkenaan mengenai perkara tersebut.

Parti-parti tersebut dipercayai turut menganggotai kumpulan dan pemimpin belia politik yang akan turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini sebagai protes terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki bagi menggesa penahanannya.

Gabungan 25 kumpulan yang membentuk Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki akan berkumpul di luar pusat beli-belah SOGO pada 11 pagi untuk menuntut beliau ditangkap serta-merta, proses undang-undang ke atasnya dimulakan segera dan SPRM diletakkan bawah bidang kuasa Parlimen.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 18-1-2022 01:45 PM
Ko ney ape pulak ney?
Quote Mulotkoyak 18-1-2022 02:35 PM
Org suh stop mengundi sbb nak bagi laluan org balik kampong dulu beraya. Aduyaiii. Nnt xpasal2 tahun ketiga kita x balik beraya. Bangsa lain sibuk tiap taun dpt beraya. Isleyyy ko xbg plak beraya.
Quote febreze 18-1-2022 05:55 PM
meluat la dia ni
Quote Zezo 18-1-2022 06:03 PM
Banduan ni dok menceceh apa lagi. Sudah2 la, dah rosakkan Malaysia dgn kes 1MDB. U make Malaysia as laughing stock world wide.
Quote xy_daen 18-1-2022 06:17 PM
Biasa la Najib segala isu rakyat dia nak mencapub... Tapi dia tgk sentiment rakyat dulu baru dia komen... Kenkonon pejuang rakyat... Padahal risau rakyat lupakan dia....
Quote ladybugz 18-1-2022 10:38 PM
just shut it please. focus on ur ongoing corruption caseS. seriously x tahan dah tgk die ni memekak sana sini. bila la nk masuk jail ni. government pls la dont let him buat sesuka hati. dia dah xde hak nk bersuara berkenaan kepentingan negara mahupun rakyat. dia la punca segalanya.
Quote RinIna 19-1-2022 10:44 AM
Asal dia x masuk2 lagi ni.. ulang alik court.. tp x masuk2 lagi.. kenapa boleh bersocmed lagi seolah mcm x ada apa2 berlaku.. kulit tebal apalah dia pkai ni.
Quote zidane_ziege 19-1-2022 11:52 AM
ada pilihanraya pun ko bukan boleh bertanding..esok pilihanraya..hari ni kau masuk dlm buloh inn

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.065994 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top