CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Ini Keaiban-Francisca Peter Sedih Atlet Negara Jual Sarung Tisu Untuk Sara Hidup

17-1-2022 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2545| Komen: 18

Description: Berita tular mengenai bekas atlet paralimpik renang, Koh Lee Peng yang terpaksa menjual sarung tisu untuk menyara hidup mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah penyanyi popular era-90, Francis ...
Berita tular mengenai bekas atlet paralimpik renang, Koh Lee Peng yang terpaksa menjual sarung tisu untuk menyara hidup mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah penyanyi popular era-90, Francisca Peter yang menganggap perkara yang berlaku sangat menyedihkan bagi ahli sukan.


Menerusi laman Twitter, pelantun Sekadar Di Pingggiran ini memberitahu bahawa berita yang tular itu sangat menyedihkan terhadap wanita dan para ahli sukan.

“Ini sungguh menyedihkan dan paling tidak baik terhadap ahli sukan dan wanita,”tulisnya.

Foto: IG

Tambahnya lagi, dia turut memberitahu bahawa para atlet seharusnya dilayan dengan penuh hormat dan diberikan lebih banyak faedah dan keistimewaan.


“Ini adalah satu keaiban. Mereka seharusnya dilayan dengan penuh hormat dan diberikan lebih banyak faedah dan keistimewaan.”-Francisca Peter



Di ruangan komen rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku terhadap bekas atlet tersebut.

“Sedih untuk membaca mengenai ini. Berharap ada kuasa yang membuka mata dan telinga untuk membantu.”

“Saya tidak percaya ini benar-benar berlaku dalam negara kita. Saya sangat sedih dan malu mengenai hal ini.”

“Sebenarnya, mereka sepatutnya mempunyai perancangan untuk menyokong atlet kelainan upaya ini kerana mereka terdedah terdedah kepada bahaya berbanding dengan atlet biasa. DEan anda tahu, jika orang kelainan upaya lain, mereka mungkin telah mempelajari kemahiran yang lain sewaktu latihan atlet.”



Baru-baru ini, seorang warganet di Twitter yang dikenali sebagai @fxwxb menceritakan bahawa dia terserempak dengan seorang bekas perenang paralimpik Orang Kelainan Upaya (OKU), Koh Lee Peng yang menjual sarung tisu di Bukit Bintang untuk menyara hidup.

Sekadar info, Koh Lee Peng pernah mengharumkan nama negara di peringkat sukan paralimpik antarabangsa. Dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2001 hingga 2005, beliau pernah meraih tujuh pingat emas dan tiga pingat perak untuk negara.-CARI

Sumber: Murai.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 17-1-2022 05:19 PM
teroknye negara kita. speechless. pastu nk buat kerajaan bertindak kene viral. letih.
Quote Mulotkoyak 17-1-2022 06:29 PM
fealefea: teroknye negara kita. speechle ...

Btol tuh.. Nk kne viral br bertindak. Gaji pak menteri ratus ribu. Lpas tu nk tmbh lg squad penasihat bertaraf menteri lg. Byk plak duit tang tuh. Tang bantuan atau duit sendiri semendang xde.
Quote Hessa 17-1-2022 06:32 PM
atlet kat malaysia ni kena bertaraf LCW, Nicol David dan azizul hasni awang..betul2 outstanding,baru dilayan bak vvip
Quote Solokkk 17-1-2022 06:37 PM
Kesian……sedih
Quote ezacbee 17-1-2022 06:40 PM
Atlet sekarang pun kena tolak elaun. Petah lagi bekas atlet. Memang teruk. Mana si peja.
Quote makneng 17-1-2022 06:42 PM
Ingatkan kak dib tadi.. Adehh
Quote hanihan16 17-1-2022 07:21 PM
i ada baca komen kat ig, somebody dari persatuan yg komen. katanya akak ni tak pernah miss daripada bantuan apa2 yg persatuan bagi. memang selalu je dapat bantuan & dia duduk penang. dia selalu ulang alik ke kl temankan kawan & stay kat hotel time kawan ada urusan. after kes jual tisu tu, persatuan panggil & tanya kenapa jual tisu. dia cakap boring duduk saja tunggu kawan kat bilik hotel. itu yg i baca la
Quote Tembikaigoreng 17-1-2022 07:57 PM
hanihan16: i ada baca komen kat ig, someb ...
kalau macam tu, xde isu lah atlet ni nak jual sarung tisu ke sarung tangan ke. Xkan nak harap 100% support financial dari govt juga.. kalau betullah dah ada dpt bantuan.
Quote putput 18-1-2022 10:51 AM
da gumuk kedimpol
Quote dudaberhias 18-1-2022 10:55 AM
Hessa replied at 17-1-2022 06:32 PM
atlet kat malaysia ni kena bertaraf LCW, Nicol David dan azizul hasni awang..betul2 outstanding,baru ...

Tu pun sebab ada banyak brand endorse theyols dan theyols reti manage duit. Kalau tidak rasanya sama juga nasibnya.
Quote Orix 18-1-2022 10:58 AM
Dah ummah yg menyokong org lembab n bodoh tadbir negara asalkan bukan cainis or dap konsepnya mendapatlah
Quote stingeritters 18-1-2022 11:19 AM
How can i ever forget francesca peters...mula jadi fan nya sejak dari dalam peyut lagi....

[youtube]q6Xu52Tm_Bo[/youtube]

Quote stingeritters 18-1-2022 11:28 AM
Edited by stingeritters at 18-1-2022 11:29 AM

My hats off utk bangsa ini demi sesuap nasi....sedangkheun Bangsa sabsidi kita pula lebih rela baring atas jln....menuntut hak ...dari 'menghinakheun' diri cari sesuap nasi dgn jual tisu merata....

Ahakzzzz
Quote orkidorkido 18-1-2022 11:46 AM
Edited by orkidorkido at 18-1-2022 11:48 AM

Persatuan jawab, mereka ada bagi bantuan sikit sepanjang Covid time. Persatuan pun ada offer kursus kemahiran tapi this athlete tak terima. For me bantuan yang diberi sedikit sangat tapi kalau pandai gunakan kemahiran yang diberi, mungkin boleh ada perniagaan sendiri. Atlit ni pun tak bolehlah harapkan bantuan sepenuhnya. Walaupun berkerusi roda tapi atlit pun kena rajin berusaha sebab masih mampu lagi, tak boleh harapkan bantuan saja. Cuma persoalan aku, kalau betul dia menang pingat sebanyak tu, berapa dia dapat untuk setiap kemenangan tu? Kalau terlalu sedikit sampai nak beli rumah kos rendah pun tak boleh then memang haprak lah Persatuan Sukan sekarang
Quote damsel_fiji 18-1-2022 01:18 PM
benda ni bukan kt malaysia je..tp 1 dunia..aritu ai tgk kat China..bekas medallist olimpic lg ke apa klu x silap..pun duk mengemis kat stesen keretapi..
apapun..mudah2 an atlit tu dpt dibantu..bertabahla sis
Quote slyfynx 18-1-2022 01:39 PM
There are always two side of the story.
Adekah die jual sbb xdpt bantuan? Or die jual sebab saje2 seronok.
Orang ni bercakap as if macam keje2 cmni sgt hina dan atlet, or retis x bley buat, sbb kene jaga darjat.
Quote CurangLagi 18-1-2022 01:42 PM
Rasanya pernah baca sorg lagi ex paralimpik yang buat part-time job nyanyi tu kan? Lagi fav yang selalu orang minta lagi Ella tu.. so tiap kali nnyi lagu tu mesti dia nanges. lupa la baca dekat mana..
Quote sleepandream 18-1-2022 05:29 PM
noks... kita ni penduduk 30 juta jah... menteri berderet ramai... lepastu lantik lagi penasihat tiap2 portfolio... tak cukup tu lantik duta china la timur tengah la... bila banjir semua bercuti oversea noks... anak bersalin hospital oversea, study kolej oversea, akaun bank oversea.... takpela janji bukan cina DAP yang memerintah khennnn... habis felda2 dijual katanyehhh

Lihat semua komen(18)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.075435 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top