CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Normala Samsudin Dituduh Tak Pedulikan Ibu Di Kampung

17-1-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5024| Komen: 57

Description: Bekas pengacara dan personaliti televisyen terkenal tanah air, Puan Seri Normala Samsudin, 58, menjawab tuduhan segelintir pihak yang menyangka dia sengaja meninggalkan ibunya di kampung demi untuk hi ...
Bekas pengacara dan personaliti televisyen terkenal tanah air, Puan Seri Normala Samsudin, 58, menjawab tuduhan segelintir pihak yang menyangka dia sengaja meninggalkan ibunya di kampung demi untuk hidup di bandar.


Menurut Normala, tuduhan seperti itu sangat tajam sehingga membuatkan dirinya tersentuh sementelah memikirkan terdapat warganet yang terlalu mudah menghukum dalam kedangkalan akal.


Foto: IG

“Hati saya tersentuh. Tidak tidur malam kerana ada komen tajam dari netizen. Ramai komen neutral, namun ada orang yang komen tajam, sinikal dan dangkal. Saya akan sentiasa bersangka baik walaupun sakit.

“Saya jawab di sini demi memuaskan hati saya yang runsing dengan andaian dan buruk sangka itu. Pertama, Jika hantaran mengenai ibu dan keluarga saya ada tanda-tanda riak dan menunjuk-nunjuk, saya mohon jangan ikut contoh itu, moga Allah ampuni saya.

“Saya tidak berniat begitu, malah dengan harapan contoh yang baik dijadikan teladan. Kedua, saya tidak pernah tinggalkan ibu di kampung dan saya duduk di bandar kerana itu kampung keturunan mak dan nenek moyang saya. Pilihan emak untuk hidup bahagia di kampung,” katanya.


Normala berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya kelmarin.

Ia dipercayai bagi mengulas mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh segelintir netizen yang menyangka dia sengaja meninggalkan ibunya hidup di kampung.

Selain itu, kata Normala, dia menghormati keputusan ibunya yang tetap mahu menetap di kampung kerana kelaziman orang tua yang sukar untuk berpisah dengan tanah dan tempat sendiri.




“Pilihan emak juga kita kena hormati kerana dia selesa dengan ayam itik dan segala ternakannya, dia bahagia sunyi di kampung beramal ibadah.

“Emak saya benci bandar apatah lagi kesibukan dan hiruk-pikuk kota. Jadi, soal saya tidak peduli emak saya itu fitnah! Sedih dan pahit sekali salah satu tuduhan netizen ini.

“Ketiga, Saya tak perlu raih kejar ‘likes’ atau ‘followers’ sebab saya sedar diri , saya bukan berniaga, bukan influencer, bukan selebriti lagi, saya tak perlu semua itu, ini adalah diari saya, untuk mereka yg kenal saya, mereka yang faham erti silaturahim dan pengetahuan tentang sahabat yang baik dan bersangka baik,”katanya.

Dalam pada itu, kata Normala lagi, dia juga tidak mahu menerima pujian atau simpati kerana baginya, pujian cuma untuk Yang Maha Pencipta.

“Hanya Dia yang berhak menerima pujian. Segala kejelekan yang rasa sakit dimata tentang hantaran dibuat, saya mohon maaf. Mungkin satu hari nanti saya akan undur diri dari dunia maya ini, hanya saya dan mereka yang baik-baik saja memahami. Allah jua tempat saya berlindung, dan berserah,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 17-1-2022 12:05 PM
ok.............
Quote Denco 17-1-2022 12:12 PM
aku suka ape jwpn kak mala... betul la ape yg dia cakap tu

netijen biol yg suka mengecam tu terpaling ke menjaga mak bapak sendiri
Quote ezacbee 17-1-2022 12:17 PM
Best pe dok kampung, dok bandar serabut.
Quote gekkou 17-1-2022 12:36 PM
benarlah
rumah sendiri lebih selesa dan bahagia
duduk dengan anak
kalau rumah besar, ada bilik sendiri, ada tanah nk bercucuk tanam okay lah
itupun belum tentu orang tua rasa bahagia
ini ada rumah 2 bilik, emak kena kongsi bilik dengan cucu pula
tu belum lagi barang2 semak tengok rumah
Quote jebatmaspunyer 17-1-2022 12:36 PM
Kalu aku jadi mak dia pun aku pilih dok kg. Dok kg best giler. Benda y org bandar bayar mahal utk experience & taste, org kg dpt free2 x der bayaran. Tenang, x der serabut, nk beribadah pun tenang.
Quote babelina 17-1-2022 12:40 PM
tu la.. selesa org tua kita lg utamakn.. org tua kita selesa di kampung.. biarkn la.. tp rajin2 jenguk or cl..
Quote KBW2 17-1-2022 01:03 PM
Betullah orang tua yang duk kampung mana heran duk bandar. Aku ni pun jiwa meronta nak balik kampung nak duk kampung terus.
Quote Kepot 17-1-2022 01:49 PM
Denco replied at 17-1-2022 12:12 PM
aku suka ape jwpn kak mala... betul la ape yg dia cakap tu

netijen biol yg suka mengecam tu terpali ...

kan.
org kg ni mmg bila dh tua suka stay umah sndiri kt kg even sorang2.
mcm mak aku la wlupun ajk tinggl dgn anak xmo sdgkna kita ni riso la hari2 mikir dia sorg je kat kg.
Quote nz.jr 17-1-2022 02:15 PM
bestnya rumah tepi sungai..
Quote tagas 17-1-2022 02:22 PM
Kampung segamat
Quote Denco 17-1-2022 02:24 PM
Kepot replied at 17-1-2022 01:49 PM
kan.
org kg ni mmg bila dh tua suka stay umah sndiri kt kg even sorang2.
mcm mak aku la wlupun ajk ...

ye chuols...mak2 kwn opismate i ni pn ramai mcm tu, x nk ddk dgn anak2...rela dia ddk rmh sendiri kat kampung, lg aman damai dia nk beribadat katanya
Quote bambimo 17-1-2022 02:33 PM
kalo nak duduk anak2 pun, seminggu sekali mesti nk tgk rumah gak rindu rumah
Quote ellejo 17-1-2022 02:51 PM
tak pedulikan tu macam aku.

aku biorkan aje bapak aku tu. dia mesej aku buat bodoh je
Quote umbut 17-1-2022 02:57 PM
Lagi best dah tua2 dok kampung dari dok ngan family anak2.. x selesa..family anak2 dtg ler jengok mak kat kampung
Quote sukacactus 17-1-2022 02:58 PM
Dah mak dia, mesti dia lebih arif dgn apa yg mak dia nak
Yg netizen dok bercakap tu mcm la tau apa yg mak k mala nak
Quote makadek 17-1-2022 03:21 PM
Eh mmg takla aku nk duduk rumah anak2,,, biarla anak2 ada kehidupan sendiri
Quote makadek 17-1-2022 03:22 PM
Kawasan rumah aku dh cukup nyaman
Angin sepoi2
Kereta tak banyak
Jalan tak jem
Sunyi
Quote dekmieDandy 17-1-2022 04:24 PM
lulz sapelar yang comment camtu, bukanya mak dia dok pondok usang tak berjaga

rumah kemain lawa lagi

mak aku pun, nak ajak tido rumah kl sehari pun mcm nak ajak gi perang je taknaknye, dah memang style diorang camtu
Quote hareeeesah 17-1-2022 04:26 PM
Mcm tu punya nikmat kampung dia besau laman, ada tasik boleh teduh bwk pokok bestnya. Netizen bbnu jgn la samakan dgn nenek-nenek yg nak ketenangan..

Lihat semua komen(57)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.090905 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top