CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Kritikan Macam Sarapan Pagi, Makan Dan Move On," - Zul Ariffin

15-1-2022 08:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1778| Komen: 14|Original author: Tatod

Description: Pelakon Zul Ariffin yang dituduh tidak sensitif gara-gara aksi dukung wanita menegaskan ia hanyalah sebahagian daripada komitmen kerja bagi mempromosikan produk.Memetik laporan Mstar, aktor berusia 36 ...


Pelakon Zul Ariffin yang dituduh tidak sensitif gara-gara aksi dukung wanita menegaskan ia hanyalah sebahagian daripada komitmen kerja bagi mempromosikan produk.

Memetik laporan Mstar, aktor berusia 36 tahun itu tidak menganggap kritikan yang diterima sebagai satu isu besar yang perlu dirisaukan.

"Saya hanya buat kerja saya. Apabila sudah tular, saya diamkan saja.

"Kritikan umpama sarapan pagi buat saya. Makan saja kemudian teruskan hidup seperti biasa," katanya.



Cukup memahami adat permainan dunia hiburan, apa saja yang dilakukan pasti mendapat perhatian umum.

"Dunia hiburan adalah show business. Orang akan beri perhatian lebih dan mereka ingin tahu apa yang terjadi.

"Saya tidak boleh kawal maklum balas dari orang ramai. Saya hanya buat kerja saya," katanya.


Terdahulu, Zul menerima kecaman hebat daripada warga maya selepas memuat naik video promosi produk memaparkan aksi mesra dan romantik dengan seorang wanita.

Ramai yang bersetuju babak berkenaan kurang manis dipamerkan sebagai tontonan umum. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnnaSendin 15-1-2022 01:00 PM
Edited by AnnaSendin at 15-1-2022 01:04 PM

Cam bese, netizens akan hebat cerca fomfuan. Zul akan diam tak berkutik dan terusan dipuji ganteng mewangi oleh sebahagian besar netizens walaupun heols hangkut biotch dari ukraine hingga ke ranjang sekalipon. Zul pakai seluar ala2 spender atas bot pon tade sekor zantan pon rengsa padahal aurat seketul jer pon. Manakala pihak fomfuan dari ukraine ke malaysia berhempas pulas nak selamatkan maruah diri yang dicalar sendiri. Bakyah, minah ukraine, intan popeye dah kena.
Quote dudaberhias 15-1-2022 01:18 PM
AnnaSendin replied at 15-1-2022 01:00 PM
Cam bese, netizens akan hebat cerca fomfuan. Zul akan diam tak berkutik dan terusan dipuji ganteng m ...

khennn...asalkan herlokkk... terus acik2 semua diam membisu... aurat pun tak tegur padahal laki lagi ramai pakai seluar pendek di luar sana berbanding tudung yang tak katup litup kepala di kalangan majoriti umat islam...

tapi retis2 pompuan cantik takpe kaka... rasanya di maafin macam eyka farhana... yang akan kena selalunya alicia amin, nora danish, nabila huda etc... sebab memang kepam pun sooo terima ajerrr lahh kalau di lahirkan tak mencapai standard kecantikan acik2 dan netizen...
Quote AnnaSendin 15-1-2022 01:31 PM
dudaberhias replied at 15-1-2022 01:18 PM
khennn...asalkan herlokkk... terus acik2 semua diam membisu... aurat pun tak tegur padahal laki la ...

Contohnya thread nieyh lah kakaduda. Tade yang komen menista abe zul selain weols ajer semenjak dipost. Mana tah ummah lain, iols speku tanpa ragu deols tengah tersedu sedan menonton aksi abe zul dukung fomfuan ropa tade cop sirim.
Quote nakkomenjugak 15-1-2022 01:42 PM
Acik2 porumer pun gitu lerrr
Malas nak layan
Move on jelaaa
tau dah propa acik jul ni
Quote krustykrab 15-1-2022 02:44 PM
dudaberhias replied at 15-1-2022 01:18 PM
khennn...asalkan herlokkk... terus acik2 semua diam membisu... aurat pun tak tegur padahal laki la ...

Nk buat camna sis..kat neraka.lg ramai pompuan..
Quote krustykrab 15-1-2022 02:46 PM
Jul lipin ngan sanaz janggut mmg suka dukung2 heroin...tradwmark 2 ekor ni
Quote gideoncross 15-1-2022 08:13 PM
Muka hensem bdan tough ngan bebird bagus, haruslah ramai yg ye kan aje. Cuba yg buat tu muka pch rumah, konfem 7 kturunan kena cerca.
Quote gideoncross 15-1-2022 08:13 PM
dudaberhias replied at 15-1-2022 01:18 PM
khennn...asalkan herlokkk... terus acik2 semua diam membisu... aurat pun tak tegur padahal laki la ...

Sbb kat Msia ni llaki smuanya btul, pompuan smuanya slah hahahaha.
Quote gideoncross 15-1-2022 08:15 PM
AnnaSendin replied at 15-1-2022 01:00 PM
Cam bese, netizens akan hebat cerca fomfuan. Zul akan diam tak berkutik dan terusan dipuji ganteng m ...

Glembotska tu trus senyap yach.
Quote fealefea 16-1-2022 10:57 PM
Selagi acik gayah sapot  zul is invincible.
Quote Mopiko 17-1-2022 12:33 AM
for me dia biasa je
Quote rosannazmia 17-1-2022 12:52 AM
Edited by rosannazmia at 17-1-2022 12:54 AM

Koserh lah nak komen dlm thread ni , jadi iols pon turut mengomen dalam ketidakkoseran , pd pendpt iols, dia pon sejenis SS , maksud meols dr segi peel dia di socmed tp sbb dia ni wangi jd cercaan dia xde lah sampai kena cerca seperti SS bagai teda hari esok dr acik2 porom.. light2 ja yg acik2 mampo
Quote awenda507 17-1-2022 01:10 AM
Sejenis penunggang jua dia ni
Quote cheezel 18-1-2022 02:01 AM
Berkedut teruk cmtu hensem apanya? Buta ke

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.068159 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top