CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

40 Tahun Menjanda, Nenek Seronok Dapat Nikahi Pucuk Muda

14-1-2022 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3704| Komen: 60

Description: Petaling Jaya – Perbezaan usia 19 tahun tidak menghalang seorang nenek dan seorang pemuda mengecapi kebahagiaan seperti pepatah Melayu, kalau sudah jodoh memang tidak ke mana.
Petaling Jaya – Perbezaan usia 19 tahun tidak menghalang seorang nenek dan seorang pemuda mengecapi kebahagiaan seperti pepatah Melayu, kalau sudah jodoh memang tidak ke mana.


Sebuah perkahwinan yang dibina tidaklah memandang paras rupa mahupun jarak usia, sebaliknya keikhlasan hati dan rasa cinta adalah penting untuk terus bertahan.

Menerusi perkongsian oleh @elsuse di media sosial, memaparkan detik kebahagiaan ibu angkatnya yang lebih mesra dipanggil Mama Norlie selamat bergelar isteri orang pada 9 Januari yang lalu setelah hidup bersendirian selama 40 tahun.


Foto: Kosmo

“Mama angkatku, Mama Norlie telah selamat diijabkabul setelah menyendiri selama 40 tahun pada 9 Januari 2022.

“Suaminya sebaya denganku, 44 tahun dan mama sudah 63 tahun,” katanya.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, terdapat segelintir pengguna menganggap lelaki tersebut berkahwin atas dasar inginkan harta wanita itu.

“Nenek ini mesti banyak simpan duit, sebab itu lah setuju sahaja,” kata eliscoper.

Namun, wanita itu menyelar dakwaan pengguna tersebut dan memaklumkan bahawa lelaki itu merupakan seorang yang baik hati dan selalu membantu kehidupan ibu angkatnya sebelum ini.

“Lelaki itu yang banyak membantu kehidupan Mama Norlie sebelum ini,” ujarnya.

Selain itu, dia juga turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeji pasangan tersebut kerana jodoh, rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai mendoakan kebahagian rumah tangga warga emas itu.

“Tahniah adik, dapat atok muda. Moga perkahwinan nenek diberi kebahagiaan berpanjangan,” kata Laila Suhaila.

“Saya pun berkahwin dengan lelaki muda, saya 57 tahun, suami 28 tahun, moga dipermudahkan semuanya,” kata Ana Aryanna Khan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerkaypoh 14-1-2022 05:04 PM
Tahniah nek.. till jannah hokay?
Quote kelapaparut 14-1-2022 05:08 PM
nenek ni byk pitis ni, tanah bendang, rumah sewa segala, atau ade pencen kah ?
Quote Friska 14-1-2022 05:19 PM
Cinta itu misteri, beda usia saya sama suami 19 tahun dan madu saya 4 tahun lebih tua dari suami
Quote Kurex 14-1-2022 05:23 PM
Friska replied at 14-1-2022 05:19 PM
Cinta itu misteri, beda usia saya sama suami 19 tahun dan madu saya 4 tahun lebih tua dari suami

Alahaiiiiii.. nak aku post gambar kau lagi tak bugis? Tak penat ke split personality ni?
Quote Friska 14-1-2022 05:26 PM
Kurex replied at 14-1-2022 05:23 PM
Alahaiiiiii.. nak aku post gambar kau lagi tak bugis? Tak penat ke split personality ni?

ODGJ (orang dengan gangguan jiwa) ini
Quote TOPwind 14-1-2022 05:27 PM
ada kesah zaman empire rome,- kena hukum bunuh

tapi jika setuju kahwini makcik tua dia akan dibebaskan.

tapi jejaka itu pilih lebih baik mati. tak sanggup kata dia,
Quote kotakbaju 14-1-2022 05:27 PM
Kurex replied at 14-1-2022 05:23 PM
Alahaiiiiii.. nak aku post gambar kau lagi tak bugis? Tak penat ke split personality ni?

Wahh friska ni si bugis doom sabak bernam tu ke. Mana gambar dia kurex nak gak tengok
Quote gideoncross 14-1-2022 05:52 PM
Dh jdi trend dh nmpknya.
Quote manehnya 14-1-2022 05:54 PM
Mula² baca ingat kt yindon, meles rupanya... Hermmm

Jgn kasar2 tau, patah tulang nti susah
Quote akusukaq 14-1-2022 06:37 PM
Apa kata anak anak acik ni. kalu ok aman la

Quote sarahmirza 14-1-2022 08:48 PM
Bila kahwin dengan org tua mesti kena tuduh nak harta....  Apapun janji bahagia...
Quote musangbodoh 14-1-2022 09:11 PM
mamat tu mabuk ketum ke ape
Quote MissYouSayang 14-1-2022 09:12 PM
Woww laki tu suke cepik lebam erkk
Quote Decaffeinated 14-1-2022 09:51 PM
tak ngeri ka masa unboxing nanti? soalan serius
Quote mamajawie 14-1-2022 10:49 PM
Silakan kurex..meluat lak iollss ngan bipolar ni
Quote batmana 15-1-2022 02:33 AM
Org yg igt kawin tu btujuan psl mnegeseks mmgla anggap benda cmni ngeri
Quote che-cikL 15-1-2022 07:24 AM
44 thn pun kira pucuk muda ke? TT ke wartawan Kosmo kelas belakang
Quote makadek 15-1-2022 07:27 AM
Kurex replied at 14-1-2022 05:23 PM
Alahaiiiiii.. nak aku post gambar kau lagi tak bugis? Tak penat ke split personality ni?

Dia ni jantan ke betinaaaa
Quote Belibis 15-1-2022 07:37 AM
TOPwind: ada kesah zaman empire rome,-  ...

Mungkin tak sanggup mati terkejut dimalam pertama.

Lihat semua komen(60)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076853 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top