CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dituduh Lesbian, Psiko, Nak Bunuh Ibu, Terpesong Agama Sampai Ada Yang Doakan Puteri Balqis Mati

14-1-2022 03:25 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5020| Komen: 30|Original author: Oleh: Saiful

Description: “Puteri Balqis yang dahulu adalah seorang yang gagal berbanding Puteri Balqis hari ini.”
“Puteri Balqis yang dahulu adalah seorang yang gagal berbanding Puteri Balqis hari ini.”

Pelakon ini kata tidak mungkin dia akan menjadi seorang yang ceria dan periangn seperti sebelum ini.


“Ramai yang mahukan saya jadi seperti dahulu. Tapi saya yang dahulu adalah Puteri Balqis yang gagal. Gagal dalam menilai orang dan gagal dengan pujian. Saya tidak tahu antara madu dan racun,” katanya melalui Facebook Garasi TV.

Foto: IG

Malah Balqis juga mengalami tekanan perasaan kerana gagal mempertahankan ibunya yang dilempar pelbagai fitnah oleh masyarakat.

“Paling saya tertekan sebab saya gagal pertahankan ibu saya. Orang cakap ibu penagih dadah dan gunakan saya untuk cari duit. Jadi saya lebih selesa jadi diri yang sekarang.

“Walaupun saya boleh bersuara, tapi orang tidak dengar. Sekarang saya hendak beritahu bahawa ‘Puteri Baqis’ yang dahulu gagal."



Balqis juga dibuli sehingga ada netizen yang  berkata dia akan ‘membunuh’ ibunya sendiri suatu hari nanti.



“Bagaimana saya boleh melakukan perkara itu (bunuh ibu)? Ibu satu-satunya insan yang saya ada. Ibu pernah menangis di kaki saya sebab kata dia gagal menjadi seorang ibu yang baik.

“Sedih bila orang juga tuduh saya yang bukan-bukan. Orang kata saya psiko, tidak berjaya dan tidak terurus. Malah ada juga yang doakan saya mati. Walaupun saya nampak okey, saya masih manusia yang ada hati."



Pelakon ini juga dilabel sebagai gadis pelik namun dia sama seperti orang lain yang manja dengan ibunya.

“Tetapi kalau diluar, saya kena tonjolkan perwatakan diri yang matang kerana tidak mahu dipijak. Saya kena kuat."

Balqis juga menafikan dia dan ibu sudah jauh terpesong daripada agama.



Menurutnya  dia tidak akan sesekali berkongsi (tunjuk) ibadah yang dilakukannya untuk tontonan umum.

“Mereka (netizen) tidak nampak macam mana ibu saya menangis dan bersujud ketika berdoa. Ibu saya bukan sahaja mendoakan manusia, tetapi juga mendoakan alam. Masyarakat tidak boleh menghakimi saya berdasarkan pakaian. Itu cara saya.




“Kami selalu mendoakan semua, termasuk mereka yang membenci kami. Kami tidak berani untuk membunuh sekecil-kecil makhluk seperti semut."

Dalam masa yang sama Balqis juga menafikan yang dia seorang lesbian. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 14-1-2022 03:28 PM
Dia budak lagi
Quote chekacheku 14-1-2022 03:33 PM
Masih mencari identiti diri dan mendepani krisis identiti..semoga peroleh jalan kebenaran..
Quote kotakominami 14-1-2022 04:06 PM
Perit hidup dia.....moga dipermudahkan.moga bahagia..to be in her shoes....i dont think i'm strong enuff...
Quote edoraixora 14-1-2022 04:21 PM
leave her alone lah....kenapa nak attack dia.
udahlah dari broken family, bertambah depression budak tu nanti.
biarlah dia menikmati hidup, kalau nak bantu, bantu ajelah.
Quote cikatilia 14-1-2022 04:22 PM
the ig mcm weird sgt

is like mak dia berckp utk dia..
Quote nakkomenjugak 14-1-2022 05:06 PM
Mak sheol ni seakan2 kokpit
Maybe jenis sama2 suka komsas di pandangan mata iol
Quote KucingBisu 14-1-2022 05:07 PM
Entah lah semoga semua urusan dia dipermudahkan
Quote Rogue98 14-1-2022 06:41 PM
Budak tu tak salah. Dah mak bapak n orang keliling yang ajar dia bukan2.
Tapi dia bijak. So kita doakan jer lah dia di kurniakan hidayah Nya
Quote Bumbu 14-1-2022 07:30 PM
Kita tak tau pengakhiran hidup kita
Quote Nenasketum 14-1-2022 07:31 PM
No komen la, acah2 hidup macam hippie. Nak buat seswatu macam legit, petik lah nama Tuhan kan. Dedulu mak pak ko kemain show off masa senang. Failed parenting sesangat. Tapi bakat penulisan dia boleh tahan bagus nak2 dibaca dengan fake accent, menjadi ko.
Quote ellejo 14-1-2022 07:35 PM
ai ok jah sbb dia budak lagi.
dari umor 40an masih tercari arah payahlah
Quote dua_chzy 14-1-2022 07:38 PM
Ginilah anak2 terus hilang dan hanyut. Macam budak penagih yang ditangkap curi duit sejid tu. Masyarakat sekeliling bukan rajin nak tolong selamatkan pun. Rajin mengecam hada la.
Quote fido_dido 14-1-2022 07:38 PM
kesian dia ni..dr kecik hidup terumbang ambing..semoga yg baik2 jelah untuk dia
Quote mandak20 14-1-2022 09:15 PM
Let kids be kids.
Quote zuri154 14-1-2022 09:32 PM
Nape aku baca ayat2 dia mcm puisi. X mcm ayat biasa yg org selalu tulis. Mcm ada jiwa kt ayat tu.
Quote musangbodoh 14-1-2022 10:17 PM
ikut si luncai dik
Quote Tembikaigoreng 14-1-2022 11:52 PM
Btw suka baca penulisan dia...buatkan aku termenung hehe
Quote dudaberhias 15-1-2022 12:00 AM
overnya sampai bunuh mak sendiri bagai dan nak doakan budak kecik lagi ni mati....
selalu orang2 yang komen sedemikian mak bapak tak hidup lama pun... dia pun tak hidup lama... bawah 50an dah mati... hidup sebelumnya mendoakan orang macam2...

puteri balqis ni ok jerr... cuma pakaian dia macam bebudak gothic tu jerrr dah dia pun bergaul dengan budak2 gitu...

sama je seksi dengan retis2 yang korang follow tu jugak... apa bezanya...
Quote TomyamPuteh 15-1-2022 12:13 AM
Sementara Mia Sara aman2 je jd remaja normal.

Lihat semua komen(30)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-5-2022 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.072555 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top