CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Zarina Kongsi Kisah Rumah Tangga, Suami Hampir Ditembak Arwah Bapa Isteri Pertama

14-1-2022 04:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4371| Komen: 44|Original author: Tatod

Description: Aktres, Zarina Zainuddin menyifatkan suaminya, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar seorang lelaki budiman kerana berani memperkenalkan pelakon itu dengan isteri pertamanya.Menerusi perkongsian di Instagram, ...


Aktres, Zarina Zainuddin menyifatkan suaminya, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar seorang lelaki budiman kerana berani memperkenalkan pelakon itu dengan isteri pertamanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina menerima lamaran suaminya tanpa melalui fasa bercinta.

Pun begitu, suaminya tidak pernah mensia-siakan dirinya walau status Zarina hanyalah isteri kedua.



"Awal perkenalan dengan suami, saya sangat takut berkawan dengan lelaki kerana menganggap semua lelaki jahat dan suka mengambil kesempatan. Tidak ada yang jujur.

"Tetapi, suami jujur menceritakan kisah cintanya dengan isterinya. Suami kata bukan mudah untuk merebut hati isterinya hingga nyaris ditembak oleh arwah bapa isterinya tapi mereka akhirnya dapat berkahwin juga.


Sejak awal perkahwinan, jarang sekali pelakon itu membuka mulut bercerita mengenai suami mahupun madunya, Datin Seri Hashimah.

Dia enggan menjaja cerita rumahtangga kerana menghormati dan menjaga privasi dua insan istimewa itu. Sebagai isteri kedua, ada batas yang tidak boleh dilanggar demi mengekalkan keharmonian mereka sekeluarga.

Bagaimanapun, Zarina kini lebih terbuka berkongsi cerita dan gambar suami serta madunya di media sosial. Sesungguhnya, dia sangat berterima kasih atas penerimaan madu serta anak-anak tirinya.


Peminat Zarina yang juga seorang usahawan mendoakan agar keluarganya akan terus bahagia dan gembira.




Semoga terus rumah tangga terus harmoni. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kechikchomel 14-1-2022 04:14 PM
haritu hotfm ada call dia. AG/fad tanya, kalau husband dia nak kawin lagi sorg, apa reaksi dia?
dia cakap, 'lantak dia nak kawin lagi satu ke apa'

Quote che-cikL 14-1-2022 04:17 PM
Terharu ya baca caption utk madunya tu.

Bersyukur Allah hadirkan org2 baik kepadanya.
Quote balakkampung 14-1-2022 04:19 PM
dari dia mula  kahwin dia pandai bawak diri..dulu2 dalam URTV kalau keluar pon dia dgn anak kembar dia ja..aku yakin zarina ni baik orang nya..kalau tak, takkan la hubungan dia dgn madu baik sampai hari ni..macam adik beradik..
Quote dejure 14-1-2022 04:25 PM
balakkampung replied at 14-1-2022 04:19 PM
dari dia mula  kahwin dia pandai bawak diri..dulu2 dalam URTV kalau keluar pon dia dgn anak kembar d ...

Rasanya suami dia adil dlm poligami ni..tgklah dulu rumah dia kat subang sebelah menyebelah,lps tu dia pindah shah alam madu dia pon dpt rumah yg sama juga.
Quote newyork 14-1-2022 04:25 PM
Dengar tu datuk nora ripin, jgn nak lebih2
Quote balakkampung 14-1-2022 04:27 PM
dejure replied at 14-1-2022 04:25 PM
Rasanya suami dia adil dlm poligami ni..tgklah dulu rumah dia kat subang sebelah menyebelah,lps tu ...

haah kan..susah nak cari laki yg adil bila poligami..kira Dato sri ni spesis yg rare..
Quote Cempedaknangka 14-1-2022 04:28 PM
Bertemu jodoh dengan orang yang baik2...tak kisah dengan masa silam dia...beruntung ko kak..ko pun xde la over nau2...madu pn blh terima maka aman lah keluarga...alhamdulillah
Quote Suchi 14-1-2022 04:30 PM
Edited by Suchi at 14-1-2022 04:33 PM

Yg telekung biru tu madu dia ke?
Iols ada nampak komen kak zarina kat post fedtri yahya yg ada mamat minta kata2 semangat sbb baru tau bakal isteri pernah kena rogol tu.

Quote mendeluk 14-1-2022 04:34 PM
dejure replied at 14-1-2022 04:25 PM
Rasanya suami dia adil dlm poligami ni..tgklah dulu rumah dia kat subang sebelah menyebelah,lps tu ...

Of course lah sis kalau nak kahwin lebih dari satu wajib kena adil. Kalau salah satu isteri terasa hati ke offend ke, dosa lah bagi sang suami. Kalau sang isteri terasa hati, mau tak lari terus tak pun elok minta cerai biar padan muka suami

Quote Suchi 14-1-2022 04:36 PM
Edited by Suchi at 14-1-2022 04:40 PM
Cempedaknangka replied at 14-1-2022 04:28 PM
Bertemu jodoh dengan orang yang baik2...tak kisah dengan masa silam dia...beruntung ko kak..ko pun x ...


Suami dia kahwin dengan dia untuk melindungi maruah dia. Dia sendiri penah cite kat ig suami dia kata kawen dgn dia sbb kesian. Cinta suami dia tetap kat madu dia.Kalau nak cinta, cinta ni takda kalau sabar adalah nanti.
Sbb tu dia selalu merendah diri je sbb kadar diri kot.

Dia pun muda belia lagi masa kawen, kalau tgk suami dan madu dia mcm org2 yg berpendidikan tinggi.
Quote orkidorkido 14-1-2022 04:53 PM
balakkampung replied at 14-1-2022 04:19 PM
dari dia mula  kahwin dia pandai bawak diri..dulu2 dalam URTV kalau keluar pon dia dgn anak kembar d ...

Artis 80an dulu ramai juga yang jadi isteri kedua & bertahan lama. Takdelah sangat kita dengar suruh cerai madu etc. Agaknya dia memang terima diri sebagai isteri kedua & laki yang ambik selebriti sebagai isteri kedua/ketiga pada zaman tu biasanya yang berduit. Bagi rumah kereta belanja bulanan, so agaknya behave la semua.
Quote nakkomenjugak 14-1-2022 04:59 PM
Syukur laa dihadirkan insan2 yang baik dalam hidup
Rezeki sheol...
Sheol tau tempat sheol
Tak melebih2 macam few acik2 retis2 bini bernombor


Quote mama_cat 14-1-2022 09:02 PM
dia ni antara isteri bernombor yang steady ja.. takdak nak merempan ka apa...
Quote misspokoyo 14-1-2022 09:11 PM
mama_cat replied at 14-1-2022 09:02 PM
dia ni antara isteri bernombor yang steady ja.. takdak nak merempan ka apa...

acik nora ripin kena tuntut ilmu dgn zarina
Quote pinkzara 14-1-2022 10:25 PM
balakkampung replied at 14-1-2022 04:19 PM
dari dia mula  kahwin dia pandai bawak diri..dulu2 dalam URTV kalau keluar pon dia dgn anak kembar d ...

ada dia cerita, awal2 kawin tu dia tamak jugak. nak conquer laki dia sorg2. Bila laki nak balik umah isteri 1, dia sorok kunci keta etc.
Bila laki dia tahu dia buat perangai  mcm tu, laki dia terus tak balik umah dia...
mkn hati jugak dia... pandai laki dia bagi pengajaran.
Laki dia kawin dgn dia sbb kesian kat dia katanya, lepas dpt anak tu baru la nampak suami dia syg dia.
Quote JalaEmas 14-1-2022 10:43 PM
salah sorg contoh madu yg sedar diri berkongsi kasih.. takde nk over2..
Quote JalaEmas 14-1-2022 10:45 PM
pinkzara replied at 14-1-2022 10:25 PM
ada dia cerita, awal2 kawin tu dia tamak jugak. nak conquer laki dia sorg2. Bila laki nak balik um ...

kire lakinye pon jenis tegas.. takde nak side satu pihak jee.. tak lembik tengkuk.. baguslh.. spesies rare jgklh laki sheols ni..
Quote nia_salina 14-1-2022 10:50 PM
balakkampung replied at 14-1-2022 04:19 PM
dari dia mula  kahwin dia pandai bawak diri..dulu2 dalam URTV kalau keluar pon dia dgn anak kembar d ...

i penah jadi extra dulu. dia mmg rajin bawak anak dia merata. masatu anak dia kecik lagi.despite dia kdg suka merempan kt socmed dia mmg baik. sgt peramah dgn extra.
Quote mamajawie 14-1-2022 10:57 PM
Respek la kat acik jek jek jembutan ni at least sedar kedudukan dia..btw kalu aku pun x kuadddd nak dapat madu..selisihhhhh!!!

Lihat semua komen(44)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.584904 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top