CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Myvi Oren Punca! Langgar Lari, Dua Rakan Sekerja Maut Dirempuh

14-1-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1231| Komen: 12

Description: Kota Bharu – Dua jurueletrik yang merupakan rakan sekerja maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Kilometer 13, Lebuh Raya Perol, Kota Bharu-Ketere ...
Kota Bharu – Dua jurueletrik yang merupakan rakan sekerja maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Kilometer 13, Lebuh Raya Perol, Kota Bharu-Ketereh di sini tengah malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.01 tengah malam itu, Muhamad Safuan Mohd.Shukri, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dan pembonceng, Shahri Azlin Ibrahim, 36, melambung sejauh 30 meter selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Myvi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu ke Ketereh dengan melalui Lebuh Raya Perol.


Foto: Kosmo


Katanya, semasa tiba di satu kawasan yang gelap, sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Myvi berwarna oren telah merempuh bahagian belakang motosikal dinaiki kedua-dua.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa melambung sejauh 30 meter sebelum terjatuh dan terseret di atas jalan raya.

“Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Perol. Nahas itu turut mengakibatkan tangan kanan Shahri Azlin putus selain mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Suhaimi, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk dibedah siasat. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 14-1-2022 11:44 AM
mesti laju king of the road tu.. sampai melambung dibuatnya..
Quote noor2 14-1-2022 11:52 AM
Innalillah...laju gila myvi oren tu sebab boleh melambung tinggi kedua2 mangsa
Quote hareeeesah 14-1-2022 11:57 AM
Ingat highway dia punya sorang tgh mlm tu. Takziah buat keluarga mangsa.
Quote Thunderclouds 14-1-2022 12:01 PM
Menda yg i slalu pikiaq kes gni mcm mna makhluk yg p langgaq mati ank/bapak org ni sleep at night. Like a baby ka? Regardless menda tu accident sekalipn,hg bunuh org patu lari tggai. Sampai umah tarik slimut teruih lena ka? Sincerely hope hgpa dpt balasan setimpal ats dunia. Tggu akhirat lambertt sgt. Takziah to both families.
Quote imanjannah 14-1-2022 12:03 PM
innalillahwainnalillahirojiun
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 12:10 PM
perodua-myvi-se-1.jpg
Quote Belibis 14-1-2022 03:39 PM
Oyen..oyen...ko memang tak pernah mengalah.
Quote TeropongThaico 14-1-2022 03:57 PM
Innalillahiwainailahirojiun: (
Quote tripleid 14-1-2022 04:06 PM
takkan lah ummah serambi mekoh drive sambil mabok2???
Quote LoveSungmin 14-1-2022 06:12 PM
tripleid replied at 14-1-2022 04:06 PM
takkan lah ummah serambi mekoh drive sambil mabok2???

ummah serambi memang boleh tahan ramai yang mabuk.. datang kl pun selamba beli arak kat 7e lepas tu minum kat dataran sambil celebrate new year
Quote merrissa 14-1-2022 08:21 PM
kenapa kes myvi kuning mengelak velfire ke apa tah x masuk thread cari...

pemandu tu meninggal tau...

kete velfire tu yg sebabkan myvi tu terbabas lepas lari...xtahu dh kene tngkp ke tidak
Quote Jitu 14-1-2022 08:28 PM
takziah

lampu belakang motor menyala ke tak ?
sbb byk kali jugak jumpa motor lampu belakang tak menyala bila kita dah dekat baru perasan

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.088281 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top