CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

“Ini Bukan Pen, Ini Tuhan Saya"

14-1-2022 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2468| Komen: 31

Description: Petaling Jaya – Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan adanya masyarakat berbeza kaum dan setiap darinya mempunyai kepercayaan, agama serta berlainan budaya.
Petaling Jaya – Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan adanya masyarakat berbeza kaum dan setiap darinya mempunyai kepercayaan, agama serta berlainan budaya.


Seperti masyarakat berbangsa Cina, mereka mempunyai kepercayaan dan tradisi yang tersendiri sebagai tanda mereka patuh pada agama yang dianuti.

Menerusi perkongsian oleh Ah Leong di laman TikTok miliknya baru-baru ini, ada di antara pengikutnya bertanyakan soalan mengenai fungsi barang yang dianggap seperti pen yang digantung pada bahagian kolar baju oleh kebanyakan masyarakat Cina.

Menurutnya, apa yang mereka gantung di badan itu bukanlah pen tetapi adalah kalung yang menyimpan patung Tuhan mengikut kepercayaan mereka.


Foto: TikTok


“Pen yang ada di kolar saya? apalah kamu ini, malu saya ditanya seperti itu.

“Ini bukan pen, ini Tuhan saya. Itulah yang saya boleh bagi tahu,” katanya.

Jelasnya, Tuhan itu dapat melindungi dan merahmati setiap perjalanan mereka agar lebih dipermudahkan.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Terima kasih bagi tahu, selama ini puas saya fikir, kenapa kawan Cina saya gantung pen di kolar baju mereka, senang nak guna untuk tulis mungkin,” kata Diana Natashah.

“Kawan saya ada pernah cerita, katanya gantung benda itu untuk lindungi diri dari sesuatu yang jahat,” kata Conan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 14-1-2022 12:17 PM
BeFunky-collage-2022-01-12T012655.118-740x416.jpg
Quote kucingitam 14-1-2022 12:31 PM
pen gantung kat kolar baju pun korang heran eh? aduhai...aku biasa je kot gantung gitu..baju takde poket kan..
Quote Simunggu 14-1-2022 02:12 PM
saya pun ingat pen
Quote babelina 14-1-2022 02:16 PM
xpenah tgk.. mgkn org skrg nie baru pkai kot.. kt ofc aku nie xde yg pkai..
Quote Suchi 14-1-2022 02:19 PM
Ntahla tak perasan plak maybe sbb bukan jenis yg suka pandang org lain atas bawah.
Quote lurkingaround 14-1-2022 02:36 PM
Jelasnya, Tuhan itu dapat melindungi dan merahmati setiap perjalanan mereka agar lebih dipermudahkan.

.
"Tuhan" tak akan melindungi dan merahmati mereka yang buat jahat/dosa, seperti menipu, menganiaya/menfitnah, menghina, menghasut, mencuri, merasuah, merompak, mencabul/merogol, berzina, membuli, mencedera, membunuh, mengilmu hitam, menjudi, mengkhayal, cuai, malas kerja, gelopoh makan, dll.
.
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 03:18 PM
Simunggu replied at 14-1-2022 02:12 PM
saya pun ingat pen

Bior betik..
Quote Skuau 14-1-2022 03:23 PM
sapa yg kata tu pen..korang kena pi chek mata...
Quote Belibis 14-1-2022 03:27 PM
Skuau replied at 14-1-2022 03:23 PM
sapa yg kata tu pen..korang kena pi chek mata...

Dia nampak klip jer..bongkah tokong tu kat dalam baju.
Quote Skuau 14-1-2022 03:29 PM
Belibis replied at 14-1-2022 03:27 PM
Dia nampak klip jer..bongkah tokong tu kat dalam baju.


selalu/biasa drng pakai..buat cam rantai...pakai kt leher..
Quote ninja9 14-1-2022 03:31 PM
aku pulak tengok itu mcm aksesori supaya nampak bergaya..
Quote mbhcsf 14-1-2022 03:37 PM
“Pen yang ada di kolar saya? apalah kamu ini, malu saya ditanya seperti itu.


“Ini bukan pen, ini Tuhan saya. Itulah yang saya boleh bagi tahu,” katanya.

Apalah Ah Leong ni , sepatutnya anda mengambil positif apa yg kawan anda tanyakan, makna kata depa curious nak tahu religio - sociocultural anda. depa nak tahu , depanak belajar ..so inform lah elok elok.

So terangkanlah dengan baik bagi kawan kawan yg  tak tahu ....sepatutnya tak payah kata maullah etc , just take it positively lah.
Quote keane.somewhere 14-1-2022 03:39 PM
Tuhan saya pulak Cahaya...ia Ada wavelength
Quote BeskotCekelat 14-1-2022 04:00 PM
Boss aku dulu pakai 2 batang "pen" ni
Kat SS2 PJ ada kedai kecik jual azimat2 macam ni, banyak yang import dari Siam.
Quote sharlenetexas 14-1-2022 04:19 PM
Loket cina perut buncit tu ke?
Quote Artemesiaa 14-1-2022 04:38 PM
Tak salah tanya bagi faham, yang menjelaskan pun ok je jelaskan pada follower dia tak ada isu pun
Quote pittjie 14-1-2022 05:02 PM
lurkingaround replied at 14-1-2022 02:36 PM
.
"Tuhan" tak akan melindungi dan merahmati mereka yang buat jahat/dosa, seperti menipu, menganiaya ...

hahah gelopoh makan pun ko tulis

Quote kelapaparut 14-1-2022 05:12 PM
keragaman bdaya malaysia inilah, ada yg menganggap Tuhan nye pen, tuhan gajah, tuhan lembu, bg masyarakat pedalaman ade yg sembah pokok.
Quote lurkingaround 14-1-2022 06:39 PM
Edited by lurkingaround at 14-1-2022 06:43 PM
pittjie replied at 14-1-2022 05:02 PM
hahah gelopoh makan pun ko tulis

.
Tak jaga kesihatan diri dengan gelopoh atau tamak makan banyak2/sedap2 dan/atau malas ---> lama2 kemudian akan kena penyakit kencing manis, obis/gemuk, darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, dll ---> mudah maut bila dijangkit virus Covid atau virus Flu/Selsema kerana mereka tua dan tak sihat atau sistem imun/pertahanan badan  mereka sudah menjadi sangat lemah. Salah siapa bila mereka maut begini.?


Mungkin "Tuhan" yang hantar virus Covid itu ke bumi pada 2019 untuk membaiki atau membersih dunia dari perbuatan2 jahat/dosa tertentu, spt gelopoh makan, malas = seakan bunuh diri secara tak langsung dan yang makan jangka masa panjang.
.


Lihat semua komen(31)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.175007 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top