CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Miliki 1,788 Kamar Beradu, Istana Terbesar Di Dunia Milik Kerajaan Brunei

14-1-2022 10:50 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1940| Komen: 66|Original author: Cinta Erina

Description: Seperti yang kita tahu, istana atau mahligai adalah merupakan tempat tinggal raja-raja dan kerabat-kerabat.

Sumber: Google Image

Seperti yang kita tahu, istana atau mahligai adalah merupakan tempat tinggal raja-raja dan kerabat-kerabat. 

Istana yang diambil dari bahasa Sanskrit iaitu sthāna, mempunyai pelbagai bentuk dan ‘style’ mengikut budaya dan adat tertentu. Menerusi laman sesawang Guinness World Records, Istana Nurul Iman merupakan istana yang terbesar di dunia. 

Sebagai contoh, Istana Seri Menanti, Istana Negeri Sembilan, menggunakan reka bentuk Minangkabau sesuai dengan adat orang-orang Negeri Sembilan yang rata-ratanya dari suk minang.

Namun, kali ini, bukan itu yang hendak dibincangkan, tapi istana yang terbesar dunia yang akan kita kupas hari ini. Istana terbesar dunia terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Istana Nurul Iman merupakan istana milik kerajaan Brunei, yang sekarang ini Sultan Ke-29 Brunei, Raja Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddien III bersemayam. Istana yang berkeluasan 200,000 m² (2,152,782 ft²)  ini mempunyai 1,788 bilik.

Sumber: Google Image

Selain itu, istana ini juga mempunyai 257 bilik mandi dan dewan besar yang memuatkan seramai 5,000 orang dalam satu masa. Bukan itu sahaja, istana ini juga menpunyai masjid besar dan garaj yang mampu memuatkan 110 buah kereta, menakjubkan!

Sumber: Google Image 

Bukan itu sahaja, dalam istana ini juga terdapat 200 pendingin hawa dalam kawasan kuda polo dan 5 kolam renang, betul-betul besar ni!

Sumber: Google Image 

Direka khas oleh arkitek dari Filipina, Leandro V. Locsin bersama pereka hiasan dalaman dari United Kingdom, Khuan Chew, istana ini dibina oleh Ayala Corporation dan siap sepenuhnya pada tahun 1984.

Dengan menelan kos sebanyak 1.4 billion, memang layaklah istana ini digelar istana terbesar di dunia! -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 14-1-2022 11:11 AM
wahh..menarik
Quote Adrif 14-1-2022 11:11 AM
kalau mak diorang panggil makan, kena call handphone ke camane?
atau guna cara tradisi.. mak jerit, "WEEYYYY, MAKANNNN. JOM MAKAANNN"

lepas tu diorang berjalan ke berlari pegi dapur?
atau diorang naik skuter atau kereta atau order grab istana?
ke dapur yang berjalan pergi kat diorang?

aku takle brain la hidup manusia kayangan warna kuning-kuning ni
Quote ayukpingu 14-1-2022 11:15 AM
royal family masih stay kat situ ke?  .sebab kebanyakan sekarang istana tu diguna utk pejabat pentadbiran
Quote caprisonne 14-1-2022 12:20 PM
Tak minat dgn brunei ni.. too lavish.. walaupun mmg terlalu kaya, tapi hmm ntah la.. harap2 harta dpt membawa ke syurga la
Quote kucingitam 14-1-2022 12:34 PM
Adrif replied at 14-1-2022 11:11 AM
kalau mak diorang panggil makan, kena call handphone ke camane?
atau guna cara tradisi.. mak jerit,  ...

pakai paging system kot...mcm kat supermarket..ada service counter untuk buat announcement
Quote Artemesiaa 14-1-2022 05:13 PM
Tak hairan kalau dari sana
Quote gideoncross 14-1-2022 05:50 PM
ayukpingu replied at 14-1-2022 11:15 AM
royal family masih stay kat situ ke?  .sebab kebanyakan sekarang istana tu diguna utk pejabat pentad ...

Aiol as org Brunei boleh ckp yg Sultan & family dia msih tinggal kat situ tpi yg lain2 tinggal kat brlainan tmpt.
Quote gideoncross 14-1-2022 05:51 PM
caprisonne replied at 14-1-2022 12:20 PM
Tak minat dgn brunei ni.. too lavish.. walaupun mmg terlalu kaya, tapi hmm ntah la.. harap2 harta dp ...

Yg lavish krabat Diraja je brotha/sisthur, kitorg yg Marhaen kat sini biasa2 je. Kais pgi, mkn pgi, kais ptg, mkn ptg, lgi2 time Corona ni.
Quote marbelle 14-1-2022 07:48 PM
Wowwww!!! Mewah sgt ni
Quote mama_cat 14-1-2022 09:04 PM
Adrif replied at 14-1-2022 11:11 AM
kalau mak diorang panggil makan, kena call handphone ke camane?
atau guna cara tradisi.. mak jerit,  ...

ala ala downton abbey... hehehe.. time makan tarik loceng kat dewan makan... hehehehehe
Quote aina_shaira 14-1-2022 09:34 PM
gideoncross replied at 14-1-2022 05:51 PM
Yg lavish krabat Diraja je brotha/sisthur, kitorg yg Marhaen kat sini biasa2 je. Kais pgi, mkn pgi ...

maaf kalau tanya noob Qsultan sana kaya sebab apa ye?

Quote krustykrab 14-1-2022 10:47 PM
Adrif replied at 14-1-2022 11:11 AM
kalau mak diorang panggil makan, kena call handphone ke camane?
atau guna cara tradisi.. mak jerit,  ...

Ko punya persoalan kira ok lagi
Masa aku sek rendah, aku duk terfikir mcm mana agaknya raja permaisuri ni berak...
Quote krustykrab 14-1-2022 10:51 PM
gideoncross replied at 14-1-2022 05:51 PM
Yg lavish krabat Diraja je brotha/sisthur, kitorg yg Marhaen kat sini biasa2 je. Kais pgi, mkn pgi ...

Lah.ingatkn korg semua kaya2 sbb katanya gaji tukang sapu pun riban2...
Korg nk gi mekah pun free kan?
Quote gideoncross 15-1-2022 12:22 AM
krustykrab replied at 14-1-2022 10:51 PM
Lah.ingatkn korg semua kaya2 sbb katanya gaji tukang sapu pun riban2...
Korg nk gi mekah pun free  ...

Tu smuanya palsu belaka hahahaha, klau lh btul2 kitorg yg Marhaen camtu, dh lma dh kitorg ni xyah cri krja susah2 hahahaha. Tukang sapu kat sini gaji bwah $500 pstu yg dpt gi Mekah free tu cuma utk Mualaf je & cuma dpt gi free klau pass exam which is tahu bca Quran & boleh recite several Surahs. Slain dri tu, korg org2 Msia & S'pore dh kna tipu hidup2 hahahaha lollll & yg dpt gji brpuluh ribu, tu cuma utk expatriates je.
Quote gideoncross 15-1-2022 12:25 AM
aina_shaira replied at 14-1-2022 09:34 PM
maaf kalau tanya noob Qsultan sana kaya sebab apa ye?

Kaya sbb dri nenek moyang je, harta2 yg sllu korg dpt tngok kat media cam diamonds, hotels, kreta supercars yg mhal2 tu, kpl trbng dia etc tu smua harta pribadi dia. Xde kongsi2 dgn Marhaen cam kitorg, Marhaen cam kitorg kais pgi, mkn pgi, kais ptg, mkn ptg. Lgi2 time Corona ni, rmai gak yg d buang krja mngejut & hri tu ada yg update gji dia cuma $100 je sbulan.
Quote che-cikL 15-1-2022 12:48 AM
Bedrooms jauh lebih byk drp bathrooms, macamana ya? Iols bayangkan setiap bilik tidur mesti ada en suite bathroom sekali.
Quote SpyLeman 15-1-2022 01:01 AM
Brunei ni yg uniknya harta kerajaan dan harta peribadi raja dan kerabat tak blh dibezakan. Semua sama...harta rakyat adalah seciput. Yg lain2 harta Ahmad Albab yg punyaaaa
Quote apedehal 15-1-2022 05:24 AM
che-cikL: Bedrooms jauh lebih byk drp ba ...

Mungkin kira bilik2 maids or driver sekali kut..yg en suite cuma soltan n kaum kerabat..mungkin la iols pun xtahu.tp soltan brunei harta bnyak xnk tmbh kemudahan2 utk rkyat,tmpat libur2 utk rkyat ke..sbb katanya kwn aku p sna bosan nk mamp
Quote ayukpingu 15-1-2022 08:42 AM
aina_shaira replied at 14-1-2022 09:34 PM
maaf kalau tanya noob Qsultan sana kaya sebab apa ye?

sebab hasil minyak. Brunei salah satu pengeluar terbesar minyak mentah. walaupun negera kecikk je tapi pengeluaran minyak paling besar yer seluruh dunia.
Tapi sekrg ni tak selavish dah, pasaran minyak makin merundum.

Lihat semua komen(66)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.114873 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top