CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Monyok Balik Kerja Isteri Tak Sambut, Rupanya Nak Bagi 'Surprise'

14-1-2022 11:00 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 912| Komen: 11|Original author: Cinta Erina

Description: Suami merupakan orang diletakkan sebagai ‘orang harapan’ bagi melengkapkan semua benda.

Sumber: Tiktok najwaroslan

Suami merupakan orang diletakkan sebagai ‘orang harapan’ bagi melengkapkan semua benda. Oleh sebab itu, sebelum kahwin pun, ada wanita selesa berterus-terang mereka mahu cari jalan singkat iaitu berpindah tinggal ke dalam rumah baru yang sudah serba-serbi cukup. Tapi tidak menjadi satu masalah pun sekiranya semua perkakas dibeli satu persatu selepas berkahwin selari dengan kemampuan.

"Merajuk sebab tak sambut balik kerja"


Baru-baru ini, viral satu kisah dikongsikan oleh Puan Najwa Roslan di TikToknya semalam, di mana terlihat suaminya yang baru sahaja pulang dari kerja muncul dengan wajah monyok tanpa menyedari ada kejutan sedang menanti. Setelah menyambut suaminya, wanita ini lantas memeluk sebelum memberikan petunjuk ke arah penjuru rumah mereka. Rupanya, si isteri membelikan sebuah mesin basuh baru sekali gus melengkapkan perkakas keperluan di rumah mereka.

Sumber: Tiktok najwaroslan

"Tinggal mesin basuh 1 ni…Biarlah bini pula tolong beli"

Meskipun niat baik ingin meringankan beban suaminya dipersoal, wanita ini memberikan jawapan yang begitu matang. Difahamkan, lelaki berkenaan sebenarnya sudah membeli juga barang-barang lain. Jadi adalah benda biasa sekiranya si isteri mahu bantu melengkapi mana-mana bahagian yang masih tidak cukup.

"Perempuan zaman sekarang patut contohi Akak ni…Ringakan beban, bukan sengaja tambah beban"

Netizen yang menyaksikan rakaman ini merasa sangat senang hati dan memuji sikap baik Puan Najwa kerana sama-sama bantu ringankan beban dalam rumah tangga. Justeru, mereka berharap agar wanita zaman sekarang yang kadangkala 'demand' mengambil pengajaran daripada kisah positif tersebut. -CARI

Sumber: Tiktok najwaroslan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 14-1-2022 12:01 PM
mana video mesin basuhnya haha
Quote UMMI_MAI 14-1-2022 02:24 PM
tertanya2 kenapa perlu tunjuk seantero dunia ???
Quote laksmanabentan 14-1-2022 02:36 PM
UMMI_MAI: tertanya2 kenapa perlu tunjuk seantero dunia ???


hahahahahaaa..... mengharapkan pujian laaaa sebab dia belikan mesin basuh tu....

nanti keluarlah update... baju aku basuh sendiri, mesin basuh pun aku beli sendiri...
tak mengharapkan lelaki... hahahhahaha.....
Quote KamikuP 14-1-2022 03:47 PM
Omg ini pon nak buat video.. masa meolls kawen dulu hidup seadanyan mcm citer Azura lps jamal kawen ogy duduk rumah kecik..kiki
Quote margo20 14-1-2022 03:59 PM
Aku tak kira. Mesti laki kena belikan. Tak kisah la mirah ke apa. Janji pakai duit dia. Wakaka
Quote anony-mous 14-1-2022 04:02 PM
Suwey la tgh memerut baca cerita hanjenggg mcm ni
Quote Artemesiaa 14-1-2022 05:12 PM
Time mak2 dia dulu pun ada je yang macam tu tapi sebab belum ada social media ramai tak tahu
Quote gideoncross 15-1-2022 01:15 AM
Ni pun nak crita? Hampas, ckp je lah happy sbb dpt khwin awl. Stupid af.
Quote kbyne 15-1-2022 06:58 AM
Tak payah pergi laundrymart
Quote Zack8hunter 16-1-2022 08:35 PM
Tgk nanti dah ada anak berderet..tak kuasa dah nk sambut menyambut red carpet depan pintu rumah
Quote babelina 17-1-2022 09:47 AM
margo20: Aku tak kira. Mesti laki kena belikan. Tak kisah la mirah ke apa. Janji pakai duit dia. Wakaka


aku setuju!!! hahaha.. aku dh setahun pindah umah.. taw2 dtg org nk pasang aircond.. suprised dari laki aku.. tu mmg buat aku tersenyum..  bersyukur..  

Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.096213 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top