CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Scha Alyahya Menangis, Terpaksa Berjauhan 45 Hari Dengan Suami Dan Anak

14-1-2022 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1920| Komen: 17

Description: Bakal menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di luar Kuala Lumpur selama 45 hari, pelakon Scha Alyahya akui bukan mudah untuknya berjauhan dengan anak-anak dan suami.
Bakal menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di luar Kuala Lumpur selama 45 hari, pelakon Scha Alyahya akui bukan mudah untuknya berjauhan dengan anak-anak dan suami.


Ujar Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 39, biarpun Awal Ashaari memberi keizinan namun dia tetap bimbang membiarkan suaminya menguruskan dua orang anak mereka, Lara Alana (8) dan Lyla Amina yang baru berusia 11 bulan.

Foto: IG
"Berat rasa hati... tidak dinafikan hati saya sangat berat nak tinggalkan anak-anak yang masih kecil. Kadang-kadang terfikir, betul ke apa yang saya buat ini.

"Watak itu dah berat, tambah pula lokasi penggambaran jauh dari KL dan lama. Jarang saya buat benda ini. Bagi saya, ia satu pengorbanan.






"Saya dah cakap dekat Awal dan dia sangat memahami sehingga saya menangis. Sebab dah lama tak buat, jadi rasa lain. Awal ada juga rasa bimbang nak uruskan anak.

"Sebab bab urusan anak nak ke sekolah memang saya yang sediakan. Awal tak tahu sistem sekolah tapi saya beritahu la dia macam mana nak buat," katanya kepada mStar.



Scha ditemui ketika majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Selain Scha, filem arahan pengarah Osman Ali itu turut diterajui oleh Nabila Huda, Maya Karin dan Farid Kamil.

Dalam pada itu, pelakon filem Bikin Filem ini mengakui bergandingan dengan barisan yang hebat memberikan cabaran buatnya.

Bukan sahaja akan diajar oleh pelakon Ellie Surianty dan mendapat nasihat Vanida Imran, Scha juga menyertai kelas lakonan kendalian Dr Norzizi Zulkifli.



"Tak dinafikan bergandingan dengan barisan pelakon yang menang anugerah ini satu cabaran untuk diri saya. Persediaan saya memang kena masuk kelas lakonan.

"Bukan saja minta nasihat daripada Vanida Imran, saya juga akan diajar oleh Ellie Suriaty selain masuk kelas Zizi secara peribadi.



"Harapnya dengan usaha ini dapat mencantikkan keseluruhan filem itu nanti. Bagi saya, kelas lakonan sangat perlu tambahan pula melakonkan watak yang saya tak pernah bawa.

"Walaupun saya dah sinonim dengan watak beruniform tapi sejujurnya kali ini berbeza dan lebih berat," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 14-1-2022 11:08 AM
"Berat rasa hati... tidak dinafikan hati saya sangat berat nak tinggalkan anak-anak yang masih kecil. Kadang-kadang terfikir, betul ke apa yang saya buat ini.

"Watak itu dah berat, tambah pula lokasi penggambaran jauh dari KL dan lama. Jarang saya buat benda ini. Bagi saya, ia satu pengorbanan.
Quote KBW2 14-1-2022 01:04 PM
nampak tuwe dah si awal
Quote iena_jr 14-1-2022 01:13 PM
Kat mana shooting? Bagusla terus berkampung. Kang sana sini sana sini ada yg positif
Quote Atata 14-1-2022 01:20 PM
Cantek sgt scha.. tak seksi2, modest and elegant
Quote dejure 14-1-2022 01:24 PM
Atata replied at 14-1-2022 01:20 PM
Cantek sgt scha.. tak seksi2, modest and elegant

Mungkin sbb dia tinggi jadi nmpk lawa..tp sayang laki bini rajin pergi event fashion2 luar tp tak pernah pon brand2 ni nak amik dia laki bini jadi ambassdor.
Quote mesmerize 14-1-2022 01:25 PM
besar ke dapat payment berlakon tu.. kalau ai tak sanggup pergi sebab anak diorang yang Lila tu kecik, toddler lagi. duk rumah buat review aje n brand ambassador lah sebab sheols pun followers berjuta.
Quote edoraixora 14-1-2022 02:29 PM
comelnya lilaaaaa
Quote mendeluk 14-1-2022 02:36 PM
Scha dengan awal ini memang betul2 ada ciri2 sebagai seorang penghibur dlm media hiburan, fashionista. Ntahlah both of them ada aura memang sesuai kerja dlm entertainment.
Quote orglama 14-1-2022 04:35 PM
iena_jr replied at 14-1-2022 01:13 PM
Kat mana shooting? Bagusla terus berkampung. Kang sana sini sana sini ada yg positif

Kat sarawak rasa nya, sb pilem ni ada ellie suriaty & sheols ada ckp kena ambik vaksin sb ada job kat sana
Quote Incanto 14-1-2022 04:41 PM
dejure replied at 14-1-2022 01:24 PM
Mungkin sbb dia tinggi jadi nmpk lawa..tp sayang laki bini rajin pergi event fashion2 luar tp tak  ...




brands international tak ambil org Msia jadi ambassador kot

tp aku selalu tgk Scha model barang Tiffany, Bulgari
Quote Incanto 14-1-2022 04:48 PM
Atata replied at 14-1-2022 01:20 PM
Cantek sgt scha.. tak seksi2, modest and elegant

yes...dia pakai baju simple dgn selipar pun nampak bergaya

my top 5 artis pompuan
Quote krustykrab 14-1-2022 04:55 PM
Gediknya la hai pompuan ni..
Quote lo_la 14-1-2022 05:51 PM
Edited by lo_la at 14-1-2022 05:57 PM

Scha w her fashion sense, i adoreeee. Pakai jeans bodoh dgn white t shirt pun she exudes classy vibe. Kalau i terjumpa harus star struck. Gitu i confess hahaha
Quote lo_la 14-1-2022 05:52 PM
mendeluk replied at 14-1-2022 02:36 PM
Scha dengan awal ini memang betul2 ada ciri2 sebagai seorang penghibur dlm media hiburan, fashionist ...

I agree. They are meant for each other and they are meant to be in the entertainment/fashion.
Quote JalaEmas 14-1-2022 05:55 PM
Atata replied at 14-1-2022 01:20 PM
Cantek sgt scha.. tak seksi2, modest and elegant

ha aa betul.. she nmpk classy kn..
Quote guesswho09 14-1-2022 05:57 PM
Cantik baju & skirt dia
Quote guesswho09 14-1-2022 06:00 PM
Saya tak follow mereka kat ig
tapi kerap juga ig awal melintas
lalu lalang
selama ni ingatkan awal yg uruskan anak2
betul la kita tak boleh percaya
kehidupan org melalui gambar2 yg mereka share

Lihat semua komen(17)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.778580 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top