CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Kanye West Nak Jemput Putin Ke Persembahan Di Rusia

13-1-2022 06:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 801| Komen: 2

Description: Artis dan usahawan Amerika, Kanye West merancang melawat Rusia tahun ini untuk bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengadakan persembahan pertamanya di sana selain mengembangkan perniagaanny ...
Artis dan usahawan Amerika, Kanye West merancang melawat Rusia tahun ini untuk bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengadakan persembahan pertamanya di sana selain mengembangkan perniagaannya di negara itu, kata jurucakap West, Ameer Sudan, lapor Sputnik yang memetik laporan Billboard pada Selasa.


Menurut laporan itu, Sudan berkata Rusia akan menjadi "negara kedua" untuk West kerana "beliau akan menghabiskan banyak masa di sana".


Kredit foto: Complex

Lawatan itu dirancang untuk musim bunga atau musim panas.

West berkemungkinan mengadakan persembahan Sunday Service di dewan konsert bertingkat Dewan Bandaraya Crocus atau di Kompleks Olimpik Luzhniki di Moscow.


West juga merancang untuk menjemput Putin ke persembahannya sebagai tetamu khas.

West sedang mengusahakan perjanjian perniagaan baharu dengan jutawan Rusia Aras Agalarov, yang dijangka meningkatkan kekayaan West kepada lebih US$10 bilion, seperti yang dilaporkan.

Pada Oktober 2021, media melaporkan West menukar namanya kepada Ye tanpa nama tengah atau akhir.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-1-2022 07:04 AM
Muka outin kat atas tu mcm muka kucing sedih tu ...
Quote lo_la 13-1-2022 07:57 AM
Putin ni mmg carry aura powerful leader.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.203635 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top