CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tak Mohon Tapi Tiba-tiba 'Masuk' Muda, Apa Cerita Ni Syed Saddiq?

12-1-2022 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1246| Komen: 4

Description: Bong Jenn Fonng bingung apabila dirinya tiba-tiba diterima sebagai ahli Ikatan Demokratik Malaysia atau MUDA tanpa membuat sebarang permohonan.
Bong Jenn Fonng bingung apabila dirinya tiba-tiba diterima sebagai ahli Ikatan Demokratik Malaysia atau MUDA tanpa membuat sebarang permohonan.

Penganalis isu semasa itu menyuarakan rasa kecewa dengan keadaan itu berharap Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi penjelasan munasabah.




Ketika dihubungi Sinchew Daily, Jenn Foong berkata, ketika menyemak emel pada 10 Januari lalu, beliau mendapati terdapat kiriman pada Sabtu yang memaklumkan bahawa dirinya diterima sebagai ahli parti MUDA.

“Saya berasa pelik dengan keadaan ini kerana saya tidak pernah mengisi borang permohonan menjadi ahli sebelum ini,” katanya.


Menurutnya, MUDA juga tidak menghubunginya untuk menjelaskan perkara yang membingungkan itu.


Kredit foto: FB

“Saya rasa mereka perlu memberi penjelasan dan saya tidak tahu sama ada terdapat lebih ramai orang yang menjadi ahli tanpa memohon,” katanya.

Tambahnya, adalah hipokrit jika MUDA menyeru politik baharu, tetapi tidak mampu menguruskan isu permohonan dan kemasukan parti dengan baik.

Sementara itu, Syed Saddiq dilaporkan berkata, kejadian kemasukan parti tanpa memohon mungkin disebabkan terdapat pihak ketiga yang mengisi borang permohonan.


Kredit foto: Focus Malaysia

Katanya, orang ramai yang berdepan situasi itu boleh menghantar emel dan menyatakan diri sebagai bukan ahli untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-1-2022 02:56 PM
MCmmana pulak PIDM jadi MUDA pulak? Bukan PIDM yg simpan duit ada insuran ats duit itu kan kah?
Quote kluangman 13-1-2022 06:28 PM
KamikuP replied at 13-1-2022 02:56 PM
MCmmana pulak PIDM jadi MUDA pulak? Bukan PIDM yg simpan duit ada insuran ats duit itu kan kah?

Rasa Malaysia United Democratic Aliance (MUDA)
Quote haruslah 13-1-2022 06:36 PM
03912 tu no ahli ikut bil ke?
Kejap je dah ramai
Quote becir 13-1-2022 07:33 PM
haruslah replied at 13-1-2022 06:36 PM
03912 tu no ahli ikut bil ke?
Kejap je dah ramai

Ikut Hitler style..dia create party first member start not as 0001, tapi no tengah2 diletaknya...

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.071633 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top