CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Ustazah Asma Harun Tegur Guru Wanita Yang Gemar Pakai Baju Ketat

11-1-2022 01:31 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 8700| Komen: 100|Original author: Cinta Erina

Description: Ustazah Asma’ Tegur Guru Wanita Yang Gemar Pakai Baju Ketat

Sumber: Tiktok ummieyta

Guru sentiasa dipandang tinggi sebagai 'role model' terbaik di mata para pelajar. Namun seiring dengan peredaran zaman yang semakin rencam, kepentingan menjaga penampilan kadangkala dipraktikkan secara keterlaluan oleh segelintir pendidik terutamanya oleh cikgu perempuan. Mari kita ikuti video Ustazah Asma' Harun yang di share oleh ummieyta di platform Tiktok.


"Saya lihat pakaian cikgu perempuan yang sebenarnya mencalarkan maruah guru itu sendiri"


Risau dengan situasi yang semakin menjadi-jadi, pendakwah bebas terkenal iaitu Ustazah Asma’ Harun dalam sebuah ceramah bertajuk ‘Guru : Antara Kerjaya dan Keluarga’ tampil memberikan teguran secara general dan terbuka khas kepada guru-guru yang dilihat semakin hanyut sehingga niat tidak menghalalkan cara. Sempat meminta maaf terlebih dahulu, beliau seterusnya menasihati guru wanita tentang solekan tebal dan pemakaian mereka yang kurang sopan termasuklah berbaju sendat sehingga menampakkan bahagian tubuh tidak sepatutnya.

"Ada pelajar yang tulis terangsang dengan guru…Nampak jelas bahagian yang sepatutnya ditutup" 

Paling mengejutkan, cara pemakaian sebegitu bukan sahaja kurang manis dipandang tetapi rupanya ada para pelajar yang gagal fokus dari awal sehingga habis pembelajaran berlangsung kerana terganggu melihat ‘pemandangan’ tidak sepatutnya.

"Saya cikgu, saya setuju ustazah…Perlu ditegur, jangan dibiarkan"

Melihat ke ruangan komen, ramai yang memuji keterbukaan Ustazah Asma’ memberikan teguran dengan cara berhikmah. Selaku golongan pendidik, mereka sendiri ternyata kurang senang melihat rakan sejawat mengenakan baju yang mencolok mata. -CARI

Sumber: Tiktok ummieyta

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 11-1-2022 01:49 PM
Ada benarnya nak ke sekolah untuk mengajar bukan untuk berfashion.
Quote babelina 11-1-2022 02:28 PM
taw xper.. mmg ada sebilangan guru2 yg mcm tu.. bdk2 skrg bkn cam dulu.. imaginasi dorg lg tgi..
Quote Shazid 11-1-2022 02:30 PM
Teruskan menegur ustazah....ni tanggungjawab kita jgk mengngatkan org lain...
Quote mikasa 11-1-2022 02:32 PM
Bukan cikgu bujang saja. Dah anak 3 4 pun ramai pakai baju ikut body...
Quote mikasa 11-1-2022 02:32 PM
babelina replied at 11-1-2022 02:28 PM
taw xper.. mmg ada sebilangan guru2 yg mcm tu.. bdk2 skrg bkn cam dulu.. imaginasi dorg lg tgi..

Tak payah sekarang...dulu2 zaman 80 90 pun dah ada..tanya laa bapak atok masing2
Quote mamajawie 11-1-2022 02:34 PM
cikgu skang sume ajet2 cam doreamon haron tu..keje tak sangat tapi fesyen kemain
Quote Azharitubunga 11-1-2022 03:04 PM
Dah segala produk timbang kilo di makan dan dioles
Bila lagi nak tunjuk keberkesanan produk?
Quote nini_azmi 11-1-2022 03:18 PM
Yg ni sy setuju. Ada dgr ceramah ustazah asma psl ni. Menjadi2 cikgu sekarang pakai, tak segan2 dgn anak murid pakai ketat2
Quote kucingitam 11-1-2022 03:50 PM
betul ni. tak paham cikgu2 sibuk nak tik tok bagai...haih
Quote prince_marhaen 11-1-2022 04:07 PM
Kembali lagiiiiiiii dalam rancangannnnnnnnnnn "Setazah Semah Nak Komen Apa Hari Ni?"

Aaaaa gittchew.
Quote krustykrab 11-1-2022 04:17 PM
prince_marhaen replied at 11-1-2022 04:07 PM
Kembali lagiiiiiiii dalam rancangannnnnnnnnnn "Setazah Semah Nak Komen Apa Hari Ni?"

Aaaaa gittchew ...

Hahahah..kan
Tak habis2 menyemak kat.medsos cari publisiti
Quote prince_marhaen 11-1-2022 04:38 PM
krustykrab replied at 11-1-2022 04:17 PM
Hahahah..kan
Tak habis2 menyemak kat.medsos cari publisiti

setazah pun phone berjahit kat tangan bertunggu-bertangga kat medsos menggigil nak komen semua benda sis... hehe
Quote prizadane 11-1-2022 04:48 PM
sebenarnya rakan sejawat dalam sekolah la kena tegur. iols ada ramai kawan cikgu, tapi so far kawan-kawan iols semua pakai baju longgar. senang nak menulis kat papan hitam and naik tangga kata diorang. tak ramai pun cikgu pakai ketat-ketat ni, tapi kalau ada, selayaknya ditegur oleh pihak pentadbiran sekolah
Quote kotakbaju 11-1-2022 04:57 PM
Teringat dulu masa form 6 ada sorang cikgu ngajor muet kat kelas kitorang. Pakaian longgar elok baju kurung kan. Tudung lilit atas dada..baju jarang sampai nampak bayang perut dan bra
Quote maydanoz 11-1-2022 04:59 PM
prince_marhaen replied at 11-1-2022 04:07 PM
Kembali lagiiiiiiii dalam rancangannnnnnnnnnn "Setazah Semah Nak Komen Apa Hari Ni?"

Aaaaa gittchew ...

haha kan..suka viral..kes hanafi hari tu dia komen tak
Quote kotakbaju 11-1-2022 05:00 PM
Selalu jugak cikgu tu dressing camtu berbaju jarang. Kulit putih melepak. Body lawa. Dia ngajor form 5 jugak. Aku yg pompuan ni pon dah pikir bukan2 bila tengok dia apatah lagi budak2 laki
Quote Rockafella 11-1-2022 05:02 PM
prizadane replied at 11-1-2022 04:48 PM
sebenarnya rakan sejawat dalam sekolah la kena tegur. iols ada ramai kawan cikgu, tapi so far kawan- ...

Guru-guru yang dimaksudkan itu bukannya tak tahu kakitangan kerajaan ni ada etika pakaian sewaktu bertugas. Pihak sekolah perlu menguatkuasakan etika pakaian bagi menangani masalah guru wanita berpakaian ketat. Tapi tak salah juga ada rakan sejawat yang bertindak membuat teguran sebelum guru besar/pengetua bertindak membuat teguran yang mana itu lebih memalukan.
Quote umbut 11-1-2022 06:02 PM
Kali ni topik tazah semah aku setuju.. pengetua tolong pantau pakaian cikgu2 ni.. ada byk kat tiktok aku nengok..cikgu2 dgn bangga pakai baju cam nak meletup kat dada bontot.. cikgu ni nak tayang tetek kat budak2 soh budak2 jate horny ke.. kuang ajarrr
Quote toynme 11-1-2022 06:08 PM
prizadane replied at 11-1-2022 04:48 PM
sebenarnya rakan sejawat dalam sekolah la kena tegur. iols ada ramai kawan cikgu, tapi so far kawan- ...

tapi baju biru tu kemain org edit sampai senget pintu belakang....pitnah jugak tu....

Lihat semua komen(100)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.129460 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top