CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Kenapa Nak Guna Rizal? Saya Ada Suami Yang Tidur Dengan Saya' - Rosmah

24-12-2021 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3978| Komen: 28

Description: "Kenapa saya kena gunakan Datuk Rizal Mansor sedangkan saya ada suami yang tidur dengan saya,” kata Datin Seri Rosmah Mansor ketika prosiding bela diri kes rasuah membabitkan projek hibrid solar di h ...
"Kenapa saya kena gunakan Datuk Rizal Mansor sedangkan saya ada suami yang tidur dengan saya,” kata Datin Seri Rosmah Mansor ketika prosiding bela diri kes rasuah membabitkan projek hibrid solar di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan pada Jumaat.


Ketika pemeriksaan semula oleh peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader, isteri bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak perlu menggunakan Rizal kerana saksi pendakwaan ke-21 (SP21) hanyalah seorang pekerja biasa.


Kredit foto: The Edge Market

Menurut Rosmah, beliau boleh meminta bantuan daripada suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga seorang Perdana Menteri ketika itu.


Akrdiben: Ketika pemeriksaan balas lalu, pasukan pendakwaan mencadangkan Datin Seri berunding dengan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin (SP17) berhubung suatu projek. Datin Seri ingat?

Rosmah: Ya, saya ingat.

Akrdiben: Jawapan Datin Seri ketika itu, tidak sama sekali. Boleh jelaskan apa maksud Datin Seri ketika itu?

Rosmah: Saya tidak terima rasuah seperti mana yang dinyatakan dalam mahkamah iaitu RM1.5 juta dan RM5 juta, saya tidak pernah minta dia berunding bagi pihak saya. Siapa Rizal Mansor, dia cuma seorang pekerja biasa.

Selain itu Rosmah berkata, suaminya turut memaklumkan, jika ada mana-mana pihak (kontraktor atau ahli perniagaan) datang kerana memerlukan sesuatu, mereka diminta untuk bertemu dengan beliau sendiri.
“Ini kerana beliau (Najib) beritahu, saya hanyalah seorang isteri Perdana Menteri dan biar dia buat kerja dan saya hanya perlu tumpu pada isu kebajikan.

“Datuk Seri Najib ini, seorang yang cakapnya lembut, dia tidak pernah menjerit (pada saya), dia bercakap dengan saya dengan sangat baik, tetapi saya tahu apa yang dia maksudkan,” katanya.

Dalam pada itu, Rosmah berkata, pertuduhan yang dikenakan merupakan satu konspirasi terhadap diri dan keluarganya selain bertujuan untuk memalukan suaminya.

Ia selepas Akberdin bertanya, ada beberapa individu menjadikan Rosmah sebagai kambing hitam.

Rosmah berkata, Rizal, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad menuding jari padanya kerana mahu dilepaskan daripada pertuduhan.


Kredit foto: The Edge Market

“Keempat-empat individu ini patut didakwa atas kesalahan yang dilakukan, tetapi mereka hendak lepaskan diri daripada didakwa kerana sudah melanggar tatacara serta undang-undang.

“Dia (Rizal) penipu dan itu sahaja cara untuk dia melepaskan diri dengan menjadi saksi utama pendakwaan.

“Saya yang jumpa dua individu ini (Saidi dan rakan kongsinya Rayyan Radzwill Abdullah) kurang dua tiga minit, tapi saya pula yang kena,” katanya.

Rosmah, 70, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah dituduh melakukan perbuatan itu di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Ia turut mengaitkan isu dua saksi iaitu serta kenyataan Rosmah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Oktober 2018 lalu.

Prosiding kes bersambung 10 Januari tahun depan dengan Najib dijangka memberi keterangan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 24-12-2021 05:43 PM
Ramai wannabe mak datin kaki ice forum nak compete dgn aku sape lagi pandai jadi denak
Takut laki amik virgins
Quote zidane_ziege 24-12-2021 05:50 PM
nape najib tak menjawab mcm kak mah? ni asik tak tau..tak tau..tp dlm fb semua tau
Quote ekod79 24-12-2021 06:34 PM
Haha Datuk Rizal Mansor, ex majikan kata ko pekerja biase je, sedey.
Quote Cik_jantung 24-12-2021 07:40 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:57 PM

...........
Quote Cik_jantung 24-12-2021 07:41 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:56 PM
ekod79 replied at 24-12-2021 06:34 PM
Haha Datuk Rizal Mansor, ex majikan kata ko pekerja biase je, sedey.


.............
Quote Firenzza 24-12-2021 07:43 PM
ekod79 replied at 24-12-2021 06:34 PM
Haha Datuk Rizal Mansor, ex majikan kata ko pekerja biase je, sedey.

OT sket....sapa yg rekemen Datukship kt rizal mansor ni klau bkn kak ros & najibun.....bila rizal belot terus jd pekerja biasa
Quote sarahmirza 24-12-2021 07:50 PM
ekod79 replied at 24-12-2021 06:34 PM
Haha Datuk Rizal Mansor, ex majikan kata ko pekerja biase je, sedey.

Tak pernah tau rizal mansor tu ada datukship....
I biasa dengar depa2 panggil dia abang ijal je...
Quote kemaruk 24-12-2021 08:02 PM
Dalam thread ni ramai yang pernah terpengaruh dengan fitnah rosmah menabung dari kecil

Dorang masuk thread ni untuk cari fitnah baru agar mampu justifikasi kebencian mereka terhadap rosmah yang sudah terpatri dalam hati walaupon jauh di hati mereka tahu rosmah tak pernah bunuh altantuya dan buat statement menabung dari kecil
Quote Orenn1 24-12-2021 08:19 PM
Kak mah drama lah ko ni, bini2 pm dulu takde buat hal mcm ko
Quote Decaffeinated 24-12-2021 08:36 PM
“Datuk Seri Najib ini, seorang yang cakapnya lembut, dia tidak pernah menjerit (pada saya), dia bercakap dengan saya dengan sangat baik, tetapi saya tahu apa yang dia maksudkan,” katanya.

abg Jib kenyit mata je pun kak ros dah faham kan

Quote Belibis 24-12-2021 09:23 PM
Lepas menyit mata..kena jegil dengan kakmah..terus terkebil2.[em:3:]
Quote Decaffeinated 24-12-2021 09:27 PM
Kak Mah pun satu, apesal lah sebut 'tidur' tu kan dah jadi tajuk thread
Quote kakikuDibibirmu 24-12-2021 09:55 PM
Decaffeinated replied at 24-12-2021 09:27 PM
Kak Mah pun satu, apesal lah sebut 'tidur' tu kan dah jadi tajuk thread

Jangan ajar aku, aku tahulah!

[youtube]NaguG6pBnlg[/youtube]
Quote rikiruj 24-12-2021 11:01 PM
Dengan mahkamah pun dibentaknya…
Quote Normabaru 25-12-2021 12:04 AM
Orenn1: Kak mah drama lah ko ni, bini2 ...


Yg xtahan kata hanya tumpu Hal kebajikan

Dah tu yang ko pergi deal meeting Sana sini jumpa org psl projek ni dh kenapa..ko kata ko inesen..tp mana2 program semua ko masuk campur siap lg bt program permata walhal Itu dh masuk Hal pendidikan negara..bkn kebajikan..

Nk tipu pun biarla cerdik..now twist konon suara may I advise u bkn ko punya..adoiii.. afterthought sungguh!
Quote Normabaru 25-12-2021 12:05 AM
kakikuDibibirmu replied at 24-12-2021 11:55 PM
Jangan ajar aku, aku tahulah!


Org lain semua meninggi apesal dia mengembang ke Kiri kanan

Mesti mengah nk bergerak..nk jalan pon dh mcm badak
Quote dua_chzy 25-12-2021 12:24 AM
Ya Alloh jawapan Kak Mah. Dah 2 thread pasal Kak Mah buat akak terhibur. Rasa nak rooting for sheol ja.
Quote doubleharmonic 25-12-2021 12:30 AM
motip nak sebut suami tido sekali? dah tu takkan ko tido dengan noreen2 dalam kandang pulak?
Quote tumpanglalu74 25-12-2021 01:36 AM
najib-razak-tidur-722888.jpg

Lihat semua komen(28)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.076424 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top