CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dalam Perkahwinan, Wanita Juga Perlu Ada 'Beg Kecemasan', Pesan Dr. Azizul Azli Ahmad

24-12-2021 01:12 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2093| Komen: 6

Description: Dalam kehidupan ini, tiada sesuatu pun yang memberi jaminan terutamanya dalam berumahtangga. Kebahagiaan yang dibina setiap pasangan tak semestinya selalu indah seperti awal perkahwinan.



Dalam kehidupan ini, tiada sesuatu pun yang memberi jaminan terutamanya dalam berumahtangga. Kebahagiaan yang dibina setiap pasangan tak semestinya selalu indah seperti awal perkahwinan.

Itulah lumrah kehidupan, tiada siapa pun yang inginkan perpisahan selepas bergelar suami isteri tapi andai takdir, ia pasti berlaku kerana kita tidak tahu apa akan terjadi di masa hadapan.



Dalam hal ini, wanita yang bergelar isteri perlu untuk sentiasa bersedia dan tidak bergantung harap pada suami sepenuhnya. Mana tahu andai berlaku penceraian atau pasangan kita meninggal dunia, di mana lagi kita hendak bergantung harap?


Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai seorang isteri diceraikan oleh suami yang kantoi menjalinkan hubungan sulit.



Terpanggil untuk berkongsi tip "persediaan kecemasan", menerusi perkongsian Dr. Azizul Azli Ahmad di Facebooknya, beliau menyarankan setiap wanita perlu ada "beg kecemasan" untuk sebarang kemungkinan di masa hadapan.

1. Hidup ini tiada kepastian yang unggul, tak semua yang kita rancang baik akan berakhir dengan baik. Ada juga dirancang dengan baik, tetap dapat keputusan tak baik. Apatah lagi hidup tanpa perancangan.

2. Banyak kali saya dah tulis, wanita perlu ada pendidikan dan harta. Belajar baik baik, himpun harta untuk diri sendiri.

3. Mula kerja belajar bawa kereta agar mandiri, tidak harapkan bantuan sesiapa dan boleh berdikari.

4. Pasang impian ada rumah sendiri, kediaman kita beli sebelum jumpa 'Abang Napi ' bukan harta sepencarian nanti. Ia milik sendiri.

5. Jika belum mampu beli rumah, belajar buat simpanan dalam ASB, penuhkan ASB hingga RM250,000 biar maksimum. 

6. Jika tak minat simpan duit, belajar kumpul dinnar emas atau gold bar emas. Simpan baik baik untuk nilai masa depan nanti.

7. Bincang baik baik dengan suami, jumlah anak yang nak ada. Jangan ingat jadi wanita ini kerja beranak tiap tahun seorang anak, seperti yang dia nak!

8. Elakkan buat hutang untuk orang lain waima suami sendiri.
 Jika hutang ada nilai baik dan perlindungan takaful silakan, jika tidak baik lupakan.

9. Yakin pada Tuhan yang maha esa sahaja 100%,  Jangan letak kepercayaan pada manusia sampai 100%. Simpan kasih sayang buat diri sendiri juga. 

"Tak baik buruk sangka pada orang?" 
Ini bukan buruk sangka, ini kepercayaan kita, yakinlah bahawa manusia baik macam mana pun mereka tak sempurna. 

Rambut belah tepi macam Nepal pun, mereka boleh jatuh hati berkali kali nanti.
Kawan kawan, 

Jika sebelum datangnya bencana, kita diminta sediakan 'Bag Kecemasan", begitulah juga dalam kehidupan.

Apa bag kecemasan yang kita telah ada dalam perkahwinan ini?

Bila kita kaya dan ada pendidikan, kita akan banyak pilihan.
Kita tak menangis merayu dan minta bantuan.

Kata William Shakespeare,  
Lelaki terbukti banyak berjanji, tapi sedikit mencintai.

Pesan Buya Hamka 
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Jadilah kaya dan mulia, agar banyak jalan jalan dan pilihan dihadapan kita.

Persoalannya, sudahkah korang mempunyai "beg kecemasan" untuk persediaan seandainya terjadi sesuatu yang kita tidak inginkan? - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 24-12-2021 03:28 PM
Drpd ade laki cm napi baik cerai.
Same bg yg ade isteri curang baik cerai.janda duda ke lantak la.

Klo ade yg mengata mintak die beli beras
Quote rokarina 24-12-2021 05:17 PM
betul tu.zaman sekarang tak boleh harap 100% pada suami.bukan tak caya dia tapi ghisoo future kita tau..people change
Quote ilahaz 24-12-2021 05:52 PM
apa nasihat dr azizul pada laki2 mcm napi pulakk
Quote novelloverzz 24-12-2021 07:48 PM
Good advise
Quote MoneyMatters 26-12-2021 12:23 PM
rokarina: betul tu.zaman sekarang tak bo ...


Betul. Kalau suami curang tu dh satu hal tapi kalau x curang cuma jodoh pendek sebab suami meninggal dulu, anak2 mcm mana. Byk benda kena fikir. I x berapa minat konsep isteri kena kerja sbb takut suami cari lain. For me, isteri kena kerja sbb dia sendiri ada passion utk bekerja dan supaya ada something else to look forward to apart from jaga anak dan suami semata.
Quote MoneyMatters 26-12-2021 12:24 PM
ilahaz replied at 24-12-2021 05:52 PM
apa nasihat dr azizul pada laki2 mcm napi pulakk

Hahaha mau ke para lelaki ni di nasihati? Haritu pon kat komen2 ada lelaki2 kecam dia sbb kata sibuk women empowerment smpi para isteri dah x respect diorg hmmm sgt

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.074811 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top