CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Nora Ariffin Dah Kahwin Dengan Kawan Baik Arwah Suami

3-12-2021 10:09 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 115372| Komen: 1230|Original author: Oleh: Saiful

Description: Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal, Datuk Nora Ariffin berkahwin lagi dengan sahabat baik arwah suaminya,
Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal, Datuk Nora Ariffin berkahwin lagi dengan sahabat baik arwah suaminya.

Nora bernikah dengan Rushdi Ramli dan mengumumkannya melalui Instagram.



Foto: Harian Metro

"Saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi, Dr. Rushdi Ramli.

"Beliau adalah saudara Rushdi Ramli,” tulisnya sebagai kapsyen.



Lelaki berkenaan merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

Tambah Nora, “Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya  memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini.

“Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum  sahaja.

"Saya berpegang kepada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti."



Nora juga tidak memberitahu secara terperinci butiran majlis perkahwinan itu.

“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, reda dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan.



“Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan peminat sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah, mawaddah, warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati dan diredai  Allah dunia serta akhirat. Insya-Allah."

Tahniah Nora, semoga bahagia hingga ke syurga. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 3-12-2021 10:11 AM
laju saiful dapat info "kawan baik"
Quote OyaTonggek 3-12-2021 10:31 AM
bini ketama ke? means she x kongsi? maaf la meols tak tau background Dr Rushdi Ramli yg ni..Rusdi Ramli anak joyah meols tau la
Quote awanysss 3-12-2021 10:51 AM
nasib baik laki berjenis.. kalau laki BBNU mau kena kecam lg..
meols approve suami ostad ni.. semoga bahagia sampai hujung nyawa..
Quote markonahlah 3-12-2021 10:58 AM
Suami dia pernah nikah atau ada anak bini??
Quote Siput_Sawah 3-12-2021 10:58 AM
Alhamdulillah, congrat. Nora
Quote mojarean_X 3-12-2021 11:00 AM
Tahniah Kak Nora. Lepas ni Kak Rita pula. Amin...
Quote irish_ieka 3-12-2021 11:06 AM
slalunye kalau nak snyp2 ni sbb tkut netizen tnye lebih2 suami org? aku ad gak kakak ipar. suami die lps meninggal berduyun2 kwn2 laki die gi try kakak ipar aku. masa suami hidup agknye dh lama usha. dhla semua laki org. merenyam btl laki2 org(not referring to laki nora)
Quote Kurex 3-12-2021 11:10 AM
Tahniah.....
Quote luvcomot87 3-12-2021 11:10 AM
epal_putih replied at 3-12-2021 10:11 AM
laju saiful dapat info "kawan baik"

Dekat caption IG nora ade sheols letak kawan baik johan.. dh lame usha kot eh
Quote ufc148 3-12-2021 11:11 AM
4 tahun ooo tunggu... lapar sgt dah...
Quote Mata.kucing 3-12-2021 11:16 AM
duda atau somi org atau teruna
Quote mizruncing 3-12-2021 11:17 AM
wahhh tahniah. taknak cakap lebih2
Quote Normabaru 3-12-2021 11:21 AM
Edited by Normabaru at 3-12-2021 01:22 PM
irish_ieka: slalunye kalau nak snyp2 ni sbb tkut netizen tnye lebih2 suami org? aku ad gak kakak ipar. suami die lps meninggal berduyun2 kwn2 laki die gi try kaka ...

klu dh ayat gini…pastu laki plk bjenis…muka herlok plk tu...biasa 90% laki org.hahaha

Quote SAGAFLX1975 3-12-2021 11:25 AM
Dah jodoh mereka. Mcm yang Nora minta, doakan yang baik baik. alhamdulillah
Quote awenda507 3-12-2021 11:26 AM
alhamdulillah tahniah. pasni dah tak payah merintih2 rindu arwah suami tu ye kak nora eh datuk nora.huhuhu
Quote Suchi 3-12-2021 11:27 AM
irish_ieka replied at 3-12-2021 11:06 AM
slalunye kalau nak snyp2 ni sbb tkut netizen tnye lebih2 suami org? aku ad gak kakak ipar. suami die ...

Wahh, ternyata sheols hot stuff.
Walau dah kawen dan jd bini org dh beranak pinak pun masih ramai lelaki lain syok walaupun memasing dh ada bini2 kat umah.

Org selalu kata bini org dah off market la, badan dah gitu gini laa takde sapa nk heran
Siap samakan ngn rupa kucing betina lepas beranak. Serabai dan kepam.
Hello bukan semua bini org kepam ok ramai je masih kelihatan menawan mengalahkan hat belum kawen.

Quote tukul 3-12-2021 11:38 AM
awenda507 replied at 3-12-2021 11:26 AM
alhamdulillah tahniah. pasni dah tak payah merintih2 rindu arwah suami tu ye kak nora eh datuk nora. ...

tak abis2 lagi ye rindu merintih di medsoc ya...
Quote lotionmilo 3-12-2021 11:44 AM
Alhamdulillah.asal bukan AM huhu

Dapat ustaz lagi.tahniah
Quote Carcosa 3-12-2021 11:48 AM
luvcomot87 replied at 3-12-2021 11:10 AM
Dekat caption IG nora ade sheols letak kawan baik johan.. dh lame usha kot eh

Bahahhaaaa meols pun terfikir gini

Berkerak hitam kah hati kita berdua???

Lihat semua komen(1230)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.088545 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top