CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tayang Baby Bump, Elvina Minta Maaf

29-11-2021 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4654| Komen: 29

Description: Gara-gara memuat naik foto memperlihatkan baby bump dengan kapsyen 'mak buyong', pelakon Datin Elvina dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.
Gara-gara memuat naik foto memperlihatkan baby bump dengan kapsyen 'mak buyong', pelakon Datin Elvina dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.


Disangka sedang hamil anak kedua, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 26, mengakui berasa serba salah kerana perkongsian itu hanya penampilannya dalam sebuah drama berjudul Lockdown.


Foto: IG

"Saya tak hamil, ramai yang sangkakan saya hamil. Sebenarnya gambar yang saya upload dekat Instagram tu dalam set drama Lockdown.

"Saya minta maaf, rasa serba salah pula bila dah post lepas tu orang ramai cakap tahniah," katanya kepada mStar.




Rata-rata rakan artis dan peminat untuk memberi komen mengucapkan tahniah dan mendoakan selamat melalui proses bersalin.

"Ahhh so happy for you. Oh my goodness! Congratulations sayang.

"Yea second one is on the way. Join the club, mother of two!

"Yeay Karl Mateen nak dapat adik!" antara komen rakan artis pada perkongsian itu.



Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama Takdir Yang Tertulis ini tidak menafikan mempunyai berkeinginan untuk menimang cahaya mata kedua apatah lagi usia anak pertamanya Karl Mateen sudah memasuki dua tahun.

"Ramai yang mendoakan dan tanya bila nak ada next baby. Karl dah besar dan kita pun tak ada planning lagi untuk baby kedua.

"InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan share. Tak ada nak sembunyi-sembunyi.




"Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya," ujarnya.

Untuk rekod, Elvina mendirikan rumah tangga dengan Haniff pada 18 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki Karl Mateen yang kini berusia dua tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yondu 29-11-2021 01:08 PM
kesian. kang meroyan lagi
Quote adeqbun 29-11-2021 01:38 PM
cantik sgt die ni..looking fwd her new drama...blakon pon best
Quote mizruncing 29-11-2021 03:01 PM
dia ni lawa mcm jue aziz dlu2
Quote hareeeesah 29-11-2021 04:37 PM
Memang lawa la dia ni.. laki eh aje …..
Quote babelina 29-11-2021 04:47 PM
aku suka tgk dia blakon.. dh la cantik.. muka bersih btl.. xyh make up berseri sgt,,
Quote matchstick 29-11-2021 09:55 PM
Lawa dia ni. Jauh bertiang nk compare dgn intan jendul tu
Tak tahu kenapa rasa nk compare dua org ni. Mgkn sbb dua2 kategori petite kot
Quote hidet 29-11-2021 11:06 PM
babelina replied at 29-11-2021 04:47 PM
aku suka tgk dia blakon.. dh la cantik.. muka bersih btl.. xyh make up berseri sgt,,

Betulll..cantikk bethol sheols
Quote Masukkeluar 29-11-2021 11:27 PM
matchstick replied at 29-11-2021 09:55 PM
Lawa dia ni. Jauh bertiang nk compare dgn intan jendul tu
Tak tahu kenapa rasa nk compare dua org ni ...

dia ni cantik ala ala heroin kdrama. xpyh beria makeup. flawless gila dlm tv.
Quote bankerpencen 29-11-2021 11:31 PM
Cantik yach dia ni. Beranak banyak pun takpe, genetik helokz.
Quote dudaberhias 30-11-2021 12:24 AM
ok di maafin sebab herlokkk... jadi akak pun maafkan... semoga dapat anak yang herlokkkk paras rupanya juga kalau ada rezeki...

tapi kalau yang mengandung ni shukkk harus akak sambung cerca sampai 7 keturunan dan minta busung tu kekal sampai ke tua agittewwww
Quote anony-mous 30-11-2021 12:29 AM
matchstick replied at 29-11-2021 09:55 PM
Lawa dia ni. Jauh bertiang nk compare dgn intan jendul tu
Tak tahu kenapa rasa nk compare dua org ni ...

Intan mana? Ex wife kude ke? Jauh sgt nk compare kalau yg tu. Not in the same league pon
Quote Sonneblume 30-11-2021 01:52 AM
Cantik dia ni
Quote mendeluk 30-11-2021 03:00 AM
Dia ni cantik. Cantik yang elegant. Ada orang cantik, cantik macamtu je.
Quote miszclassique 30-11-2021 03:05 AM
anony-mous replied at 30-11-2021 12:29 AM
Intan mana? Ex wife kude ke? Jauh sgt nk compare kalau yg tu. Not in the same league pon

Intan ladyana kot uols
Quote ellejo 30-11-2021 03:21 AM
ramai betul budak nama karl mateen.
Quote orkid_amani 30-11-2021 07:42 AM
Intan Najwa yg didukung zul ripin tu kot
Quote debab_78 30-11-2021 08:14 AM
anony-mous replied at 30-11-2021 12:29 AM
Intan mana? Ex wife kude ke? Jauh sgt nk compare kalau yg tu. Not in the same league pon

Intan Najuwa rasanya.. sebab sama karier
Quote bedahmenjuyah 30-11-2021 08:56 AM
matchstick replied at 29-11-2021 09:55 PM
Lawa dia ni. Jauh bertiang nk compare dgn intan jendul tu
Tak tahu kenapa rasa nk compare dua org ni ...

Cantik dan tak kayu bila berlakon. Tp lambat naik. Now dah kahwin mmg lagi susah la nak naik.
Quote Pak.dolla 30-11-2021 09:33 AM
Siapa dia ni..tak kenal..

Lihat semua komen(29)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.086146 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top