CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Ziarah Jenazah Ibu, Wanita Hamil Maut Kemalangan Dalam Perjalanan

29-11-2021 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2427| Komen: 26

Description: Machang: "Kami sekeluarga berasa tidak sedap hati apabila 'live location' Nadia terhenti dan beberapa kali abangnya cuba menghubungi, namun tidak berjawab," kata Nurul Asiah Yacob, 47.
Machang: "Kami sekeluarga berasa tidak sedap hati apabila 'live location' Nadia terhenti dan beberapa kali abangnya cuba menghubungi, namun tidak berjawab," kata Nurul Asiah Yacob, 47.


Nurul Asiah adalah ibu saudara kepada Nadia Fizatul Hanim Zamani, 23, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 74 Jalan Air Sejuk, Setiu, kira-kira jam 7.15 pagi tadi ketika dalam perjalanan menziarahi jenazah ibunya di Pulai Chondong, Machang.

Menurut Asiah, Nadia bersama suaminya, Muhamad Nazirul Rameli, 23, bertolak dari Johor pada jam 6 petang semalam selepas dimaklumkan arwah ibunya, Nurul Ainun Yacob, 45, meninggal dunia kira-kira jam 5.45 petang di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai akibat penyakit buah pinggang tahap empat.


Ainun dan Nadia, Foto: Harian Metro


"Bagaimanapun, setibanya di Gambang, Nadia memberitahu mereka singgah berehat di sebuah stesen minyak kerana dia pening disebabkan alahan mengandung sebelum menyambung semula perjalanan. Sepatutnya mereka sampai lebih awal berbanding abangnya yang bergerak pada tengah malam.


"Kira-kira jam 4 pagi 'live location' Nadia terhenti dan kami cuba untuk menghubunginya, namun gagal dan akhirnya panggilan itu dijawab oleh individu tidak dikenali dan memaklumkan Nadia bersama suaminya kemalangan.


"Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa Nadia, abang sulungnya Muhammad Danial Hakim Zamani, 24, bergegas ke lokasi kemalangan namun dimaklumkan adiknya itu sudah meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Setiu," katanya memaklumkan, Nadia yang melangsungkan perkahwinan pada 17 Oktober lalu sedang mengandung tiga minggu.

Katanya, kematian dua beranak berkenaan mengejutkan saudara mara terdekat yang tidak menyangka perjalanan yang pulang menziarahi untuk jenazah ibunya bertukar pilu apabila dia meninggal dunia dalam kemalangan.

"Selepas waktu Subuh tadi, kami memaklumkan kepada penggali kubur supaya menggalikan satu lagi liang lahad dan dan mereka terkejut apabila diberitahu Nadia meninggal dunia dalam kemalangan.

"Sepatutnya jenazah arwah adik dikebumikan selepas solat Zohor, namun pada ketika itu jenazah Nadia sudah dalam perjalanan pulang ke Machang sebaik selesai menjalani bedah siasat di Hospital Setiu dan kami mengambil keputusan untuk menunggu sebelum kedua-dua jenazah disolatkan.

"Alhamdulillah, pengebumian adik dan anak saudara berjalan baik dan mereka dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ajil pada jam 3.15 petang. Kami sekeluarga reda dengan pemergian mereka," katanya.

Media hari ini melaporkan, hajat seorang anak untuk menziarahi ibunya yang meninggal dunia di kampung halaman di Kelantan tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan jalan raya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jijilaaa 29-11-2021 12:07 PM
innalillah...sama la mcm i, tiap kali gerak balik kg..mesti share live loc dlm group..takde lah my parents or sibling call setiap jam tnya kat mana..pernah terfikir gak if something happen..atleast diaorg boleh tau i kat mana
Quote Artemesiaa 29-11-2021 12:13 PM
Takziah buat keluarga mangsa, kesedihan berganda buat mereka
Quote stingerbasics 29-11-2021 12:16 PM
Boleh tak uols berhenti dari bukak tread ngeri yg membabitkheun insan yg sedang hamil....aku badi tau....ingatkheun ticher chzy...

So please
Quote imanjannah 29-11-2021 12:16 PM
innalillahwainnalillahirojiun..
Quote mizruncing 29-11-2021 03:03 PM
ya Allah sebaknyaa. semoga bertemu di syurga. salam takziah utk family arwah
Quote becir 29-11-2021 03:24 PM
Sedihnya..muda2 belaka meninggal..
Quote cupu 29-11-2021 03:35 PM
Adik ipar kawan aku..kesian betul..
Quote becir 29-11-2021 03:40 PM
cupu replied at 29-11-2021 03:35 PM
Adik ipar kawan aku..kesian betul..

Suami dia hidup ke?
Quote missyL 29-11-2021 03:41 PM
Sedih nye berita cmnie..
Kesian nye ayah x sempat jupe bby
Kesian ibu xsempat nk susukn bby
Kesian nye bby xsempat nk tgok dunia..

Innalillahiwainnahilaihirojiun..
Semoga ditempatkan dikalangan org beriman.. Ibu, anak dan cucu..
Quote domestobot 29-11-2021 03:56 PM
aku tak layak nak komen sebab belum pernah accident kereta dan mak pak masih hidup.
Quote TeropongThaico 29-11-2021 03:58 PM
Innalillahiwainailahirojiun.. Moga ditempatkan dikalangan yg beriman
Quote Belibis 29-11-2021 04:09 PM
Musim ujan..kawasan selekoh pulak..innalillah..
Quote asfaz 29-11-2021 05:03 PM
jijilaaa replied at 29-11-2021 12:07 PM
innalillah...sama la mcm i, tiap kali gerak balik kg..mesti share live loc dlm group..takde lah my p ...

Teringat kisah beberapa org sahabat nak bercuti, patut singgah ambik kawan tpi tak muncul. Dah berapa hari baru jumpa , dah meninggal smua terbabas msuk parit rasanya.
Quote cupu 29-11-2021 05:23 PM
becir replied at 29-11-2021 03:40 PM
Suami dia hidup ke?

Hidup..cedera ringan je..sedih kan? Dh la suami .bwk kereta. Ank dlm perut lg
Quote no_el 29-11-2021 05:45 PM
Camana nak buat live location tu
Quote haifawehbe 29-11-2021 07:18 PM
sedihnya baca berita mcm ni.. kasih ibu dan anak hingga ke akhir hayat..
Quote edayildiz 29-11-2021 07:27 PM
innalillahwainnalillahirojiun..lakinya meninggal jgk ke? mcm dlm drama yg fauziah nawi mlm raya tunggu ank dorg nk balik raya tp accident..
kesiann lah msti gelabah nk balik jenguk arwah mak...
kalau naik keta yg mkn masa berjaam jam msti terfikir jgk benda gini..seram..kalau balik berdua ngn adik..sheols jer drive 8-9jam non stop..i nak drive sheols takut pulak..pastu ayah weols pun mmg tak bg i drive
Quote hareeeesah 29-11-2021 09:01 PM
Innalillah… takziah buat keluarga. Memang risau kalau ada family kena drive long hours & jauh.. tp siapa kita nak menidakkan kuasa Allah
Quote pearl.silver 29-11-2021 09:14 PM
Ada sedara ni
Ayah dia meninggal subuh sabtu
Ank2 sume balik la untuk pengebumian ayah tu
Mlm tu nk tahlil, tiba2 sorg anknya kata penat, nk tido jap. Xbangun2 dah
Esoknya kebumi sorg lg..
Sedih..

Lihat semua komen(26)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-10-2022 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.082304 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top