CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Berminggu Tiada Di Malaysia, Ebit Lew Kembali Jadi Hero Mengubati Duka Lara Rakyat

29-11-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 588| Komen: 7

Description: Petaling Jaya- Setelah beberapa minggu tiada di Malaysia berikutan mengerjakan ibadah umrah dan bercuti bersama keluarga, penceramah terkenal Ebit Lew kembali turun padang mengubat ‘duka lara’ rakya ...
Petaling Jaya- Setelah beberapa minggu tiada di Malaysia berikutan mengerjakan ibadah umrah dan bercuti bersama keluarga, penceramah terkenal Ebit Lew kembali turun padang mengubat ‘duka lara’ rakyat. 


Terbaru, Ebit kembali menjalankan tugas sebagai ‘hero’ kebajikan rakyat Malaysia apabila menyantuni seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas tidak mempunyai pekerjaan.

Menerusi hantaran terbaru Ebit di Instagram miliknya, dia berasa sedih dengan keadaan seorang pemuda bernama Hock Kian Siong yang tinggal di tepi jalan.


Foto: IG

Katanya, lelaki itu sebelum ini bekerja sebagai tukang baik pulih penyejuk udara namun kehilangan tangan selepas alat elektrik itu meletup.


“Hidupnya semakin susah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkahwin dengan orang Indonesia dan mempunyai dua orang anak.

“Tadi abang Hock menangis rindukan isteri dan anak-anak, sejak PKP tak jumpa, dia orang Gombak dan memegang kad pengenalan warna biru,” katanya.

Jelas Ebit, lelaki itu melahirkan rasa syukur selepas selepas berjumpa kerana menyifatkan sudah lama untuk bertentang mata secara empat mata.

“Hari ini Allah kabulkan, sedih bila bab anak-anak, kami bawa ke penempatan, akan cari bilik untuknya, begitulah bahagian ujian hidup.

“Di saat saya rasa sedih berjauhan sekejap dengan keluarga, ada orang sudah bertahun tidak jumpa anak-anak, telefon anak-anak menangis rindu,” jelasnya.



Dalam hantaran itu, Ebit juga meminta orang ramai untuk terus mendoakan abang Hock agar terus dimudahkan urusannya.

Dalam pada itu, netizen terus melahirkan rasa terharu dengan hantaran berkenaan selain mendoakan agar pemuda itu terus kuat dan tabah.

“Kesiannya, semoga ada sinar baharu untuk keluarga ini, terima kasih Allah temukan Ustaz Ebit dengan Abang Hock,” kata Hana Marzuki.

“Bila rasa ‘down’ dan nampak hantaran ini terus rasa syukur, terima kasih Ustaz Ebit,” ujar Bit Jedey. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote pilot 30-11-2021 01:46 PM
cepatla siasatan pun lama bebeno
Quote haifawehbe 29-11-2021 07:24 PM
masih ada lagi ke yg menderma ke tabung dewasayu?
Quote kakigebang 29-11-2021 06:30 PM
prince_marhaen: Entah lah.... hati meols hitam ...
mmg hitam pun, kalau nk tgk yg nwgatif sgt, mmg busuk perut sgt dah tu
Quote Cik_jantung 29-11-2021 06:28 PM
Yeyyyyyy ... Al Ustaz sudah kembali..  sangat dirindui... Hati ceria kini melihat Ustaz ...  Hmmmmm
Quote missyL 29-11-2021 03:34 PM
Pakai mask btol2 la setad oii.
Pakai mask cmtu mcm satu gmbr tu hahahaha
Mls lah nk cite.
Quote prince_marhaen 29-11-2021 03:31 PM
Entah lah.... hati meols hitam kot. Sebab dah macam 'banyak' sangat aksi sebegini, dah rasa macam fake pulak. Macam overdone pulak meratap hibanya.  Tiada kaitan dengan kes VC cendawan pink ye.
Quote helicornia 29-11-2021 01:16 PM
Duhh. Mari dah menangis hiba dia

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.073636 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top